Tigapuluhlapan

126 2 0
                                    

Aiden menghirup scotch soda di dalam gelas di hadapannya, matanya melilau ke segenap ruang bar yang agak malap, menangkap kelibat Mark yang sedang bersandar pada bar memesan minuman. Aiden mencapai cigarette case di atas meja dan mengeluarkan sebatang joint sebelum dinyalakan dengan Zippo miliknya. Asap disedut dalam sebelum kepulan tebal dihembus. Ketiadaan Aurora bererti Aiden kembali meluangkan kebanyakan masanya dengan Mark dan Faiq. Kadang-kadang seperti terlupa yang dia punya Aurora di dalam hidupnya. 

Mark melabuhkan punggungnya di salah sebuah kerusi di meja, seraya menuangkan minuman dari jag ke dalam gelas untuk mereka bertiga. "Malam ni, aku belanja. Kalau tak berkenan dengan air pilihan aku, boleh silakan pesan dan bayar sendiri," ujar Mark berseloroh, ada senyuman lebar di wajahnya. 

"Hello there, boys," sapa satu suara manja yang tidak asing lagi untuk Aiden. Aiden dapat merasakan yang bahunya disentuh lembut, sebelum tangan itu singgah ke pehanya. Aiden menjeling ke arah susuk tubuh yang seksi mengenakan sepasang slip dress sutera berwarna teal panjang, dengan potongan di dada yang drastik, membuatkan susuk tubuh milik Ilys Saira itu kelihatan sungguh seksi. 

Aiden memadamkan joint, memalingkan tubuhnya ke arah Ilys Saira yang berdiri rapat dengannya itu. 

"Hmm...Id. Tak sangka jumpa you kat sini. Selalunya Mark dengan Faiq je ke sini," ujar Ilys Saira menggoda, menyentuh lembut lengan Aiden, matanya melirik manja ke arah Aiden, rambutnya yang lurus ke paras pinggang dikuak ke sisi, menampakkan lehernya yang jinjang. 

"Oh? Selalu ke you ke sini?" tanya Aiden, pura-pura terkejut. 

"Please, Id. Don't act like you forget about us before," bisik Ilys Saira menggoda, bibirnya hampir ke cuping telinga Aiden membuatkan Aiden tersenyum sinis. 

Ilys Saira mengangkat tangannya ke arah seorang pelayan dan memesan beberapa shots tequila. Saat tequila shots sampai, dihulurkan segelas kepada Aiden. "Drink up, Id. For old time's sake," ucap Ilys Saira, mengangkat satu gelas kecil, menunggu Aiden untuk melagakan gelas itu dengan sebiji lagi gelas. Aiden akur. 

Seperti satu deja vu, Aiden merasakan dirinya kembali ke suatu masa dahulu saat masanya banyak di habiskan di kelab. Jika tidak bersama gadis lain, maka Ilys Saira yang akan diheret ke sana ke mari untuk menemaninya. Walaupun tidak pernah menyatakan atau mengajak Ilys Saira menjadi girlfriendnya, tapi hubungan mereka berdua seperti satu pasangan. Setiap kali Aiden meninggalkan Ilys Saira untuk perempuan lain, Ilys Saira yakin yang Aiden akan kembali lagi ke pangkuannya. Dan sangkaan Ilys Saira itu sentiasa tepat. Aiden akan kembali memanggilnya, dan mengajaknya keluar. Yakin yang walau apa pun terjadi, Aiden akan tetap menjadi miliknya. Lebih-lebih lagi kerana orang tua mereka saling mengenali. Ilys Saira juga tahu perancangan Mamanya dan Puan Zara untuk mengahwinkan Ilys Saira dengan Aiden. 

Yang membuatkan Ilys Saira sebal, tatkala Aiden menemui Aurora. Tidak pernah dia diketepikan begitu sekali. Lagi menyakitkan hati saat kali pertama, playboy seperti Aiden mengakui dan memberitahu seluruh dunia bahawa gadis bernama Aurora Irina itu adalah girlfriendnya. Setelah bertahun Ilys Saira setia di sisi, akhirnya Aurora Irina pula yang mendapat status girlfriend yang sah! Lagi menyakitkan hati saat Ilys Saira menyedari yang saat bersama dengan Aurora, Aiden langsung sudah tidak memandang mana-mana gadis lain. Apa yang istimewa sangat dengan seorang Aurora Irina?

Sakitnya hati!

Namun, dengan ketiadaan Aurora di bandar Kuching di saat itu, sebolehnya Ilys Saira mengambil peluang untuk memikat semula Aiden. Bukannya dia tidak fasih dengan perangai Aiden, apa yang Aiden suka dan apa yang boleh memikat Aiden. Semua itu terlalu mudah untuk Ilys Saira. 

Entah sudah berapa banyak tequila shots dan scotch soda yang diteguk Aiden, tembok pertahanannya terhadap Ilys Saira serta merta roboh. Aiden bagaikan terlupa akan Aurora saat melihat Ilys Saira ada di hadapan mata. Dia merasakan dirinya hilang dalam nostalgia kehidupan lama. 

CIKLET: Jika Kau MahuWhere stories live. Discover now