Enam

330 9 0
                                    

Cahaya matahari yang terang menerobos masuk melalui tingkap luas bilik hotel Pullman itu menganggu lena Aiden. Pantas Aiden membuka matanya, terjaga dari lena. Silauan cahaya yang terang itu membuatkan kepalanya menjadi bertambah berdenyut. 

Hangover. 

Aiden terlupa sejenak apa yang berlaku semalam. Tekaknya terasa kering, namun kerana kepala yang terlalu berat, dia cuba untuk melelapkan semula matanya. Terasa sangat malas untuk turun dari katil. 

Baru sahaja Aiden hendak terlelap, tiba-tiba ingatannya membawanya kembali kepada apa yang telah berlaku semalam. Bagaikan satu renjatan elektrik pada otaknya, pantas Aiden membuka matanya semula. Tubuhnya dipalingkan, untuk memastikan jika dia berteman atau tidak. 

Kosong! 

Aiden memandang tempat tidur yang kosong di sebelahnya itu dengan hampa. Dua kali! DUa kali aku jumpa dengan perempuan seiras dia pastu dia hilang macam tu je! What is this fuckery? Bunian ke apa ni?

Aiden menarik duvet tebal rapat ke tubuhnya yang terdedah, menutup susuk otot tubuhnya yang terbentuk dan tegap. Tanpa sedar, bibirnya menguntum satu senyuman. 

Ah, semalam. Ingatan Aiden kembali kepada gadis bernama Rory yang ditemuinya di Paragorn semalam. Aiden langsung tidak menyangka yang dia akan bertemu gadis seperti Rory. Terlalu berbeza dengan mana-mana gadis yang pernah bersamanya. Liuk manja dan menggoda Rory, segenap lekuk tubuh Rory masih segar di ingatan Aiden. Masih terngiang-ngiang di telinga Aiden bisikan, desahan dan rengekan manja dan menggoda Rory. 

Aiden menggigit bibirnya, cuba menahan gelora di hati. She's perfect and now, she's gone.

Terbit perasaan kesal dan kecewa di hati Aiden. Sangkanya pencariannya telah berakhir di situ. Rupa-rupanya, Aiden masih perlu berusaha keras untuk mencari lagi gadis istimewa itu. Sudahlah tidak sempat untuk bertukar nombor telefon. Jadi, macam mana Aiden nak cari?

Aiden menggulingkan tubuhnya, kepalanya dibaringkan di atas bantal yang digunakan Rory semalam. Masih ada haruman Rory yang menggoda berbekas pada bantal. Entah mengapa hati Aiden terasa sakit dan sedikit terhina kerana ditinggalkan begitu sahaja tanpa pesan. Tidak pernah dia diperlakukan sebegitu oleh mana-mana gadis. Lazimnya, dialah yang akan pergi dahulu, meninggalkan si gadis untuk bangun sendirian, terus menghilangkan diri tanpa pesan. Kali ini, terkena pada batang hidung sendiri. 

Aiden melepaskan satu keluhan. 

Rory. Rory. I'm going to find you. I'm going to find you any way I can. Just wait for me to come and find you. And when I do, I'm making you mine. Detik Aiden di dalam hati. 

~~

Aurora menghempaskan tubuhnya ke atas sofa dengan wajah yang mencuka. Cigarette case Tiffany & Co berisi joint dicapai dan dikeluarkan sebatang. Diselitkan ke celah bibir sebelum dinyalakan dengan Zippo matte hitam. Asap disedut dalam dan perlahan sebelum dihembus perlahan untuk menenangkan jiwanya. Teringat kembali kepada peristiwa setengah jam yang lalu. 

Aurora terjaga dengan kepala yang berdenyut. Dia terkejut melihat di mana dia berada dan mendapati seorang lelaki bertubuh tegap dan berotot yang terbentuk lengkap dengan six packs lena di sebelahnya. Mata Aurora melilau ke segenap ruang bilik hotel untuk memastikan di mana dia sebenarnya. Hampir sahaja darahnya berderau kerana ingat dia telah membawa lelaki itu pulang ke suitenya. Bila Aurora melihat semula ruang bilik itu, dia menarik nafas lega kerana menyedari mereka berada di tingkat lebih bawah Pullman Hotel dan bukan suitenya.

Aurora memalingkan tubuhnya dengan perlahan, bimbang agar jejaka di sebelahnya itu terjaga. Wajah lelaki itu yang mengiring diperhati. Aduh! Lelaki ini! 

Sungguh, Aurora tidak ingat nama lelaki itu, atau jika mereka sempat berkenalan semalam atau bertukar nombor telefon. Cuma dari pandangan sisi sebegini, Aurora mengenali lelaki itu. Wajah itu terlalu diingati. Lelaki yang sama memandangnya di perpustakaan. Lelaki yang sama bersama Miss Sotong Kurita di kampus! 

Aduh...kenapa pulak boleh tertangkap lelaki ni? Bingung! 

Rory, you're so fucked!

Bermacam benda yang Aurora kurang pasti telah terjadi semalam. Ini semua pasal Izry yang tiba-tiba muncul. Kalau tidak kerana Izry, tidak akan ada Aurora bertindak drastik terus mencium lelaki itu secara tiba-tiba. 

Aurora memejamkan matanya rapat saat teringat sentuhan lelaki itu pada tubuhnya. Cara lelaki itu melayannya, memberikannya apa sahaja yang dia perlukan, setiap gerak geri lelaki itu. Sungguh mengasyikkan! Tapi itulah, macam mana Aurora mahu memastikan yang lelaki itu tidak akan mencarinya lagi. Bukan apa, sudahlah lelaki itu bersama dengan Miss Sotong Kurita, lelaki itu jua sekampus dengannya. Tidak pernah lagi Aurora bersama dengan mana-mana lelaki sekampus dengannya. Bukannya apa, kalau dia Westwood, Aurora mahu memastikan peribadinya disembunyikan. Biarlah orang tidak tahu siapa dia, biarlah orang tidak perasan akan kewujudan dirinya. Dia suka begitu. 

Jauh minda Aurora menerawang dan tanpa sedar, dia terlelap semula di atas sofa. 

~~

Hari Isnin di minggu yang baru tiba lagi. Namun pada Isnin kali ini, hati Aurora terasa berat untuk bangun dan mengorak langkah ke Westwood University. Dia rasa sungguh gementar, takut jika dia bakal terserempak dengan lelaki 'itu' di kampus nanti. Aurora betul-betul berharap jika terserempak pun, lelaki 'itu' tidak akan cam dirinya. Almaklumlah, ketika keluar malam itu, Aurora betul-betul siap berdandan dan bermakeup penuh. Jauh berbeza dengan penampilannya jika mahu ke kelas. 

Aurora juga betul-betul berharap yang lelaki 'itu' tidak tahu namanya seperti Aurora yang tidak tahu nama lelaki 'itu'. Setelah berbolak balik dengan perasaannya sendiri, Aurora mengambil keputusan untuk menggagahkan diri ke kampus. 

Sengaja Aurora mengenakan reading glasses dan cap pada hari itu dengan harapan agar itu dapat menyembunyikan wajahnya dari di cam lelaki 'itu'. Aurora bersiap ala kadar, hanya mencalitkan tinted sunblock ke wajahnya dan tinted lip balm ke bibirnya. Di tubuhnya tersarung yoga pants Lululemon berwarna hitam yang dipadankan dengan cashmere sweater Tommy Hilfiger. Di kakinya pula Reebok Classics kegemarannya. 

Dengan debaran yang hebat di dada, Aurora menapak ke dalam lecture theatre. Aurora menarik nafas lega saat melihat ruang lecture theatre yang masih lengang. Memang dia sengaja sampai agak awal hari itu supaya senang untuk memilih tempat duduk. Pantas kakinya dilangkahkan ke arah tempat duduk kegemarannya di tengah-tengah barisan ketiga dari belakang lecture theatre itu. Tempat duduk paling strategik untuk dia menumpukan perhatian pada sesi pembelajaran. 

Seorang demi seorang teman sekelasnya mulai membanjiri ruang lecture theatre, membuatkan Aurora semakin selesa dan semakin teruja untuk menghadiri kuliah Macroeconomics pada hari itu. Saat itu, Aurora mulai lupa yang hari itu dia bersembunyi dari seseorang di Westwood University. 



CIKLET: Jika Kau MahuWhere stories live. Discover now