Tujuh

293 6 0
                                    

Aiden meletakkan kereta pada ruang parkir bertingkat Westwood University di aras ke lima. Pintu Porsche Macan Turbo ditutup, sebelum kunci diputar-putarkan di jari telunjuknya dan dimasukkan ke dalam jeans Calvin Klein berwarna biru gelap yang dipadankan dengan tshirt tanpa kolar Brunello Cucinelli berwarna kelabu. Di kakinya tersarung sepasang sneakers Off-White berwarna putih. 

Saat pintu lif di tempat parkir terbuka, kakinya mula melangkah ke arah Main Building, mahu melangkah ke kelas Macroeconomics. Dari ekor matanya, Aiden dapat menangkap jelingan beberapa orang gadis yang terarah kepadanya saat dia melintas. Aiden tahu, dia punya reputasi di Westwood. Walau tidak tahu nama Aiden, gadis-gadis di Westwood yang sentiasa terserempak dengannya pasti akan menoleh dua kali saat melihat susuknya yang memikat itu. 

Aiden sudah biasa menjadi bahan tarikan gadis-gadis. Sudah terlalu terbiasa membuatkan gadis-gadis yang cantik dari kalangan model, stewardess atau sosialit tersungkur kepadanya. Aiden juga tidak takut melepaskan mereka begitu sahaja. Itu yang membuatkan Aiden mempunyai reputasi dalam kalangan gadis-gadis di bandar itu. Kalau lelaki lain, pasti tidak mahu melepaskan bila sudah mendapatkan seorang gadis yang cantik seperti di kaca televisyen, namun tidak Aiden. Aiden malah melayan mereka seperti gadis biasa sahaja. 

Ya, Aiden terkenal sebagai seorang notorious playboy. Pun begitu, ramai gadis yang masih mahu bersusun mengenalinya. Siapa tidak mahu bersama Aiden Raziq, bukan sahaja kacak seperti seorang model, tetapi kalau gadis-gadis itu betul-betul mengenali latar belakang keluarga Aiden, memang Aiden tidak mudah dilepaskan begitu sahaja. 

Aiden membetulkan kacamata hitam Rayban Wayfarer di batang hidungnya yang mancung. Kakinya dilangkah perlahan menuju ke lecture theatre walaupun kuliah sudah bermula 15 minit lalu. Di mindanya masih berkira-kira strategi bagaimana untuk mencari 'Rory'. 

Kalau diikutkan hati, memang Aiden malas untuk menghadiri kuliah pada pagi itu. Sejak ditinggalkan Rory di Pullman begitu sahaja, Aiden tidak habis-habis memikirkan pelbagai cara untuk mendapatkan 'Rory'. Aiden sendiri sudah tidak tahu berapa kali dia menyumpah dirinya saat terfikirkan perkara itu. 

Kalau hendak tinggal di rumah sahaja pun tidak berguna kerana dia tidak akan menjadi produktif. Seeloknya dia keluar sahaja. Mungkin takdir akan menemukan semula dia dengan 'Rory'. Saat ini, hanya itulah harapan Aiden. Takdir. 

Aiden mula teringat tentang gadis berwajah seiras 'Rory' yang sekelas dengannya untuk subjek Macroeconomics. Gadis itu mungkin seiras 'Rory', tapi Aiden rasa mustahil benar kalau mereka berdua adalah orang yang sama. Aiden berkira-kira yang kedua gadis itu mempunyai personaliti yang jauh berbeza. 

Tapi, sekurang-kurangnya, sedap mata Aiden untuk memandang. Demi untuk menyedapkan dan mengubati hatinya yang sedikit terguris dek 'ditinggalkan' begitu sahaja. Langkah Aiden mulai pantas dituju ke lecture theatre. 

Saat Aiden melangkah masuk, dia terus menuju ke tempat duduk biasanya di barisan paling belakang. Mujur kerusi itu masih kosong. Kuliah tinggal kurang sejam sahaja lagi. Matanya meliar ke barisan-barisan tempat duduk di hadapannya, mencari-cari wajah yang dicarinya. Pandangannya jatuh ke tempat duduk tiga baris di hadapannya. Gadis seiras 'Rory' itu duduk di tempat yang sama ketika Aiden terlihatnya beberapa minggu lepas. Aiden tersenyum kecil. 

Pensyarah di hadapan sudah mula membuat kesimpulan dari topik yang diajarnya pada pagi itu. Itu merupakan signal untuk Aiden bersedia untuk beredar jika dia mahu menegur gadis seiras 'Rory' sebelum gadis itu juga turut menghilangkan diri. Aiden juga mengingati dirinya yang dia perlu menyelesaikan strategi untuk mencari 'Rory' yang sebenar. Tidak betah lama-lama di kampus. Kalau lama-lama bimbang pula terserempak dengan Ilys Saira. Kalau sudah terserempak dengan Ilys Saira, itu akan membantutkan segala perancangannya untuk hari itu. 

Pensyarah sudah memberikan isyarat yang kuliah pada hari itu sudah tamat dan mereka dibenarkan untuk bersurai. Pantas Aiden melangkah menuruni tangga, seketika dia terlupa akan gadis seiras 'Rory' dan mula melangkah menuju ke pintu untuk keluar dari lecture theatre itu. 

"See you guys in next class. And please, Rory come see me in front here please. I need to see you for a short moment," ujar Mr Roberts. 

Langkah Aiden terus termati saat terdengar nama itu. Padahal kakinya baru melangkah selangkah keluar dari pintu. Aiden menoleh, dahinya berkerut. Rory? The same Rory? Dia ada kat Westwood? Wait. 

Aiden jadi bingung. Macam mana aku tak boleh perasan yang Rory ada kat sini? Sama kelas dengan aku? Dia nampak aku tak? Dia perasan tak aku kat sini? 

Berbagai persoalan timbul di benak Aiden. Aiden memanjangkan lehernya untuk melihat ke dalam lecture theatre itu. Matanya cuba mencari kelibat Mr Roberts supaya mudah untuk dia melihat siapa 'Rory' yang dimaksudkan Mr Roberts tadi. Aiden mahu memastikan bagaimana rupa Rory yang dimaksudkan itu. Adakah itu orang yang sama?

Mata Aiden merenung tajam ke arah gadis yang mengenakan cap dan berkacamata itu. Semakin berkerut dahi Aiden. Her? Impossible. 

Perasaan Aiden mula bercampur baur. Pun begitu, dia memilih untuk menunggu di luar pintu lecture theatre. Menunggu 'Rory' itu tadi untuk menapak keluar. 

Setelah lima minit berlalu, Aiden hairan kenapa gadis itu masih juga belum menapak keluar padahal suasana di dalam lecture theatre sudah sunyi sepi. Aiden menoleh semula ke dalam lecture theatre. Kosong. Matanya tertancap pada pintu kedua lecture theatre di seberang sana yang juga terbuka. 

Shit! She went out the other door!

Fuck! Bodohnya!

Aiden meraup wajahnya kasar, marah dengan dirinya sendiri. Pantas tubuhnya dipalingkan untuk melangkah ke sebelah sana. Dia mahu mencari gadis yang sudah menjadi saspek utamanya itu. Namun langkahnya termati saat melihat sekujur tubuh yang sedang berdiri di belakangnya, tersenyum menggoda. 

Terkejut dibuatnya!

"Dah habis kelas, Id?" ujar Ilys Saira lembut. Aiden mengeluh kecil dan sekadar mengangguk untuk menjawab soalan Ilys Saira itu. Tanpa mempedulikan Ilys Saira, Aiden mula mengorak langkah untuk berlalu dari situ dan menuju ke tempat letak kereta. Sudah masa makan tengah hari, bagus juga kalau dia mengisi perut. Esok dia boleh mencuba lagi untuk mencari 'Rory' di Westwood. 

"So, you nak balik dah?" terdengar suara Ilys Saira di belakangnya bertanya lagi. Aduh, Aiden terlepas pandang pula Ilys Saira yang mengikut langkahnya dan cuba berjalan beriringan dengan Aiden. Dengan ketinggian sebegitu, sudah pasti langkah Aiden lebih besar membuatkan Ilys Saira perlu berlari anak sedikit untuk mengejar Aiden. 

"Yes. I'm done for the day. Kenapa?" tanya Aiden acuh tak acuh. Sengaja berbuat begitu. Not today, Ilys. 

"Boleh tolong hantarkan I balik? Driver I lambat lagi lah nak sampai," rengek Ilys Saira, seraya menarik tangan Aiden. Aiden membiarkan sahaja tangannya digenggam Ilys Saira, namun langkahnya tetap diteruskan untuk menuju ke kereta. 

"Boleh. Tapi I kena hantar you balik terus. I ada meeting tengah hari ni. Busy. Boleh?" Aiden memberikan alasan. Ilys Saira memuncungkan bibirnya tanda protes, namun dia terpaksa jua bersetuju. Mungkin apabila sudah berada di dalam kereta nanti, dia boleh mengubah fikiran Aiden. 

CIKLET: Jika Kau MahuWhere stories live. Discover now