Duapuluhsembilan

147 2 0
                                    

Udara dingin musim luruh yang baru sahaja hendak bermula menampar wajah Aurora yang sedang berdiri di balkoni biliknya. Petang tadi, dia baru sahaja menduduki kertas terakhir peperiksaan akhir untuk semester itu. Aurora menghela nafasnya dalam, terasa luas dadanya buat seketika. Hilang segala penat, lelah dan stress sepanjang satu semester yang mencabar buat dirinya itu. 

Joint di celah jemarinya dibawa ke bibir, disedut perlahan sekali lagi. Pandangannya dilemparkan ke arah pemandangan Harbour Bridge yang berkerlipan di kejauhan. Telefon bimbit di dalam poket sweatpants tebal yang dikenakannya itu dicapai. Sedikit hairan saat melihat nama yang tertera pada skrin. 

"Ya, nak apa?" ujar Aurora saat panggilan dijawab. Joint diselitkan lagi di celah bibirnya. Rambutnya yang dibiarkan lepas dikuak ke belakang, membiarkan angin malam yang sedikit deras itu meniup rambutnya ke belakang. 

"Tak sejuk ke lama sangat lepak kat luar tu?" kata Henry di hujung talian, membuatkan Aurora menggulingkan matanya. Pantas dia menjeling ke arah jendela apartmen sebelah, melihat wajah Henry yang tersengih lebar sedang berdiri di pintu, melambai ke arahnya. 

"Sibuklah!" marah Aurora sebelum dia mematikan talian. Sempat dia menjelirkan lidah ke arah Henry sebelum dia menapak masuk ke dalam apartmen. 

Setelah perjanjian bisnes yang diuruskannya berjaya, Henry terus sahaja membuat keputusan untuk berpindah ke bangunan apartmen yang sama dengan Aurora. Secara kebetulan, apartmen di sebelah kosong, tanpa berfikir dua kali, Henry mengambil keputusan untuk membeli apartmen itu. Menurut Henry, dia akan berada di Sydney sehingga urusannya di situ selesai. Cuma dia sendiri belum tahu sampai bila dia akan berada di situ. Mungkin enam bulan, mungkin lima tahun. 

Aurora pun terasa agak senang. Sekurang-kurangnya, tidaklah dia terlalu sunyi dan rindukan rakan-rakan di Malaysia dengan kehadiran Henry menemaninya di situ. Terubat rindunya. 

Aurora menghempaskan tubuhnya di atas sofa untuk berbaring. Televisyen di hadapannya dinyalakan sebelum dia memilih filem untuk ditonton di Netflix. Sejak berada di bumi Australia, Aurora lebih gemar tinggal di rumah sahaja untuk relaks. Untuk keluar bersuka ria seperti di Malaysia sudah kurang. Cuma sesekali sahaja dia akan keluar bersama rakan sekelasnya yang lain. 

HENRY DEAN: Tak keluar malam ni?

Pesanan ringkas dari Henry itu dibaca sekilas. 

AURORA IRINA: Malas

HENRY DEAN: Dah dinner?

AURORA IRINA: Dah awal tadi. 

HENRY DEAN: Alah. Ingatkan nak ajak keluar celebrate. 

AURORA IRINA: Not tonight, Henry. 

HENRY DEAN: Weekend ni ada plan?

AURORA IRINA: Nope. Kenapa?

HENRY DEAN: Jom ikut saya ke Gold Coast? Pack untuk lima hari. 

AURORA IRINA: Nak buat apa kat GC?

HENRY DEAN: Cutilah! Saya ada kerja sikit for one day, but then I will be free. My treat, to celebrate your end of semester. 

AURORA IRINA: Tengoklah. 

HENRY DEAN: Come on, Rory. Just say yes. Friday pukul 2 kita bertolak. I'll wait in front of your door. 

Aurora meletakkan telefon bimbit ke sisi tanpa membalas lagi pesanan ringkas Henry itu. Namun, tidak lama selepas itu, telefon bimbitnya bergetar lagi. Kali ini, menandakan ada panggilan yang masuk. 

CIKLET: Jika Kau Mahuजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें