Prolog

3.6K 145 32
                                    


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




"Tok ayah nak kamu berdua kahwin, ini sahaja permintaan tok ayah." ujar Tengku Salleh sayu. Sekarang ni mereka semua berada di dalam wad yang menempatkan Tengku Salleh. Tengku Salleh menghidap penyakit kanser hati tahap 5.

"Tapi..." belum sempat Zahra Elviyra mahu membantah percakapannya dipotong oleh Harraz Mikael.

"Mika setuju," jawab Harraz Mikael laju. Dia tidak ingin menghampakan permintaan tok ayahnya. Semua mata memandang ke arah Harraz Mikael.

Tengku Shuza memandang Harraz Mikael lalu tersenyum kecil. Dia tahu anak lelakinya tidak akan menghampakan keluarga, tetapi kini matanya beralih memandang anak saudaranya pula.

Dia yakin Zahra Elviyra masih dalam keadaan terkejut kerana hal ini terlalu cepat untuk gadis itu.

"El? Elviyra macam mana? Mika dah setuju." Soal Tunku Zarif kepada anak perempuan tunggalnya.

Zahra Elviyra memandang semua yang berada di dalam wad itu. Nafas ditarik lalu dihembuskan.

"El setuju," tekad Zahra Elviyra. Demi tok ayahnya, dia rela berkahwin dengan sepupunya itu dan berharap perkahwinannya kekal.

Walaupun dia tidak cintakan sepupunya tetapi dia akan cuba untuk cintakan Harraz Mikael. Orang tua-tua kata bercinta selepas kahwin selalunya indah.

"Alhamdulillah, terima kasih Mika, El." Ujar Tengku Salleh sebak. Dia dapat merasakan bahawa dia bakal mengikuti jejak langkah arwah isterinya tidak lama lagi. Kedua-dua cucunya dipeluk.

"Tok ayah jangan risau, demi tok ayah, El sanggup buat." Tutur Zahra Elviyra. Kenapa dia cakap begitu? Kerana dia lebih rapat dengan tok ayahnya berbanding ibu bapanya.

"Zuqi, Zarif panggil tok kadi untuk datang sini. Ayah nak diaorang kahwin sekarang. Ayah takut ayah tak sempat tengok cucu kedua dan kelima ayah kahwin." Ujar Tengku Salleh lemah.

Tunku Marzuqi dan Tunku Zarif hanya mengangguk lalu berlalu keluar.

Tengku Syaza melangkah ke arah anak perempuan tunggalnya. Tubuh Zahra Elviyra dipeluk erat. Sebentar lagi anaknya bakal bergelar isteri orang. Isteri kepada anak saudaranya sendiri. Menantunya anak kepada kakak kandungnya.

"El, dengar apa yang umi nak cakap." Kata Tengku Syaza sambil memegang kedua belah pipi anak perempuan tunggalnya.

"Sekejap lagi El akan jadi isteri orang. Umi taknak El jadi isteri derhaka dekat suami. Ikut kata suami, jangan tinggikan suara dekat suami El kerana syurga El dibawah tapak kaki suami El. Jaga makan minum suami El." pesan Tengku Syaza.

Zahra Elviyra hanya menganggukkan kepalanya. Tubuh mamanya sekali lagi dipeluk diikuti oleh Tengku Shuza. Jika dahulu Tengku Shuza ibu saudaranya kini Tengku Shuza merupakan ibu mertuanya.

𝐄𝐥𝐯𝐢𝐲𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 [𝐂]Where stories live. Discover now