𝓔𝓵𝓿𝓲𝔂𝓻𝓪 𝓜𝓲𝓴𝓪𝓮𝓵 - 𝓫𝓪𝓫 26

2.5K 106 1
                                    

                  "Ayah," ujar Mikael lalu menyalam tangan Tunku Zarif

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ayah," ujar Mikael lalu menyalam tangan Tunku Zarif. Dia baru saja lepas solat Isyak bersama Elviyra keluar ke ruang tamu manakala Elviyra dibiarkan berehat dekat dalam bilik. Isterinya itu sudah terlelap selepas solat Isyak.

Mikael pula hanya biarkan saja, ibu mengandung tak elok kalau penat berlebihan.

"Mika, duduklah." Arah Tunku Zarif.

Mikael duduk di kerusi bersebelah Tunku Zarif.

"Macam mana keadaan mama kamu Mika?" Soal Tunku Zarif yang tidak mengetahui tentang Tengku Shuza disihir.

Mendengar saja nama mama, Mikael tersenyum kelat.

"Mama sebenarnya kena sihir ayah. Tapi alhamdulillah mama dah sedar. Dia kerap kali minta nak jumpa El dan umi tapi Mika tak boleh buat apa. Dia dah minta maaf dengan Mika dan Mika dah maafkan mama. Tak elok Mika marah lama-lama dekat mama." Jelas Mikael dengan senyum hambar.

Dahi Tunku Zarif berkerut mendengar jawapan Mikael. Kakak iparnya disihir?

"Kakak kena sihir?" Tengku Syaza yang baru tiba bersama Zafran dan Zafril itu bertanya.

Terkejut Mikael apabila mendengar soalan Tengku Syaza.

"Ya, umi. Ada seorang anak perempuan pemilik butik pengantin yang El dan Mika tempah baju bersanding empat tahun lepas tu. Anak perempuan dia tu sukakan Mika jadi perempuan tu hantar sihir dekat mama supaya mama bencikan El dan rumah tangga Mika hancur. Perempuan tu tahu Mika dan El masih tak ada anak dan dia gunakan kesempatan itu untuk rapat dengan mama," sambung Mikael lagi. Bila fikirkan balik memang meletus amarah dia sekarang ni.

Orang lain hantar sihir, orang lain yang gilakan Mikael. Yang hantar sihir nama perempuan tu Akma tapi yang gilakan Mikael sekarang ni si Lalat.

Apalab nasib badan. Si Akma dah insaf tapi si Lalat pula yang buat hal!

"Ya Allah, habis tu maklang macam mana sekarang ni?" Soal Zafril terkejut.

"Alhamdulillah, mama aku dah okay."

"Baguslah macam tu, ayah pun tak sangka kenapa mama kamu boleh berubah macam tu. Perangai dia sebelum ni tak macam tu pun." Balas Tunku Zarif sambil menggelengkan kepala. Zaman sekarang yang dibuat main. Sihir hanya perkara biasa untuk seseorang yang sudah terobses dengan sesuatu hal.

"El mana?" Tanya Zafran pelik apabila tidak melihat si adik kembar.

"Tidur, penat katanya tapi okaylah dia tengah berehat tu." Jawab Mikael. Matanya fokus ke hadapan. Dia tengah fikir macam mana nak bagitahu semua ahli keluarga besarnya bahawa dia sudah berjumpa dengan keluarga mertua dia. Ini pun dia sudah menipu bahawa dia ingin pergi tenangkan fikiran selama 4 bulan.

Pada mulanya semua bertanya pelik kepada dia, tapi dia sudah menipu mereka semua. Bukan saja-saja erk, tapi kecemasan.

.
.
.
.
.

𝐄𝐥𝐯𝐢𝐲𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 [𝐂]Where stories live. Discover now