𝓔𝓵𝓿𝓲𝔂𝓻𝓪 𝓜𝓲𝓴𝓪𝓮𝓵 - 𝓫𝓪𝓫 10

2.1K 99 2
                                    


                  "Flower, jom keluar nak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                  "Flower, jom keluar nak." Ajak Mikael. Bosanlah duduk rumah!

"Malaslah! Saya takut terjumpa dengan lalat tu. Saya pula sakit hati." Balas Elviyra dengan wajah masam mencuka. Masih dia ingat kejadian dua hari lepas sewaktu dia dan Mikael dalam perjalanan mahu lunch bersama di restoran berdekatan dengan Office Mikael.

Dimana Elviyra dan Lalat berjumpa kembali. Lalat dengan tidak tahu malunya mahu makan bersama mereka.

"Ajaklah diaorang sekali. Kalau terjumpa lalat tu kau boleh ajar dia cukup." Cadang Mikael tanpa berfikir panjang. Tidak tahukah Mikael bahawa jika membawa semua sepupunya akan menambahkan lagi keadaan menjadi buruk?

"Okey!" Wajah Elviyra berubah teruja. Ada geng nak ajar lalat sarkas tu!

"Kau bagitahu diaorang, jumpa dekat..." Ujar Mikael.

Elviyra mengangguk. Whatsapp di hantar di dalam group sepupu. Dimana adanya mereka semua.

.
.
.
.
.

                "Wah, wah, nak jumpa cakap last minutes. Beginilah jadinya, aku tak sempat aku nak bersegak bagai." Bebel Zikri geram.

"Aku tak kisah yang penting aku dapat keluar. Bosanlah asyik terperap je dalam rumah. Bunga aku taknak keluar takut terserempak dengan badut sarkas." Balas Mikael selamba. Apple juice kepunyaannya di minum tanpa mempedulikan sepupunya yang lain.

Nasha dan suaminya tergelak kecil mendengar balasan Mikael. Itulah Mikael jika mahu, tidak memikirkan orang lain. Nasib baik rumah mereka dan Mikael berhadapan saja.

Nasha memang jimat. Banyak-banyak rumah yang ada. Rumah berhadapan dengan rumah Mikael dan Elviyra juga yang menjadi pilihan si Nasha. Katanya, baru best berjiran. Tak adalah sunyi.

"Siapa pula lalat ni Mikael! Kau jangan nak ubah topik eah." Marah Zafril. Sedang fokus dia makan tadi tiba-tiba masuk chat dari adik kesayangan. Tak jadi dia nak melantak masakkan uminya sehingga habis bersama Zafran dan Reza.

"Lala lah! El bagi nama baru untuk dia iaitu lalat sarkas!" Jawab Elviyra bangga. Dia tersenyum lebar apabila memikirkan nama yang dia berikan kepada Lala atau nama sebenarnya Latifah. Si badut sarkas itu pernah memberitahu Mikael tentang asal usul namanya.

Elviyra tidak menyangka nama sebenar Lala ialah Latifah, tapi nak jadi nama moden jadi 'Lala' memang nak minta attention betul lah! Dasar lalat sarkas!

"Uhuk, lalat? Kau biar betul?" Soal Reza sambil tersedak airnya.

"Yalah! Dia suka menggatal dengan laki aku. Aku geramlah! Perempuan gatal, laki orang pun nak rembat!" Hambur Elviyra kepada mereka.

Almira dan Nasha menarik sengihan nakal. "Are you jealous, Zahra Elviyra?"

𝐄𝐥𝐯𝐢𝐲𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 [𝐂]Where stories live. Discover now