𝓔𝓵𝓿𝓲𝔂𝓻𝓪 𝓜𝓲𝓴𝓪𝓮𝓵 - 𝓫𝓪𝓫 28

2.4K 103 8
                                    

                         Elviyra tersedar dari pengsan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Elviyra tersedar dari pengsan. Mikael yang sedang mendukung si anak di pandang terharu.

"Awak..." panggil Elviyra.

"Ya Allah, sayang dah sedar." Ujar Mikael. Si anak di letakkan kembali di dalam katil baby.

"El nak air, haus.."

Mikael mengambil air lalu dengan berhati-hati di berikan kepada Elviyra. Mikael tolong Elviyra minum sebenarnya.

"Shuben, El nak tengok baby girl kita dulu." Kata Elviyra dengan senyuman nipis.

Mikael hanya menuruti kemahuan Elviyra. Bayi perempuan yang sedang tidur itu di ambil lalu di berikan kepada isterinya.

Tersenyum Elviyra memerhatikan wajah polos dan bersih anaknya yang sedang tidur itu. Langsung tidak terjaga.

"Mika namakan dia Tunku Orked..."

"...Maysara." Sambung Elviyra dengan senyuman di bibir. Dia tersenyum manis memerhatikan anaknya.

"Aku ambilkan baby boy kita kejap eah." Tutur Mikael lalu melangkah ke arah bayi lelaki yang sedang tertidur nyenyak.

Elviyra menganggukkan kepalanya. Senyuman terbit dibibirnya apabila melihat wajah anak perempuannya.

Mikael berjalan sambuk membawa anak lelakinya. Di berikan anak lelakinya kepada Elviyra.

Tangan sebelah kiri memegang Maysara manakala tangan sebelah kanan anak lelaki.

"Anak lelaki mama, mama berikan nama Tunku Rayyan..." Ujar Elviyra.

"Miqael,'' sambung Mikael.

Elviyra tersenyum. "Wajib ke ada Miqael tu?'' Usik Elviyra.

Mikael tersenyum bangga. ''Mestilah sayang. Lagipun ejaan bukan sama sebiji tau. Miqael huruf q kalau aku huruf k.'' Balas Mikael.

Elviyra tersenyum mendengar balasan suaminya.

"Tunku Orked Maysara dan Tunku Rayyan Mikael. Anak-anak mama dan papa. Anugerah yang sangat indah buat mama dan papa. Mama harap Maysara jadi anak yang solehah dan Miqael jadi anak yang soleh." Tutur Elviyra. Dahi merah anak-anaknya di kucup lama. Bagaikan terasa bahawa si ibu yang memegangnya, kedua-dua bayi itu membuka mata mereka perlahan-lahan.

Bibir kecil dan halus mereka automatik mengukirkan senyuman apabila memandang si ibu.

"Alololo, anak-anak papa dah bangun. Macam tahu-tahu je mama dia yang pegang." Kata Mikael pula. Pipi si anak gadis di kucup geram. Comel dan tembam.

"Mestilah, El kan mama dia." Balas Elviyra selamba.

"Eehh, aku pula papa dia."

Elviyra dan Mikael berpandangan sebelum tersenyum manis. "Kitakan papa dan mama Maysara dan Miqael." Jawab mereka serentak.

𝐄𝐥𝐯𝐢𝐲𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 [𝐂]Where stories live. Discover now