𝓔𝓵𝓿𝓲𝔂𝓻𝓪 𝓜𝓲𝓴𝓪𝓮𝓵 - 𝓫𝓪𝓫 20

2.6K 100 2
                                    

                 

                 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





                  "Zafran Ezzad!" Jerit Elviyra kuat. Kakinya di hentak geram ke lantai. Alahai, mak buyung ni tak ingat ke awak tu tengah pregnant?

"Ya Allah, Zahra Elviyra! Kamu dah kenapa hentak kaki dekat lantai tu? Kamu lupa ke kamu mengandung!" Marah Tengku Syaza dengan wajah menyinga. Tangan dicekak ke pinggang. Matanya mencerlung tajam memandang anak bongsunya.

Elviyra mencebik seperti ingin menangis apabila mendengar amarah Tengku Syaza. Sejak kandungan dia makin besar ni Elviyra juga makin sensitif. Tak boleh marah sikit, adalah nak nangis.

"Fran habiskan aiskrim El! El nak aiskrim tu." Rengek Elviyra. Bekas aiskrim yang sudah kosong itu di tunjukkan kepada Tengku Syaza. Dia baru makan sedikit tapi tengok-tengok dah kosong. Siapa lagi yang makan kalau Zafran? Tengku Syaza dan Tunku Zarif tak makan benda macam tu. Zafril? Lagilah tak! Abang sulongnya itu bukan seperti Zafran. Makan sampai lupakan orang lain.

"Alah aiskrim je!" Sampuk Zafran santai. Aiskrim je Zafran kata? Aiskrim itu amat bermakna bagi Elviyra tahu.

"Aiskrim je? Aiskrim tu favourite El! Fran apa tahu? Fran tak mengandung! Yang mengandung sekarang ni El!" Balas Elviyra dengan suara yang tinggi. Dia masih geram dengan si abang yang selamba saja menghabiskan aiskrimnya.

Zafran terdiam mendengar kata-kata Elviyra Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya. Tengku Syaza mengeluh melihat perangai anak-anaknya. Dah besar panjang pun perangai macam budak. Si Zafran satu, sudah tahu si adik tu mengandung pergi cari pasal tu kenapa?

"Adik, angah minta maaf eah? Angah tak sengaja habiskan aiskrim adik." Pinta Zafran. Bahu adiknya di pegang kemas.

Elviyra menepis kedua belah tangan Zafran kasar.

"Taknak!" Balas Elviyra lalu dengan langkah perlahan dia berjalan untuk ke ruang tamu. Kakinya sudah lenguh kerana berdiri terlalu lama. Dengan jubah mengandung yang besar membaluti tubuh kecilnya.

Hilang saja kelibat Tengku Syaza memandang anak lelakinya dengan senyuman mengejek. "Pandai buat, pandailah tanggung."

Zafran mengeluh lemah, macam mana nak pujuk mak buyung tu? Elviyra jarang sekali merajuk tapi bila merajuk itu susah nak pujuk.

"Umi tolonglah Fran." Ujar Zafran merayu.

Tengku Syaza menghadiahkan senyuman sinisnya.

"Umi takkan tolong kamu. Itulah, lain kali jangan cari pasal dengan mak buyung sorang tu. Kamu ni degil kalau umi cakap! Sekarang ni kamu pujuk adik kembar kamu. Kalau tak boleh, minta tolong along kamu." Bebel Tengku Syaza. Kerjanya yang tergendala sebentar tadi di teruskan kembali.

Zafran meraup wajahnya kasar, dia sudah mati akal nak pujuk umi supaya menolongnya. Nampaknya dia terpaksa pujuk Elviyra sendiri!  Atau minta tolong dekat Zafril?

𝐄𝐥𝐯𝐢𝐲𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 [𝐂]Where stories live. Discover now