𝓔𝓵𝓿𝓲𝔂𝓻𝓪 𝓜𝓲𝓴𝓪𝓮𝓵 - 𝓫𝓪𝓫 12

1.9K 96 16
                                    

 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

 

               "Umi, El tak nak. El taknak tinggalkan Mika." Kata Elviyra dengan wajah sayunya.

Tengku Syaza yang sedang mengemaskan segala barang-barangnya di pandang.

"Umi buat semua ini untuk kebaikan El. Kalau umi tak buat macam ni, mama kamu takkan sedar El. Dia akan terus-terusan hina anak umi." Balas Tengku Syaza lembut.

"El jangan risau sayang. Kita pergi kejap je dan umi janji nanti bila tiba waktu kita balik sini, umi akan bawa El balik ke pangkuan Mika. Umi janji, El boleh pegang janji umi dan ayah." Ujar Tengku Syaza lagi. Kepala anaknya di elus lembut.

Elviyra mengalirkan air matanya. Berat untuk tinggalkan semua kenangan ni tapi dia tiada pilihan selain mengikuti segala perancangan umi.

"Kalau Mika jumpa orang lain macam mana?"

Tengku Syaza mengukirkan senyuman. "Tandanya dia bukan jodoh kamu. Jodoh kamu dan dia setakat ini saja."

Elviyra terdiam. Bukan jodoh dia? Dia tak sanggup untuk kehilangan Mikael. Setelah empat tahun berkahwin.

"Umi, El taknak hilang suami El. Tolonglah umi,'' Sayu saja Elviyra bersuara. Memang cinta mati betul ini budak dengan Mikael.

"El, umi yakin kalau Mika tu jodoh El, El pergi sejauh mana pun kalau jodoh tetap jodoh. El jangan risau, kalau Mika cari lain umi sebat dia guna rotan nanti." Pujuk Tengku Syaza. Tak rela dia melihat air mata anaknya itu mengalir.

Cukuplah selama ini, Elviyra selalu menangis akibat Tengku Shuza.

"Umi janji ya?" Soal Elviyra penuh pengharapan.

"Ya sayang, umi janji.''

Zafran menghembuskan nafas berat di sebalik pintu. Dia baru saja ingin menjenguk adik kesayangannya tapi terdengar pula suara Elviyra yang sedih itu.

Bila difikirkan balik, Zafran juga tidak rela ingin meninggalkan semua keluarganya tapi bila Tengku Syaza membuat keputusan, dia tiada hak mahu menghalang.

Pintu yang tidak tertutup rapat itu membolehkan Zafran memandang Elviyra dan Tengku Syaza yang sedang berpelukan.

"Adik angah memang kuat. Bangga angah ada adik macam El." Ujar Zafran sendirian. Senyuman tipis terukir di bibirnya. Walaupun banyak masalah tapi Elviyra sentiasa boleh tersenyum.

.
.
.
.
.

"Mika kamu nak pergi mana?"

Mereka yang masih berada di ruang tamu itu terperanjat apabila Mikael tiba-tiba berlari ke tingkat dua dan turun dengan keadaan tergesa-gesa.

"Mika nak jumpa El, sekejap pun jadi lah." Jawav Mikael dengan suara lemahnya.

Reza, Almira, Nasha dan Zikri menghembuskan nafas mereka berat.

"Mika, maklang kan tak bagi kau jumpa El sekarang ni." Kata Almira hati-hati. Takut pula tersinggung hati Mikael.

"Tapi Mira, aku nak jumpa wife aku." Ujar Mikael lagi. Dah macam orang tak betul lagaknya si Mikael ni. Dengan rambut serabai, pakaian macam urm malas nak cakap.

"Mikael! Almira kan dah cakap mama tak bagi Mika jumpa perempuan tu, jadi tak payahlah jumpa! Buat apa Mika nak jumpa perempuan tu lagi?" Sampuk Tengku Shuza dengan wajah yang menahan amarah.

"Dia isteri Mikael ma! Mikael nak jumpa dia!" Jerit Mikael kasar kepada Tengku Shuza. Pertama kali, Mikael bersuara kasar begitu.

"Perempuan tu dah tinggalkan Mika!" Balas Tengku Shuza. Berani Mikael meninggikan suara kepada dia.

"Zahra Elviyra takkan tinggalkan Harraz Mikael kalau mama tak buat hal. Semua yang berlaku ini disebabkan mama! Cukuplah selama mama hina isteri Mika, Mika hanya diam. Sekarang ni, Zahra Elviyra dah pergi dari hidup Mika. Apa yang mama tak puas hati lagi?" Bidas Mikael lantang. Matanya tajam menentang mata Tengku Shuza.

Tengku Adeeb dan Tengku Rusli mengeluh perlahan. Tadi adik dan kakak sekarang ni mak dan anak pula, tapi apa yang Mikael cakap tu semua tu. Sekarang Aza sekeluarga sudah pergi dari hidup mereka.

"Mika tak pernah tinggikan suara Mika dekat mama, tapi kenapa hari ni di sebabkan perempuan tu, Mika tinggikan suara dekat mama?" Tanya Tengku Shuza berpura-pura sayu.

Reza dan Zikri mencebik menyampah mendengar suara berpura-pura Tengku Shuza. Rasa nak hempuk je! Nasib baik ibu saudara!

Mikael hanya diam tidak membalas pertanyaan Tengku Shuza. Selamba saja dia berjalan meninggalkan mamanya yang sedang berpura-pura itu.

"Mika nak pergi mana tu! Hei! Mika!" Jerit Tengku Shuza bengang.

Nasha menggelengkan kepalanya.

"Maklang tak serik lagi ke? Tadi, gaduh dengan maksu. Sekarang dengan Mika. Maklang ni dah kenapa?" Soal Nasha. Serabut dia memikirkan masalah keluarga mereka. Nasib baik suami dia tak ada harini. Kalau tak boleh malu dia akibat perangai maklang begitu.

Nasha berjalan meninggalkan mereka semua diikuti oleh Almira.

"Biadap betul kakak kamu Zikri. Berani dia tanya aku macam tu." Marah Tengku Shuza kepada Zikri.

Terjungkit kening Zikri mendengar amarah Tengku Shuza.

"Akak ke maklang yang biadap. Zikri tak rasa akak yang biadap melainkan maklang." Bidas Zikri pula.

"Entahnya, dia yang biadap nak cakap orang pula. Asyik jaga tepi kain orang tapi tepi kain sendiri tak terjaga. Kesian..." Perli Reza sedas. Lalu selamba dua lelaki itu berjalan pergi meninggalkan semua orang yang ada disitu.

"Angah! Along! Anak korang memang biadap dengan Uza!" Adu Tengku Shuza kepada Tengku Adeeb dan Tengku Rusli.

"Angah tak rasa anak angah biadap. Apa yang anak angah cakap semua betul. Uza yang masih tak sedar salah Uza." Jawab Tengku Rusli mempertahankan Reza.

"Along pun sama, anak-anak along betul. Mereka sayangkan Uza sebab Uza ibu saudara mereka. Tapi perangai Uza begitu membuatkan mereka memandang buruk terhadap Uza." Balas Tengku Adeeb pula.

Tengku Shuza terdiam, dia memandang suaminya yang sedang tersenyum pahit itu. Semua keluarga dia sudah meninggalkan dia sekarang ini.

"Fikir-fikirkan lah Uza. Abang tak boleh buat apa-apa. Semua yang berlaku ni dari datang dari Uza sendiri. Mereka semua menjauhi Uza sebab Uza sendiri. Jadi jangan nak salahkan menantu kita." Sesuai berkata begitu Tunku Marzuki meninggalkan Tengku Shuza bersendirian di ruang tamu.

Tengku Shuza terduduk di sofa. Dia meraup mukanya kasar, stress!





To be continue

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To be continue...

Huhu, shuza kena palau!

𝐄𝐥𝐯𝐢𝐲𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 [𝐂]Where stories live. Discover now