𝓔𝓵𝓿𝓲𝔂𝓻𝓪 𝓜𝓲𝓴𝓪𝓮𝓵 - 𝓫𝓪𝓫 19

2K 97 6
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


4 bulan kemudian...

             Usia kandungan Elviyra sudah masuk lima bulan dan Mikael masih belum mengetahui bahawa isteri dia mengandung.

Tengku Syaza yang melarang Elviyra untuk memberitahu kepada Mikael. Kata Tengku Syaza, biarlah umi dan ayah yang bagitahu Mikael segalanya bila waktunya tiba.

"El..." Panggil Tengku Syaza apabila si anak yang dari tadi termenung.

Elviyra berpaling dan mengukirkan senyuman buat uminya tapi jelas kelihatan bahawa senyuman yang di ukirkan itu sangatlah pahit.

"Ya umi?"

"Anak umi kenapa?" Tanya Tengku Syaza lembut.

Elviyra memandang uminya dengan mata berkaca. Sejak mengandung emosi Elviyra menjadi tidak menentu.

"Kalau El cakap El rindu suami El, umi marah tak?" Jawabnya perlahan. Wajah di tundukkan lalu ibu jari dimainkan. Dia takut Tengku Syaza akan memarahinya kembali.

"Buat apa umi nak marah? Tak salah El rindu sebab El rindukan kekasih halal El." Balas Tengku Syaza perlahan. Rasa bersalah mula menghurungi diri. Rasa bersalah memisahkan pasangan suami isteri.

"El rindukan Mika, selama 4 bulan kita duduk dekat sini, tidak pernah satu hari pun El tak rindukan suami El. Setiap hari, setiap jam, setiap saat dan setiap detik, nama Mikael tak pernah luput dari dalam fikiran El umi." Luah Elviyra ikhlas dari dalam lubuk hatinya.

Terdiam Tengku Syaza mendengar luahan Elviyra. Rasa bersalahnya semakin membuak-buak.

"Umi minta maaf El. Umi pisahkan kamu dengan suami kamu."

Elviyra menggeleng kepalanya. "Bukan salah umi. El yakin ini ialah takdir."

"Umi janji, umi akan bawa suami El balik dengan El ya." balas Tengku Syaza. Dia tekad akan membawa Mikael datang kepada anaknya, hanya Mikael seorang saja. Bukan ahli keluarga dia yang lain.

"Betul ke umi?" soal Elviyra teruja.

"Ya, umi taknak anak umi sedih lagi. El tunggu ya." Balas Tengku Syaza. Kepala anaknya yang ada diribanya di elus lembut.

"Terima kasih umi," ucap Elviyra lalu bangun dari baringnya. Tubuh tua Tengku Syaza di peluk erat. Tidak sabar rasanya mahu berjumpa si suami setelah 4 bulan berjauhan. Dia rindu sangat.

"Sama-sama sayang."

.
.
.
.
.

                  Mikael terduduk lemah di sofa empuk miliknya. Kepalanya yang masih pening di picit-picit. Sejak 4 bulan lepas, dia selalu saja pening. Pening sehingga tidak boleh membuat kerjanya.

"Mika, kau kenapa? Kepala kau pening lagi ke?" Soal Nasha yang kini sudah sarat. Suaminya yang ada disebelah di kerling.

"Entahlah Nasha, kepala aku pening tak henti. Kalau hilang pun tengahari nanti. Pagi aku tak boleh buat kerja."

𝐄𝐥𝐯𝐢𝐲𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 [𝐂]Where stories live. Discover now