𝓔𝓵𝓿𝓲𝔂𝓻𝓪 𝓜𝓲𝓴𝓪𝓮𝓵 - 𝓫𝓪𝓫 32

2.1K 93 2
                                    

                       "Sayang jom pergi pantai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sayang jom pergi pantai.." ajak Mikael dengan nada meleret. Sejak dia duduk sini empat bulan lepas, dia tak pernah pergi pantai lagi.

"Nak buat apa? Panas-panas ni?" Soal Elviyra dengan wajah malas. Maysara dan Miqael baru saja tidur dah ajak pergi pantai.

"Ala nanti petang kita pergilah. Ajak Fril dan Fran sekali. Aku bosan, aku nak juga tengok kawasan dekat sini." Jawab Mikael dengan mimik wajah sedih. Isterinya selalu saja tidak faham kehendak dia. Sedihlah macam ni.

Elviyra melihat suaminya. Wajah suaminya kelihatan mendung saja. Dia selalu saja taknak ikut permintaan Mikael sedangkan Mikael selalu saja ikut semua kehendak dia. Jadi, kali ini dia pula harus mengikuti kehendak suaminya.

"Yalah, petang nanti kita pergi pantai. Dah, tak payah sedih-sedih. Kalau awak sedih El pun ikut sedih." Balas Elviyra lalu memeluk tubuh sasa suaminya. Mikael membalas peluk kan Elviyra dengan senyuman bahagia.

"Saya minta maaf sebab selalu buat awak sedih ya hubby. Saya tak berniat nak buat awak sedih, tapi saya dah terlanjur buat awak sedih sebab saya." Tutur Elviyra lagi. Kalau boleh dia nak saja nangis sebab dah derhaka kepada suami sendiri. Dia selalu buat Mikael sedih dengan perbuatan dia.

Mikael menggeleng perlahan. "Tak adalah, kau tak buat aku sedih pun." balas Mikael. Rambut panjang kehitaman isterinya diusap sayang.

"Maaf ya..."

"Ya sayang, dah jangan minta maaf lagi. Sekarang ni aku nak isteri aku happy je. Janganlah rosakkan mood aku yang nak pergi pantai ni. Can you do that wife?" Tanya Mikael lembut. Haruman syampu sunsilk yang ada di rambut isterinya di hidu. Tenang je rasa apabila berada disisi isterinya.

"Terima kasih awak." Kata Elviyra tanpa melepaskan pelukkan. Bagi Elviyra, apabila Maysara dan Miqael tidur saja dia dapat bermanja dengan Mikael. Kalau Maysara dan Miqael ada, maka kembar itu akan menjadi penghalang hahaha.

.
.
.
.
.

"Macam mana? Cantik tak pantai dekat sini?" Soal Elviyra. Dia mendukung Maysara manakala Mikael mendukung Miqael yang sedang bercakap menggunakan bahasanya sendiri. Si kembar kelihatan gembira apabila dapat keluar berjalan.

"Cantik lah juga, tapi pantai tempat kita lahir lagi cantik sayang." Balas Mikael. Mereka berjalan di kawasan pantai. Nasib baik cuaca harini tidak panas, hanya mendung.

"Hahaha, aku dah agak. Kau akan cakap macam tu." Tutur Zafran sambil tergelak besar. Apa yang lawak pun tak tahu.

Zafril, Mikael, Elviyra, Miqael dan Maysara memandang Zafran dengan mata yang terkebil-kebil. Pelik Maysara memandang ayah ngahnya itu.

"Kau kenapa ketawa macam tu Fran? Malu la orang tengok!" Bidas Zafril. Pengunjung pantai kiri dan kanan melihat mereka sekarang ni. Zafran tak padan dengan pensyarah! Perangai tak seperti pensyarah langsung! Memalukan kaum kerabat je!

"Hehehe, maaf brother! Aku terlepas ketawa macam tu."

Zafril, Elviyra dan Mikael menjeling Zafran serentak. Terlepas lah sangat!

"Sayang, aku dan Fril nak pergi sana kejap. Kau nak ikut?" Tanya Mikael apabila nampak sebuah kedai yang menjual buah-buahan.

"Awak pergilah, saya, Fran, Maysara dan Miqael tunggu dekat bangku. Malas saya nak jalan pergi sana." Jawab Elviyra sambil menunjukkan sebuah bangku yang terdapat di sebelah pokok kepala.

"Okay, El tunggu sana dengan Fran. Fril dan Mika pergi beli itu kejap. El dan Fran ada nak pesan apa-apa?"

Elviyra meletakkan jarinya di dagu tanda berfikir. "Erm, korang beli je apa-apa. El tak tahu nak pesan apa."

"Aku pun sama." Balas Zafran.

Zafril dan Mikael mengangguk lalu kedua lelaki itu berjalan meninggalkan Elviyra dan Zafran yang sudah duduk di bangku. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut wajah Elviyra sehingga skarf bertelingga arnab Maysara turut berterbangan.

"Anak mama suka ya duduk dekat sini? Comel lah anak mama, mama harap kamu jadi anak yang solehah nanti." Ujar Elviyra. Dahi bersih Maysara dikucup lembut.

Maysara hanya tersenyum menampakkan gusinya. Gembira kerana si mama memanjakan dia.

Zafran hanya memerhati saja Elviyra yang sedang bercakap dengan si kecil. Sekali sekala Miqael yang ada di dalam stroller itu di agah.

"Eeii, mama geram dengan kamu ni. Kamu cute! Mama bersyukur sangat Allah kurniakan kamu dan Qael untuk mama."

Masih lagi kedengaran suara Elviyra. Zafran tersenyum melihat wajah gembira adik bongsunya.

Elviyra masih lagi mencium wajah si anak sehingga senyuman si anak masih lagi tidak pudar di bibir. Maysara sangat menyukai apabila mama dan papa dia mencium dia. Lain pula dengan Miqael. Miqael tidak menyukai kalau di cium oleh sesiapa.

Maysara akan tersenyum jika kedua ibu bapanya membuat begitu. Mungkin si kecil dapat merasakan kasih sayang kedua ibu dan bapanya.

"Lama betul papa dan paklong kamu ni Maysara Diaorang pergi mana sebenarnya?" Rungut Elviyra kepada si kecil.

Maysara pula hanya terkebil-kebil memandang mamanya yang sedang bercakap.

"Dik, kau dari tadi asyik pegang Maysara je. Peganglah Qael pula. Kesian dia dari tadi cemburu tengok mama asyik pegang kakak je." Sampuk Zafran.

"Alololo, kesian anak teruna mama. Meh dekat mama sayang." Ujar Elviyra suara di buat seperti bayi.

Maysara diberikan kepada Zafran manakala Miqael di ambil. Sesekali pipi Miqael di kucup geram.

"Anak teruna mama lapar ya? Kesiannya dia." Ujar Elviyra kepada Miqael. Miqael tersenyum menampakan gusi pinknya.

Zafran menggeleng perlahan. Dari tadi membebel. Kalau si anak faham tak apa juga.

"Qael, kemanalah papa kamu ni? Cakap sekejap je tapi sampai sekarang tak balik, ini yang buatkan mama rasa nak merajuk ni sayang," omel Elviyra dengan bibir memuncung.

"Haih, memang mama merajuk juga dengan papa kamu ni," gumam Elviyra dengan wajah masa. Terkebil-kebil Miqael memandang si mama yang masam mencuka itu.

"El! Fran!"

Elviyra dan Zafran yang sedang fokus kepada si kecil tersentak apabila kedengaran suara seseorang bukan seseorang sebenarnya tapi ramai memanggilnya serentak.

Automatik mereka mengangkat kepala mereka serentak. Terbuntang besar mata mereka melihat mereka semua. Terkejut beruk Elviyra yang sedang mengagah Miqael begitu juga Zafran yang sedang mengagah Maysara.

"K-korang?" Soal Zafran dan Elviyra tergagap-gagap serentak. Macam mana boleh terserempak? Kebetulan atau...

 Macam mana boleh terserempak? Kebetulan atau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To be continue...

Nape mereka terkejut beruk?

𝐄𝐥𝐯𝐢𝐲𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 [𝐂]Where stories live. Discover now