𝓔𝓵𝓿𝓲𝔂𝓻𝓪 𝓜𝓲𝓴𝓪𝓮𝓵 - 𝓫𝓪𝓫 23

2.4K 94 2
                                    

       

       

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.





                   Elviyra berjalan ke pangkin dengan berhati-hati. Perutnya yang makin hari makin besar melambatkan lagi pergerakannya. Lagi-lagi dia mengandungkan kembar.

"El, kenapa tak cakap dekat Fril nak ke pangkin? Fril boleh tolong pimpinkan." Ujar Zafril risau. Terkejut beruk dia apabila mak buyung berjalan seorang diri. Sudahlah, dia tu makin sarat.

"El taknak susah along." Jawab Elviyra perlahan.

"Tak ada istilah susahkan along. El adik along."

Elviyra mengangukkan kepalanya perlahan. "Along, El rasa El nak makan mangga muda lah." Kata Elviyra.

Pagi tadi dia melihat banyak mangga di depan rumah jiran sebelah. Jadi teringin pula sejak kandungan makin besar ni. Ouh ya, dia sudah pun tahu jantina anak-anaknya. Gembira tidak terkata.

"Mangga muda? Yang masam warna hijau tu ke?"

"Ha'ah, Fril pergi beli dekat pasar boleh tak?" tanya Elviyra. Matanya tunak memandang Zafril yang tampak ragu-ragu untuk membelikan untuknya.

"Yelah, nanti along belikan untuk El. Esok ya along belikan sebab ni kan dah petang." Jawab Zafril.

"Okay, terima kasih along." Ucap Elviyra. Pandangan dialihkan kembali ke hadapan. Begitulah hidup dia, kalau mengidam minta dengan abang-abang kembar, umi atau ayah.

Suami? Suami tak ada dekat sini, Elviyra sebenarnya nak sangat macam pasangan lain. Bila isteri mengidam suami yang belikan macam-macam bukan orang lain, tapi apakah daya.

"Along, El rindu suami El." Luah Elviyra tanpa memandang Zafril. Pandangannya masih setia melihat ke arah depan yang di penuhi dengan pokok-pokok yang tumbuh besar.

Tersentak Zafril mendengar kata-kata Elviyra sebentar tadi. Dia sebenarnya tak ada jawapan untuk kata-kata Elviyra.

"Rindu? Kalau rindu adik perbanyakkan berdoa supaya hati umi dan ayah lembut dik. Biar mereka bagitahu Mika yang adik ada dekat sini." Balas Zafril lembut. Senyuman manisnya tidak pernah pudar di bibir. Dia akan tetap tersenyum jika senyuman itu boleh membuatkan adiknya turut tersenyum.

Sungguh Zafril bersyukur kerana disaat adiknya mengandung, wanita itu tidak terkena apa-apa tekanan. Kandungan wanita itu baik-baik saja, sihat dan sempurna.

"Along betul, kalau hati umi dan ayah lembut mesti mereka akan bawakan Mika untuk El."

"Macam ni lah adik along, dah jangan sedih-sedih. Tak elok untuk baby." Pujuk Zafril seperti memujuk kanak-kanak.

Sebenarnya, dulu awal-awal Elviyra mengandung. Ada segelintir dari penduduk kampung di situ tidak menyukai Elviyra. Kata mereka, Elviyra itu mengandung anak tiada suami.

Kadang-kadang Elviyra selalu juga terdengar penduduk disitu memfitnahnya tapi setelah Zafril mengeluarkan sisi peguamnya semua yang sering memfitnah Elviyra itu meminta maaf kerana takut di saman dan mereka telah melihat sijil kahwin si Elviyra baru nak percaya. Manusia sibuk nak jaga tepi kain orang macam tulah, padahal tepi kain sendiri dah tak terjaga.

𝐄𝐥𝐯𝐢𝐲𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 [𝐂]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin