𝓔𝓵𝓿𝓲𝔂𝓻𝓪 𝓜𝓲𝓴𝓪𝓮𝓵 - 𝓫𝓪𝓫 4

2K 116 12
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Buat apa kau datang sini?" Tanya Tengku Shuza tidak suka sebaik saja Elviyra masuk.

"Kenapa salah ke El nak datang? Villa ni villa keluarga kita." Balas Elviyra lembut. Dia ingin melangkah ke arah Tengku Shuza tetapi suara amaran Tengku Shuza menghalangnya dari melangkah.

"Kau tak payah datang dekat aku, aku bukan keluarga kau. Kau bukan menantu aku." Kata Tengku Shuza tersenyum sinis.

Puas hatinya apabila melihat riak wajah Elviyra yang berubah. Terasa ke tu? Tapi dia tidak kisah apa yang penting hatinya puas!

"Kenapa mama selalu saja cari salah El?"

"Aku bukan cari salah kau! Tapi kau tu mandul!" Jerkah Tengku Shuza kuat.

Terhinjut kedua bahu Elviyra akibat jerkahan kuat Tengku Shuza.

Air mata Elviyra mula mengalir keluar, dia tak tahan lagi dihina begini tapi dia harus kuat. Hidup mesti diteruskan.

"Aku cakap sikit nangis, cakap sikit nangis! Dasar anak manja." Sindir Tengku Shuza lagi.

Elviyra mendiamkan diri saja dengan air mata yang masih mengalir.

"Kau tahu, kau tu tak layak untuk anak aku. Dasar perempuan mandul." Hina Tengku Shuza sambil menunjal-nunjal dahi bersih Elviyra.

Almira yang di berada di sebalik tangga itu terkejut melihat perlakuan Tengku Shuza yang sudah melebihi batas itu keluar menuju ke arah Elviyra dan Tengku Shuza.

"Maklang ni kenapa? Selalu saja salahkan El, kenapa tak salahkan anak kesayangan maklang tu? Asyik-asyik El je yang kena. Anak maklang? Macam mana? Entah-entah anak kesayangan maklang itu yang mandul." Perli Almira kepada ibu saudaranya sinis. Maklang ni memang nak ajak dia bergusti ni!

'Maaf Mika! Aku terpaksa burukkan kau kejap' gerutu hati Almira meminta maaf.

"Mira jangan kurang ajar dengan maklang ya." Tutur Tengku Shuza tidak berkenan. Disebabkan Elviyra, Almira biadap dengan dia!

"Salah ke Mira kurang ajar? Mira nak pertahankan sepupu Mira dari hinaan maklang. Maklang ni sebenarnya tak sedar diri." Kutuk Almira selamba. Puas hatinya kerana dapat melihat wajah marah Tengku Shuza. Jika sepupunya diam, maka dia yang akan bersuara.

"Kau memang kurang ajar." Jawab Tengku Shuza geram. Tangan di angkat tinggi untuk menampar pipi Almira.

Pang!

Pipi mulus Elviyra yang menjadi mangsa tamparan Tengku Shuza.

Elviyra yang waktu itu melihat mama ingin menampar wajah Almira segera menolak tubuh Almira dan pipinya yang menjadi mangsa tamparan Tengku Shuza.

"Maklang!" Jerit Reza, Zikri, Zafran dan Zafril serentak. Mereka yang baru saja balik dari jogging itu terkejut melihat Elviyra jatuh terduduk di lantai akibat tamparan kuat Tengku Shuza.

𝐄𝐥𝐯𝐢𝐲𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 [𝐂]Where stories live. Discover now