𝓔𝓵𝓿𝓲𝔂𝓻𝓪 𝓜𝓲𝓴𝓪𝓮𝓵 - 𝓫𝓪𝓫 15

2.2K 92 4
                                    

         

         

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



                   Elviyra termenung di pangkin yang ada di depan rumah barunya. Rumah barunya berdekatan dengan sawah padi dan di penuhi pokok-pokok yang tumbuh besar. Pangkin yang Elviyra duduk itu di bawah pohon rambutan.

"Tenang rasa duduk kampung," gumam Elviyra dengan mata yang terpejam. Hilang sedikit rasa sedih dia apabila duduk di pangkin itu.

"El, buat apa dekat luar pagi-pagi ni? Tak sejuk ke?" Saol Zafril dan Zafran yang baru saja pulang dari jogging apabila melihat si adik yang ada disitu.

"Saja, El keluar awal pagi, suasana pagi kampung segar dan nyaman. Lain dengan rumah kita yang lama. El  keluar nak ambil angin lah. Kurang sikit stress. Sejuk? Along dan angah tanya El sejuk ke tak? Seriuslah? Korang berdua tak nampak ke El pakai apa sekarang ni?" Tanya Elviyra kembali sambil memandang kedua abang kembarnya pelik.

Takkan tak nampak kut, dia pakai baju tidur tebal dan lengan panjang serta seluar habis labuh, sebab semalam sejuk punya pasal. Tudung labuh di kepala juga tidak di lupakan. Dia wajib menjaga aurat dia kerana dia masih isteri orang.

Zafran tersengih kambing. "Angah lupa El, semalam El pakai baju habis tebal sebab sejuk sangat. Manja betul adik angah ni." Ujar Zafran sambil mencuit pipi adiknya yang semakin hari semakin tembam. Kenapalah, dia merasakan pipi si adik makin hari makin naik.

"Angah ni, suka main pipi orang! Kalau nak main pipi sangat, abang pergi cari isteri. Lagipun dekat sini pun ramai perempuan yang cantik. Muda pula tu. Betul tak long?" Usik Elviyra sambil mencuit lengan Zafril.

Zafril mengangguk dengan sengihan lebar manakala Zafran memutarkan bebola matanya malas.

Kahwin? Isteri? Lambert lagi!

"El, cantik memang ramai tapi akhlak adik rasa ramai ke akhlak cantik?" Tanya Zafran selamba. Itulah alasan yang Zafran gunakan jika dia menyoal tentang kahwin.

Elviyra dan Zafril mencebik mendengar alasan Zafran . Apa ingat mereka tak tahu ke itu hanyalah taktik Zafran?

"Alasan sama lagi! Dah bernanah telinga aku dengar." Selamba saja Zafril membalas.

Belum sempat Zafran mahu membalas, tiba-tiba saja dua orang perempuan dan dua orang lelaki berjalan melalui rumah mereka. Keempat dari mereka melihat Zafran, Elviyra dan Zafril pelik. Mungkin mereka pelik, sejak bila rumah itu ada penghuni setahu mereka kosong.

"Assalamualaikum," tegur salah seorang dari lelaki disitu.

Zafril, Elviyra dan Zafran menatap mereka ragu-ragu. Orang-orang yang ada di depan mereka sekarang ni baik semua ke? Jangan orang jahat sudahlah.

"Err, waalaikumusalam," jawab Zafran. Dia mengukirkan senyuman buat mereka semua. Zafran kan memang peramah.

"Kami tak pernah tengok kamu tiga orang dekat sini? Orang baru ke?"

𝐄𝐥𝐯𝐢𝐲𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 [𝐂]Where stories live. Discover now