𝓔𝓵𝓿𝓲𝔂𝓻𝓪 𝓜𝓲𝓴𝓪𝓮𝓵 - 𝓫𝓪𝓫 21

2.3K 98 7
                                    

           

           

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

 





                    Sudah empat hari Elviyra tidak bercakap dengan Zafran, mak buyung itu hanya bercakap dengan umi, ayah dan Zafril.

Puas Zafran memujuk tetapi Elviyra hanya berpura-pura bodoh saja. Sengaja dia nak protes, selalunya tak pun.

"El, maafkan Fran please! El cakap je El nak apa, Fran akan belikan!" Ujar Zafran seperti orang terdesak.

Elviyra hanya mendiamkan diri mendengar kata-kata Zafran. Dia malas mahu membalas.

Zafril yang memerhati hanya diam. Zafran ada meminta tolongnya tapi tak menjadi juga. Kesian pula dengan si Zafran, hahaha.

"El cakaplah El nak apa. El nak aiskrim? Kalau El nak 10 bekas pun Fran boleh beli." Tutur Zafran lagi. Dia akan berusaha supaya Elviyra akan memaafkan dia. Itu tekad Zafran.

"Taknak."

"Habis tu El nak apa? Kek? Pizza?" Tanya Zafran lagi.

"Taknak!"

Hanya sepatah Elviyra membalas tapi tidak membuatkan semangat Zafran patah untuk terus memujuk si adik.

"Teddy bear? Kereta? Motor? Basikal? Baju?" Soal Zafran lagi.

Elviyra menggelengkan kepalanya lagi. Dia tidak mahu semua itu. Hanya satu yang dia mahu sekarang ini iaitu...

"Chicken chop? Milk shake?"

"Taknak!"

"Habis tu El nak apa?" Soal Zafran dengan nada pasrah. Sudah habis benda dia senarai tapi Elviyra tetap tidak mahu.

"Betul ni Fran akan tunaikan apa yang El nak?"

Zafran menganggukkan kepalanya dengan yakin.

Elviyra mengukirkan senyuman dalam diam. Kalau itu yang Zafran cakap maka dia akan teruskan aksi dia sekarang ni!

Zafril yang melihat senyuman Elviyra membuatkan Zafril yakin bahawa adiknya itu ada niat jahat.

"El nak ikan patin masak tempoyak! Fran kena pergi cari ikan patin yang masih segar dari ladang. Beli semua bahan untuk ikan patin masak tempoyak!" Arah Elviyra sambil minum air susu yang di bancuh oleh Tunku Zarif sebentar tadi.

Ternganga Zafran mendengar permintaan gila adiknya. Ikan patin masak tempoyak tu bolehlah! Tapi kalau yang masih segar dari ladang dekat mana dia nak cari?

Zafril sudah melepaskan tawa kecil. Habislah kau, Zafran.

"Dan lagi satu, El nak Fran yang masakkan untuk El." Sambung Elviyra lagi.

Makin luas mulut Zafran ternganga mendengar arahan si adik.

"El ni betul ke tak? Fran mana pandai masak!"

𝐄𝐥𝐯𝐢𝐲𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 [𝐂]Where stories live. Discover now