𝓔𝓵𝓿𝓲𝔂𝓻𝓪 𝓜𝓲𝓴𝓪𝓮𝓵 - 𝓫𝓪𝓫 31

2.2K 94 4
                                    

3 bulan kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

3 bulan kemudian...

                  Elviyra menggelengkan kepala perlahan memandang Zafran yang sedang menggomol pipi anak perempuannya. Aduhai, tak bernafas Maysara di buatnya.

"Angah, elok-eloklah sikit. Tak bernafas anak El nanti." Ujar Elviyra lembut. Tidak mahu kembarnya terasa hati.

"Tak bolehlah El! Anak kau ni comel sangat! Geram angah dibuatnya!" Omel Zafran selamba. Alahai, kenapalah anak si MikaEl ni comel sangat? Mata bulat, pipi tembam dan muka putih sangat!

"Kalau nak anak sangat, pergi kahwin. Calonkan dah ada." Balas Elviyra selamba.

Zafran memuncungkan bibirnya mendengar balasan Elviyra. Kahwin? Siapalah nak dekat dia ni.

"Mana ada orang nak dekat angah ni." Jawab Zafran dengan mimik muka di buat sedih. Sengaja nak minta simpati.

Elviyra melorekkan senyuman nakal. "Tak ada lah sangat. Budak tu, apa nama budak tu? Bella, Quin Arabella? Cantik apa budak tu." Balas Elviyra sambil tersengih.

Quin Arabella kawan kepada cucu nekmah jiran di sebelah rumah mereka. Gadis yang berumur 22 tahun itu sangat cantik walaupun tidak bertudung tapi Elviyra yakin bahawa Bella akan berubah juga nanti kerana dia juga berubah selepas berkahwin dengan Mikael.

Air muka Zafran terus berubah mendengar jawapan adiknya. Bella? Teringat pula dengan gadis pendek tu.

"Apa kena mengena dengan budak pendek tu pula?" Soal Zafran berdalih.

"Eleh, macam El tak tahu Fran suka dia kan?" Kata Elviyra. Kening di angkat tinggi lalu pinggang si angah di cuit mengusik.

Zafran membuat muka meluat. Suka budak pendek tu? Memang tak lah!

"Taklah! Buang masa aku nak suka budak pendek tu."

Elviyra mencebik. Tak sukalah sangat, nanti melepas baru tahu.

"Suka hati kau lah, melepas aku bersorak riang nanti." Perli Elviyra tersenyum sinis. Panggilan El dan angah juga sudah tiada. Geram jugalah dengan manusia seperti Zafran ni.

Zafran hanya menayangkan wajah biasa walhal hati sudah berdetak laju. Macam mana kalau kena rembat dengan orang lain? Gelisah dah si Zafran ni.

"Along mana? Dari tadi dia bawa lari anak lelaki aku." Tutur Elviyra geram.

Zafril dengan tidak ada rasa bersalahnya membawa lari anak teruna Elviyra. Sudahlah si kecik itu mudah merengek kalau Elviyra tiada lama-lama. Nasib baik papa dia ada.

"Entah, diaorang pergi mana. Jangan risau sangat. Mika ada, Qael selamat."

Elviyra mengangguk lalu kembali fokus kepada Maysara.

"Anak mama, kasihan anak mama kena tinggal dengan papa ya," omel Elviyra dengan suara comel.

Maysara terkebil-kebil memandang mamanya yang sedang bercakap. Senyuman kecil terhasil di bibir kecil itu.

𝐄𝐥𝐯𝐢𝐲𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 [𝐂]Where stories live. Discover now