𝓔𝓵𝓿𝓲𝔂𝓻𝓪 𝓜𝓲𝓴𝓪𝓮𝓵 - 𝓫𝓪𝓫 14

1.9K 92 2
                                    

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.


Sudah seminggu setelah pemergian Zafran, Zafril, Elviyra, Tengku Syaza dan Tengku Zarif. Seorang pun tidak tahu kemana keluarga itu pergi kerana Tengku Syaza tidak memberitahu sesiapa kemana mereka hendak pergi.

Mikael pula semakin lama semakin pendiam. Suka menyendiri dan selama seminggu Mikael tidak pernah balik villa. Dia hanya berkurung di rumah dia dan Elviyra.

"Harraz Mikael..." Seru Reza dan Zikri serentak. Petang itu mereka telah berjanji untuk berjumpa di rumah Mikael dan Elviyra. Tetapi apabila mereka sampai mereka terkejut melihat keadaan rumah yang bukan seperti rumah itu.

"Apa?" Sahut Mikael kosong. Seperti kosong hidup dia sekarang ini.

"Kenapa dengan kau ni Mika? El baru tinggalkan kau seminggu tapi tengok keadaan kau sekarang ni! Kau tak boleh macam ni Mika! El dah pesan dekat kitaorang suruh tolong tengok-tengokkan kau. Kau tak boleh lemah Harraz Mikael!" Nasihat Nasha yang baru saja tiba bersama Almira.

Dia dan Almira yang baru tiba itu terkejut beruk melihat rumah yang seperti tongkang pecah itu.

Mikael memandang wajah Nasha tajam. "Kau tak faham perasaan aku Nasha! Aku rindu isteri aku." Rintih Mikael perlahan. Wajahnya menunduk memandang lantai.

Macam mana keadaan isterinya sekarang ni? Sihat ke tidak?

"Mika, kenapa kau tak call je El kalau rindu?" Soal Almira lembut.

Mikael menggelengkan. "Tak boleh, handphone El tak aktif begitu juga nombor Fril, Fran, umi dan ayah." Jawab Mikael lirih.

"Aku rasa maksu dan paksu memang betul-betul nak jauhkan kau dari anak diaorang buat masa sekarang ni." Ujar Zikri selamba.

Puk!

Kapala Zikri menjadi mangsa ketukkan maut Nasha. "Kau ni, Mika tengah sedih boleh tak serius sikit? Simpan sikit bebal kau untuk anak cucu kau nanti."

"Eii, mak buyung ni! Sibuk jelah." Balas Zikri sambil mencebik.

"Mika, sekarang ni kau jangan sedih lagi. Kalau El tahu masaklah kau!" Reza cuba untuk membuat Mikael kembali bersemangat dengan menggunakan nama Elviyra.

"Dia bukan tahu pun, kalau korang tak cakap. Dia pun tak aktifkan handphone dia."

Terdiam Reza disitu. Aduhai, dia sudah tidak tahu ingin buat apa lagi. Fikirannya sudah kosong memikirkan masalah abang sepupunya.

"Kau nak tahu satu cerita tak?" Soalan Nasha membuatkan Mikael mengangkat wajahnya.

Terkebil-kebil matanya memandang Nasha.

"Cerita apa Sha?" Tanya Mikael mula tertarik ke arah situ.

Tersenyum Nasha dan yang lain melihat Mikael sudah mula fokus itu. Baguslah, walaupun sekejap. Sekurang-kurangnya Mikael dapat hilangkan sedikit kesedihan dia dari terus meratapi.

𝐄𝐥𝐯𝐢𝐲𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 [𝐂]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt