𝓔𝓵𝓿𝓲𝔂𝓻𝓪 𝓜𝓲𝓴𝓪𝓮𝓵 - 𝓫𝓪𝓫 9

1.9K 100 12
                                    


                  Elviyra menghempaskan pintu utama dengan geram

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                  Elviyra menghempaskan pintu utama dengan geram. Sakit betul hati dia melihat badut sarkas itu menggatal dengan suami dia.

"Hye flower, jangan la macam ni." Ujar Mikael sambil mengejar langkah isterinya.

"Macam ni apa? Saya geram dengan badut sarkas tu tahu tak! Dalam banyak-banyak laki yang ada dekat dunia ni kenapa suami saya juga yang dia pilih! Dasar perempuan gatal!" Hambur Elviyra marah. Wajahnya yang putih sudah bertukar warna. Marah betul tu.

"Kau cemburu?" Tanya Mikael.

Elviyra menjeling Mikael tajam. Sengaja je dia ni!

"Mestilah cemburu! Awak suami saya. Eeii, kalau boleh saya nak je letakkan lada merah dekat mulut dia tu! Biar hilang sikit suara gedik dia tu. Tak padan dengan lalat! Ada hati nak dekat suami saya!" Hambur Elviyra lagi. Kali ini wajah Elviyra sudah tercebik ingin menangis.

Si badut sarkas tu memang dah melampau! Ada hati nak dekat suami orang! Cuba cermin lah diri dulu, kenapa nak juga dengan laki aku! Bentak hati Elviyra bengang.

"Aku takkan layan dia lah. Dia tu bukan jenis yang aku suka sayang." Pujuk Mikael lembut.

Muka Elviyra masih lagi masam mencuka. Bengangnya belum berkurangan.

Nak tahu apa yang jadi?

Flashback...

"Mikael! Eah, you ke tu?" Soal Lala tersenyum gedik apabila melihat kelibat Mikael yang sedang makan malam bersama isteri tercinta.

Elviyra mencebik. You? Eeiuuu, I gelilah you!

"Kalau kau nampak dia ada dekat sini maknanya dialah. Ke kau buta badut sarkas?" perli Elviyra selamba.

Matanya sempat menilik pemakaian Lala dari atas hingga bawah. Seksi ya Allah! Tak padan dengan bertubuh gempal! Pakai baju sendat!

Rambut kerinting warna merah, lipstick berwarna merah darah ikan, baju berwarna merah hati yang sendat sehingga tersembul keluar barang sendiri dan makeup tebal 10 inci seperti biasa. Masyaallah, ini manusia ke badut!

"Eah! You jangan kurang ajar dengan I! I ni bakal isteri Mikael!" Balas Lala dengan wajah kerek.

Elviyra memandang Lala dengan pandangan tajam. Nama Lala? Eloklah tu, tambah je huruf t, jadi lalat terus!

"Kalau kau bakal bini dia aku ni siapa lalat?" Soal Elviyra bengang. Mikael yang melihat amarah isterinya yang seakan mahu meletus itu berasa risau.

"You tanya I? Mana la I tahu!"

"Eah! Kau jangan nak I, You sangat dengan aku lalat! Aku ni bini dia! Ingat muka aku ni, aku takkan sesekali terima kau sebagai madu aku! Ingat tu!" Marah Elviyra dengan wajah merah. Aih! Memang nak suruh dia mengamuk ke apa ni?!

𝐄𝐥𝐯𝐢𝐲𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 [𝐂]Where stories live. Discover now