𝓔𝓵𝓿𝓲𝔂𝓻𝓪 𝓜𝓲𝓴𝓪𝓮𝓵 - 𝓫𝓪𝓫 3

2K 128 5
                                    

       

                Elviyra termenung sendiri di balkoni bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                Elviyra termenung sendiri di balkoni bilik. Wanita itu masih lagi memikirkan tentang kata-kata Tengku Shuza.

Salah dia ke tidak dapat anak lagi? Kenapa Tengku Shuza selalu menyalahkan dia? Kenapa? Hanya itu persoalannya yang ada di benaknya sehingga sekarang.

Mikael yang baru saja selesai solat isyak itu memandang isterinya. Langkah di atur menuju ke arah Elviyra.

Pinggang si isteri di peluk. "Kenapa?" Soal Mikael sepatah.

Dia melabuhkan dagunya di bahu kiri Elviyra.

"Tak ada apalah." Balas Elviyra tersenyum nipis. Dia bukan wanita jenis suka mengadu kepada suami. Sudah jelas dia di hina di depan suaminya sendiri tapi Mikael tidak pernah pertahankan maruah dia sebagai isteri.

"Aku minta maaf." Kata Mikael tiba-tiba.

"Kenapa awak nak minta maaf?" Tanya Elviyra pura-pura tidak mengerti. Walhal dia sudah tahu kenapa.

"Aku minta maaf flower sebab tak pernah pertahankan kau selama ni. Mama hina kau tapi aku hanya diam je."

Elviyra berpaling menghadap suaminya. "Bukan salah awak." Jawab Elviyra sambil menunduk.

"No, semua ni salah aku. Aku tak pernah pertahankan kau. Aku rasa aku gagal jadi suami untuk kau. Aku takut nak bantah kata-kata mama sehingga mama hina isteri aku sampai macam tu sekali pun aku diam je."

Elviyra menggeleng sekali lagi. Kalau Mikael dah cakap macam tu, dia akan luahkan semuanya kepada Mikael malam ni!

"Minta maaf bukan jalan penyelesaian. Selagi saya tak mengandung, selagi itulah mama akan hina saya. Mama selalu saja carikan pengganti saya, mama carikan madu untuk saya walhal saya ada je depan mata mama. Mama tak pernah fikirkan perasaan saya." Luah Elviyra dengan mata berkaca.

Dia kuat selama beberapa bulan ini hanya untuk suami dan ibu bapanya saja. Kalau tidak mengenangkan mereka sudah lama dia lawan Tengku Shuza. Makin dia diam, makin kuat Tengku Shuza menghinanya.

"Awak pula, mana awak? Saya kena hina dengan mama awak, tapi awak? Awak diam macam tunggul kayu je. Suka sangat ke saya kena hina macam tu?" Rintih Elviyra lagi. Mikael mula minta maaf dia teruskan jelah. Selama ini, dia tidak pernah meluahkan tentang perasaaan dia.

Kali ini biar dia pula yang meluahkan rasa hatinya. Air matanya sudah mengalir deras. Sebenarnya, dia masih kecewa dengan sikap suami dia tapi dia tahu suami dia juga tersepit antara isteri dan ibu kandung.

Mikael hanya diam menerima pukulan di dada bidangnya. Walaupun sedikit sakit dan sengal tapi tidak setanding sakit di hati isterinya.

"Maafkan aku, flower." Ujar Mikael lalu memeluk Elviyra kemas. Mikael tidak sedar air matanya juga sudah mengalir turun di pipinya.

Sakit hatinya melihat isteri kesayangannya menangis begitu kerana dirinya sendiri. Kata-kata maaf tidak pernah putus keluar dari mulut Mikael.

"Kalau awak setuju dengan pilihan mama saya okay, asalkan suami saya bahagia. Awak pilih lah yang mana awak suka, semua pilihan mama." Elviyra tiba-tiba berkata.

Mikael meleraikan pelukan. Bebola matanya memandang mata si isteri tapi Elviyra laju mengalihkan pandangan matanya.

"Flower, pandang mata aku." Arah Mikael.

Elviyra tetap tidak mengalihkan pandangannya. Dia hanya diam memandang ke bawah. Lantai lebih handsome dari suami dia mungkin.

"Flower, pandang aku..." Ujar Mikael lembut. Dagu isterinya di angkat sedikit supaya mendongak memandangnya.

"Dengar apa yang aku nak cakap."

Elviyra mendiamkan diri saja. Dia sudah penat, setiap kali balik ke villa sudah pasti dia yang akan menjadi topik. Dia malu, malu akan keluarga yang lain walaupun mereka sentiasa menyokongnya dari belakang.

"Aku takkan sesekali cari pengganti kau. Kau isteri yang pertama dan terakhir untuk aku. Kau wanita pertama yang ada dalam hati aku. Kau isteri aku, kau ialah ibu kepada bakal anak-anak kita. Aku tahu, kita kahwin awal sangat sebab itulah rezeki kita untuk ada anak tak ada lagi. Kau jangan fikirkan sangat tentang apa yang macam mama cakap tu. Aku cintakan dan sayangkan isteri aku. Hanya kau yang ada dihati aku, tak ada yang kedua mahupun ketiga. Aku bahagia hidup dengan kau walaupun kita tak ada anak. Kau sumber kebahagiaan aku, bukan orang lain flower sebab kau isteri aku. Ingat tu Zahra Elviyra." Kata Mikael dengan air mata mengalir laju. Nak cakap dia cengeng? Cakaplah sebab dia cengeng pun kerana orang yang dia cinta dan sayang.

"Setiap kali saya kena macam ni, awak selalu minta maaf tapi pernah tak awak fikirkan perasaan saya? Hati saya sakit! Sakit sangat! Cuba bayangkan awak yang ada di tempat saya. Apa perasaan awak, sedihkan? Begitu juga saya." Bidas Elviyra, tangan Mikael yang ingin menyentuh bahunya di tepis.

"Jangan sentuh saya," halang Elviyra lalu melangkah masuk ke dalam bilik tidur mereka.

Mikael pula bagaikan tunggul disitu. Figura yang sedang berbaring di katil dipandang dan didekati.

"Flower, maafkan aku. Aku tahu aku bukan suami yang baik untuk kau. Aku tak ada waktu kau susah." Bisik Mikael perlahan di tepi telinga Elviyra. Rambut Elviyra yang menutupi telinga di betulkan.

Elviyra hanya mendiamkan diri apabila mendengar suara si suami di tepi telinganya. Air mata di tahan supaya tidak mengalir keluar.

Hatinya lebih sakit berbanding hati Mikael. Kadang-kadang suaminya harus di layan begitu! Mikael sekalipun tidak pernah pertahankan dia! Hati dia sakit. Sakit sangat, bila suami sendiri tak pernah ada niat pun untuk mempertahankan dia tapi dia tidak salahkan Mikael seratus peratus sebab dia tahu Mikael pun tersepit antara mama dan dia.

"Dahla awak, saya nak tidur. Jangan kacau saya." Tutur Elviyra dingin sambil memejamkan matanya.

Mikael terdiam mendengar suara dingin Elviyra. Mesti isterinya itu sangat kecewa. Maafkan aku, flower, gerutu hati kecil Mikael.

Walaupun bergaduh, Elviyra tidak pernah tidur membelakangi suami kerana Elviyra tahu berdosa jika tidur membelakangi suami.

Walaupun bergaduh, Elviyra tidak pernah tidur membelakangi suami kerana Elviyra tahu berdosa jika tidur membelakangi suami

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To be continue...


Sesi meluahkan Perasaan✨

𝐄𝐥𝐯𝐢𝐲𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 [𝐂]Where stories live. Discover now