𝓔𝓵𝓿𝓲𝔂𝓻𝓪 𝓜𝓲𝓴𝓪𝓮𝓵 - 𝓫𝓪𝓫 33

2.1K 87 3
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Automatik mereka mengangkat kepala mereka serentak. Terbuntang besar mata mereka berdua melihat mereka semua. Terkejut beruk Elviyra yang sedang mengagah Miqael begitu juga Zafran yang sedang mengagah Maysara.

"K-korang?" Soal Zafran dan Elviyra tergagap-gagap serentak. Aduhai, macam mana boleh terserempak ni?! Kebetulan atau...

"Fran! El! Lamanya tak jumpa korang! Rupa-rupanya korang ada dekat sini!" Ujar Almira terkejut. Dia berura-ura mahu memeluk Elviyra tetapi wanita itu menahannya.

"Stop! Jangan dekat dengan aku!" Halang Elviyra tegas. Jika tidak di halang boleh lenyek anak terunanya apabila si Almira peluk dia.

"Kenapa?!" Soal Almira bengang. Dia berpeluk tubuh memandang sepupunya. Dia masih tidak sedar akan kehadiran Miqael dan Maysara si comel!

"Mira, kau jangan jerit boleh tak? Malu orang tengok!" Tutur Nasha tegas. Budak ni bukan boleh bawa bincang. Tak makan saman betul.

Almira mendengus bengang. Reza, Zikri dan Mateen yang sedang mendukung Najmina di pandang. Sakit hati betul!

Miqael yang berada di dalam pelukan Elviyra mula merengek kecil. Mungkin tidak biasa dengan bunyi bising.

Maysara juga mula merengek, habislah Elviyra harus menjaga kedua anak-anaknya yang merengek. Mikael pula entah kemana.

Elviyra mula gelabah melihat anaknya menangis. Dengan cepat dia menepuk punggung si anak supaya berhenti menangis. Dia tidak pedulikan 5 manusia yang memandangnya bingung.

"Syhhh... sayang, mama ada ni," pujuk Elviyra sambil mencium dahi Miqael. Dalam hatinya sudah berdoa supaya anaknya berhenti menangis.

Haih, kemana lah dua manusia itu pergi? Tinggalkan dia, Zafran, Miqael dan Maysara dekat pantai. Balik rumah nanti, nahaslah mereka berdua.

"Disebabkan korang lah ni, anak-anak aku nangis. Kalau anak-anak aku tak dapat tidur malam nanti. Nahaslah kau Mira." Ugut Elviyra sambil menjeling Almira.

Wajah Mateen, Nasha, Almira, Reza dan Zikri kelihatan terkejut.

Elviyra kembali melabuhkan punggungnya di bangku diikuti oleh Zafran. Miqael yang sudah berhenti merengek di berikan kepada Zafran.

Maysara pula di ambil lalu di berikan susu botol. Rakus Maysara menyusu.

Pedulikan lima manusia itu, Elviyra tengah bengang dengan Mikael dan Zafril sekarang ni.

"Anak-anak kau?" Tanya mereka serentak. Mak aiii, setahun tak jumpa, alih-alih dah ada anak. Kembar pula tu!

"Yes!" Balas Elviyra bangga. Dia mengukirkan senyuman manis kepada mereka sebelum kembali memandang Maysara.

𝐄𝐥𝐯𝐢𝐲𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 [𝐂]Where stories live. Discover now