𝓔𝓵𝓿𝓲𝔂𝓻𝓪 𝓜𝓲𝓴𝓪𝓮𝓵 - 𝓫𝓪𝓫 17

2K 104 9
                                    

         

         

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


                Mikael melangkah keluar dari biliknya. Kelibat semua sepupunya di cari.

Mikael sudah tekad, bahawa dia tidak boleh terus begitu, dia harus bangkit dan dia harus sibukan dirinya. Dengan bekerja dia akan lupa sedikit kesedihan dia.

"Amboi! Berserinya kau harini." Usik Zikri yang berada di meja makan. Mereka semua menunggu Mikael untuk sarapan bersama.

"Engkau ini, aku berseri tak boleh, sedih pun tak boleh." Balas Mikael selamba. Kerusi bersebelah Reza menjadi saksi punggungnya di labuhkan.

Zikri menayangkan sengihannya. "Aku gurau jelah."

"Apa yang membuatkan kau berseri?" Soal Nasha sambil mengangkat keningnya. Kenapa Nasha berada disitu juga? Kerana suami Nasha tiada di rumah. Suami Nasha outstation jadi Nasha mengambil keputusan untuk menemani Almira di rumah Mikael pagi ini.

Mikael mengukirkan senyuman mendengar soalan Nasha.

"Sebab El, betul cakap korang aku kena bangkit." Jawab Mikael bersahaja. Roti bakar yang ada di atas meja di ambil lalu di letakkan kaya.

"Kan bagus macam tu, tak adalah sedih je selalu." Sampuk Reza yang sedang makan nasi goreng buatan Almira dan Nasha.

"Hurm, aku pergi kerja pun nak hilangkan sikit kesedihan aku. Aku harap jadilah cara aku ni." Balas Mikael sambil tangannya ligat menyapukan kaya di roti bakar miliknya.

"Kerja pun kerja juga Mika, jangan sampai kau pula yang penat. Jaga kesihatan kau juga." Nasihat Almira. Aduhai, dah macam mak-mak pula si Mira.

Mikael memandang semua sepupunya satu persatu. Terukir lagi senyuman di bibirnya melihat sikap prihatin keluarganya.

"Aku tahu korang risaukan aku tapi korang juga kenalah percayakan aku." Tutur Mikael sambil mengigit roti bakarnya.

"Ya, kami percayakan kau."

Mikael tersenyum lebar mendengar jawapan mereka. "Terima kasih sebab percayakan aku. Aku yakin, aku boleh jaga kesihatan aku. Korang semua jangan risau."

"Macam mana kami tak risau? Kau keluarga kami." Balas mereka serentak.

Mikael rasa beruntung di kurniakan keluarga yang prihatin terhadap dia. Sungguh, dia bersyukur atas kurniaan Allah kepadanya. Walaupun Elviyra, Zafril dan Zafran tiada disisi dia buat masa sekarang ni. Mereka tetap ada untuk dia.

.
.
.
.
.

Elviyra terduduk lemah di atas katil queen miliknya setelah selesai mengeluarkan semua isi perutnya.

"Ya Allah, kenapa dengan aku ni?" Kata Elviyra lemah. Dia berbaring untuk menghilangkan rasa tekaknya yang sedikit loya dan pening yang mencengkam kepalanya.

𝐄𝐥𝐯𝐢𝐲𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 [𝐂]Where stories live. Discover now