𝓔𝓵𝓿𝓲𝔂𝓻𝓪 𝓜𝓲𝓴𝓪𝓮𝓵 - 𝓫𝓪𝓫 36 | 𝓔𝓷𝓭

2.9K 99 1
                                    












Elviyra tersenyum lebar apabila mengingati memorinya bersama semua ahli keluarganya yang lain. Bahagia yang dia rasakan sungguh luar biasa. Sudah lama dia menanti, akhirnya keluarganya bersatu kembali.

"Sayang gembira tak?" Soal Mikael tiba-tiba.

Elviyra yang sedang tersenyum manis itu hanya mengangguk.

"Sayang gembira shuben, saat inilah yang sayang tunggu sejak mama berubah. Sayang bersyukur Allah swt bagi sayang peluang untuk merasakan kebahagiaan ni." tutur Elviyra sambil tersenyum lebar. Dia tidak sedar yang dia telah menggunakan gelaran 'sayang' kepada dirinya sendiri.

"Aku pun sama, aku gembira sangat keluarga kita telah kembali seperti dulu. Ini semua berkat umi dan ayah yang bawa kau jauh dari kami semua."

"Tak, umi dan ayah hanyalah perantaraan. Semua yang berlaku ialah takdir Mika. Allah dah tetapkan semuanya. Kita manusia hanya mencuba apa yang kita mampu." Balas Elviyra lembut. Wajah si suami dia tatap lembut dan penuh kasih sayang. Tanpa sedar tangannya naik mengusap pipi Mikael. Syurga dia.

"Aku nak ucapkan terima kasih dekat kau sebab setia dengan aku walaupun dah banyak ujian yang melanda kita. Dulu waktu sebelum kahwin, selepas kahwin kita bukan bahagia terus. Kita kena belajar terima takdir sehinggalah kita sama-sama mengaku jatuh cinta tapi itu sekejap je sebelum semuanya berubah. Aku berterima kasih dekat kau sayang sebab setia dengan aku walaupun kita berjauhan berbulan-bulan. Terima kasih sebab terima baik dan buruk aku."

"Sama-sama, sayang pun tak sangka. Daripada paksa jadi bahagia. Cakap pasal setia, mestilah sayang akan setia dengan Mika sebab Mika ialah first love sayang. Sayang hargai sangat waktu Mika berusaha nak pikat budak manja plus keras hati ni. Mika sweet sangat, untung sayang je dapat tengok sisi sweet Mika." Jawab Elviyra. Dia sudah memeluk tubuh tegap itu. Tenang saja hatinya apabila memeluk syurga dia.

Mikael membalas pelukan isterinya. Ciuman di labuhkan ke pipi kiri dan kanan Elviyra sebelum jatuh ke dahi. Mikael mengucup dahi Elviyra dengan penuh kasih sayang.

Asyik mereka berpelukkan tiba-tiba kedengaran suara tangisan Maysara. Si kecil yang sedang tidur di dalam babycoat itu tiba-tiba menangis. Kakak yang nangis, adik pula tak. Mesti manja bila dewasa nanti. Macam manalah si Elviyra nak jaga anak manja dia nanti.

Uwek

Uwek

Dengan kalut Elviyra dan Mikael bangun setelah melepaskan peluk kan. Kedua-duanya berjalan menuju ke arah Maysara.

Mikael mengambil Maysara yang sudah bangun.

"Anak papa kenapa ni? Lapar ke, kesian anak papa." Kata Mikael lembut. Tubuh si kecil di peluk supaya tangisan si anak berhenti.

Bagaikan terasa tenang dengan pelukan sang papa, tangisan Maysara serta merta terhenti. Bibir kecilnya automatik mengukirkan senyuman untuk mama dan papanya.

"Bagus anak papa."

Mikael mengusap lembut kepala Maysara. Zikir di alunkan di tepi telinga Maysara supaya bayi kecil itu terlena kembali.

Elviyra tersenyum memandang Mikael yang berkerja keras untuk menidurkan Maysara.

Setelah 10 minit Maysara kembali tertidur, dengan berhati-hati Mikael meletakkan Maysara ke dalam babycoat bersebelahan Miqarl yang lena itu. Sesekali punggung Maysara di tepuk supaya si kecil itu lena.

Mikael dan Elviyra memerhatikan wajah polos anak kembar mereka yang sedang tidur.

"Kerana Qael dan Maysara jugalah, keluarga kita bahagia shuben. El tak pernah sangka bahawa El akan mengandungkan Qael dan Maysara. Sungguh semua yang berlaku di luar jangkaan El."

"Itulah takdir sayang. Kita manusia hanya mampu merancang sayang."

Mikael dan Elviyra berpandangan sebelum berkata,

"Kerana Qael dan Maysara, anugerah yang terindah buat mama dan papa." Ujar mereka serentak sebelum kedua-duanya tersenyum.

"Terima kasih Allah berikan kami peluang merasai menjadi sekarang ibu dan bapa." Tutur Mikael sebak.

"Dan terima kasih sebab satukan keluarga kami kembali." Ujar Elviyra pula.

Mereka kembali memandang anak kembar mereka yang sedang lena tidur di dalam babycoat.

Miqael dan Maysara

Ialah anugerah yang paling indah buat Mikael dan Elviyra.

Miqael dan Maysara

Anak-anak kepada Mikael dan Elviyra dan,

Miqael dan Maysara

Juga putera dan puteri kesayangan mereka. Mereka berharap bahawa anak mereka akan menjadi seorang yang berguna pada masa hadapan dan dapat membanggakan mereka terutamanya kepada si mama yang sudah bertarung nyawa untuk melahirkan dia ke dunia ini.













THE END


Hehehehe, baru end untuk ini. Next chapter epilog! Tunggu tau, jgn tak tunggu. Epilog Ana akan pub malam nanti. Insyaallah (◍•ᴗ•◍)❤

Dan terima kasih kepada pembaca anugerah terindah.

𝐄𝐥𝐯𝐢𝐲𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 [𝐂]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora