Special Chapter I

832 44 11
                                    

Bam!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Bam!

Terjungkit bahu Orked Maysara yang sedang menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru bahasa melayu sebentar tadi apabila seseorang menghentak mejanya.

"Bukan ke aku suruh kau siapkan yang aku punya? Kenapa kau tak siapkan perempuan!" Jerkah satu suara.

Maysara menelan air liurnya yang terasa pahit. Mama tolong kakak mama!

Kepala di angkat berani menentang mata helang itu. Tajam, tajam lelaki itu merenung Maysara

"Kenapa saya perlu siapkan latihan awak? Awak ada tangan, awak buatlah sendiri! Kalau waktu makan awak boleh makan sendiri takkan bila latihan yang cikgu awak bagi saya yang kena siapkan. Saya bukan kuli awaklah." Bidas Maysara berani.

Lelaki itu mengetap bibirnya. Dia merasa tercabar mendengar balasan Maysara. Sejak bila gadis ini pandai melawannya?

"How dare you Orked. Kau dah berani lawan aku sekarang ni?" Dia menyoal sambil menahan sabar.

"Ya saya berani lawan awak. Awak ingat saya kuli awak ke Raaes Arasyah? Saya dah lama sabar dengan awak Raaes tapi semakin saya diam semakin kuat awak buli saya. Apa salah saya dengan awak Raaes?" Maysara membalas bertalu-talu.

Raaes Arasyah memejamkan matanya perlahan.

Tanpa berkata apa-apa Raaes Arasyah berlalu meninggalkan Maysara. Dia tidak boleh mendengar suara gadis itu. Tidak boleh!

Maysara mengeluh perlahan. Dia sendiri tidak faham apa yang lelaki itu mahukan darinya.

Dia mengaku dia tidaklah pandai bergaya seperti gadis lain. Dia hanyalah seorang gadis yang berkaca mata besar.

"Kau okay Sara?" Hazelia yang baru saja datang itu menyoal Maysara. Dia nampak apa yang lelaki itu buat kepada Maysara tadi.

Maysara memandang Hazelia lama. Lama Maysara memerhati wajah cantik itu. Dia dengan Hazelia bagaikan langit dengan bumi. Hazelia gadis yang pandai fesyen sedangkan dia? Haih indah khabar dari rupa.

"Lia, awak tak malu ke berkawan dengan saya? Saya ni dahla nerd. Awak pula macam queen dekat sekolah ni." Luah Maysara perlahan.

Hazelia mengangkat sebelah keningnya ala ziana zain.

"Hey Sara, buat apa aku nak malu. Aku suka kawan dengan kau. Kau tak pernah ambil kesempatan ke atas aku. Sara, kau kena yakin Sara. Kau ni cantik gila. Sumpah aku tak tipu." Bersungguh-sungguh Hazelia berkata. Dari riak wajahnya jelas kelihatan.

Maysara memandang Hazelia lagi. Tubuh itu ditarik lalu dipeluk erat.

"Terima kasih Lia." Ujar Maysara terharu.

Hazelia tersenyum manis sehingga terlihat lesung pipitnya yang ada di pipi sebelah kanan.

"No problem Sara. Aku kan bestfriend kau." Balas Hazelia tersenyum. Dia sayang Orked Maysara. Dia tidak mahu kehilangan sahabatnya itu.

 Dia tidak mahu kehilangan sahabatnya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Assalamualaikum, kakak dah balik." Orked Maysara memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah.

"Yeay! Akak da alik!" Adik bongsu Maysara yang berumur 3tahun itu terkedek-kedek berlari ke arah Maysara.

Tergelak kecil Maysara melihat tingkah adik bongsunya itu. Tubuh kecil itu diangkat lalu pipi si kecil di cium bertalu-talu. Si kecil ketawa mengekek apabila di cium oleh Maysara. Dia suka apabila kakak memanjakannya.

"Budak ni, suka betul dia kakak balik ya. Mama mana?" Maysara bertanya kepada si adik setelah selesai menggomol pipi si kecil.

"Ama asak." Dengan suara pelat Harith menjawab.

Maysara mengangguk perlahan. Perkenalkan, ini anak bongsu Elviyra dan Mikael. Nama diberi Harith Mateen.

Tubuh kecil Harith didukung lalu dibawa ke dapur. Kelihatan Tunku Elviyra sedang memasak.

"Mama, masak apa tu?"

Tunku Elviyra yang sedang memasak itu tersenyum.

"Mama masak makanan favourite kakak dan Qael. Kakak balik dengan siapa?" Tunku Elviyra menyoal anak gadisnya. Walaupun sudah berumur 17 tahun, Tunku Elviyra tetap menganggap Maysara sebagai puteri kecilnya.

"Lia hantar ma," jawab Maysara ringkas.
Harith di letakkan di atas kerusi bayi. Tanpa menukar pakaian Maysara menolong Tunku Elviyra.

"Ya Allah budak ni, pergi naik atas mandi. Kotor baju sekolah awak tu nanti." Bebel Tunku Elviyra apabila melihat Maysara yang sedang membancuh air itu.

Maysara memuncungkan bibirnya. "Alah ma, sikit je ni."

"Degil, ikut perangai siapa degil ni?" Tunku Elviyra masih lagi membebel.

"Perangai mama lah. Papa cakap mama degil, opss.." Maysara menutup mulutnya apabila sedar dia sudah terlepas cakap.

Tunku Elviyra memandang Maysara tajam. "Apa lagi yang papa cakap?"

"Nothing mom, kakak tersalah cakap saja tu." Nafi Maysara laju. Setelah siap kerjanya Maysara membasuh tangannya.

Harith di dukung bersama. "Mama, akak naik dulu ya nak mandi. Badan dah melekit. Adik kakak bawa. Bye ma!"

Tanpa menunggu balasan Tunku Elviyra laju Maysara memecut ke tangga.

Tunku Elviyra menggelengkan kepalanya. Ada saja peluang suaminya itu akan memberi tahu kepada anak-anak mereka tentang perangainya.

"Nasib aku sayang suami. Kalau tak ada yang tidur luar malam nanti." Gumam Tunku Elviyra sedikit bengang.

Hai? Ada org lagi ke? Saya nak tanya, kalau sy buat kisah anak Elviyra dan Mikael ada yang nak baca ke? Just asking hehehe

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hai? Ada org lagi ke? Saya nak tanya, kalau sy buat kisah anak Elviyra dan Mikael ada yang nak baca ke? Just asking hehehe.

Enjoy!

𝐄𝐥𝐯𝐢𝐲𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 [𝐂]Where stories live. Discover now