𝓔𝓵𝓿𝓲𝔂𝓻𝓪 𝓜𝓲𝓴𝓪𝓮𝓵 - 𝓫𝓪𝓫 22

2.3K 97 8
                                    

         

         

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




             

                  Mikael tersedar dari mimpi buruknya. Dalam mimpi itu dia melihat seorang kanak-kanak perempuan yang berjalan dan memanggilnya dengan panggilan 'papa' dan kanak-kanak perempuan itu bertanya kepada dia 'kenapa papa tinggalkan saya? Saya nak papa.'

Sungguh Mikael merasakan mimpi itu seperti nyata.

"Ya Allah, apa maksud mimpi itu?" Soal Mikael sendirian. Wajah diraup kasar.

"Flower, aku rindu kau. Dah tujuh bulan kau pergi dan tiada sikit pun khabar berita dari kau pun. Aku rindu kau sangat. Macam mana keadaan kau sekarang ni?" Rintih Mikael. Jam dinding yang tergantung di dinding dilihat sekilas.

Sudah pukul 5.30 pagi. Sudah 6 kali dia bermimpi benda yang sama. Dia akan terjaga dari tidurnya tepat pukul 5.30 pagi.

Dengan langkah lemah Mikael bangun untuk membersihkan diri dan solat subuh.

10 minit kemudian...

Setelah selesai membersihkan diri, Mikael mengambil sejadah lalu di bentangkan.

"Assalamualaikum warahmatullah." Seusai solat Mikael menadah tangan untuk membaca doa.

"Bismillahirrahmanirrahim, Ya Allah Ya Tuhanku, kau ampunkanlah dosa-dosa ku ya Allah. Engkau ampunkan dosa-dosa ibu dan bapa aku Ya Allah. Engkau ampunkan dosa-dosa isteri ku. Ya Allah Ya Tuhanku, engkau lindungi isteri dari sebarang bahaya dan kau jauhkan ia dari sebarang fitnah. Sesungguhnya engkau maha mendengar lagi maha mengetahui. Ya Allah, kau berikan aku petunjuk, petunjuk kepada mimpiku Ya Allah dan berikan lah aku petunjuk untuk mengetahui di mana isteriku berada. Engkau lembutkan hati ibu dan bapa mertuaku. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, engkau maha pengasih lagi maha penyayang. Kau lindungi seluruh keluargaku dari semua benda syirik. Engkau jauhkan lah segala sifat hasad dengki manusia dari keluarga aku."

"Aminyarabblalamin." Mikael mengaminkan doa. Hatinya berasa tenang setelah solat.

"Pukul 6.30 pagi. Aku nak sarapan apa hari ni?" Soal Mikael sambil berfikir.

"Suruh si Reza tapaukan jelah. Nanti dia datang sini juga." Sambung Mikael. Handphone yang berada di atas katil di ambil lalu whatsapp di buka. Nombor telefon Reza di cari.

-Reza!! Tapaukan aku sarapan pagi! Tak ada alasan!

Mikael melihat si Reza yang sudah membaca tapi tidak membalas whatsappnya. Kurang asam punya sepupu. Tidak lama kemudian dia melihat perkataan 'typing' dari Reza.

Reza sewel
-Okay! Aku tahu kau mesti tengah kutuk aku kan? Sebab aku bluetick? Sorry ya Mika, aku membuang tadi🤣

Mikael membaca mesej Reza tanpa ada niat mahu membalas. Tiba-tiba. Mikael berasa ingin muntah apabila Reza mengatakan membuang. Dasar sepupu, cakap main lepas je.

𝐄𝐥𝐯𝐢𝐲𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 [𝐂]Where stories live. Discover now