𝓔𝓵𝓿𝓲𝔂𝓻𝓪 𝓜𝓲𝓴𝓪𝓮𝓵 - 𝓫𝓪𝓫 5

2K 125 17
                                    

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.





                 "Flower," panggil Mikael perlahan.

Elviyra mengeluh malas. Handphone di letakkan di atas meja lampu lalu memandang Mikael.

"Ada apa?" Tanya Elviyra acuh tak acuh.Sibuk saja orang nak main phone.

Dia dan Mikael tidak lagi berdamai sejak dua hari lepas.

Selagi Mikael tidak mulakan dahulu, jangan harap Elviyra mahu mulakan. Huh, elok sangatlah tu. Dua-dua ego melangit.

"Aku minta maaf, aku dapat tahu harini kau pergi villa dan kau kena hina lagi dengan mama plus dapat penampar mama. Maafkan aku ya sayang." Pinta Mikael dengan wajah bersalah.

Elviyra mendegus perlahan. "Yang hina saya mama, tapi kenapa awak yang kena minta maaf? Tak boleh ke awak suruh mama awak yang minta maaf dengan saya. Tak boleh ke?" Suara Elviyra semakin meninggi.

Lama kelamaan kesabaran Elviyra makin tiada. Mikael selalu saja minta maaf dan itu membuatkan Elviyra bengang kepada Mikael dengan rate 10 per 10.

"Kau ingat dalam waktu macam ni mama nak minta maaf dengan kau? Kau jangan ego boleh tak?" Pinta Mikael.

Mata Elviyra terbuntang besar mendengar perkataan 'ego' yang keluar dari mulut Mikael.

"Saya ke mama awak yang ego sekarang ni? Saya rasa mama awak yang ego! Ego nak mati! Kenapa dia selalu je hina saya? Awak cakap dengan mama awak, tolonglah ubah perangai tu. Kadang-kadang perangai mama awak tu buatkan orang sekeliling meluat tau. Asyik dia je nak menang!" Suara Elviyra semakin naik tiga oktah.

Mikael pula seolah-olah terbakar mendengar kata-kata isterinya.

"Suka hati kau kutuk mama aku, kau siapa nak cakap mama aku macam tu hah!" Mikael juga mula meninggikan suaranya.

"Saya sebagai menantu yang tak di anggap oleh mama awak! Saya cakap benda yang betul Harraz Mikael! Mama awak tu dah melampau! Jangan ingat saya diam, saya tak peduli ya. Saya akan ingat semua kata-kata mama awak. Dan satu lagi, awak tanya saya, saya siapa nak kutuk mama awak? Kenapa awak tak tanya mama awak dulu? Apa hak mama awak hina saya macam tu? Apa hak dia? Apa!" Tengking Elviyra kuat.

Wajahnya yang tadi tenang bertukar bengis.

Pang!

Untuk kali kedua pipi mulus Elviyra menjadi mangsa tamparan tangan untuk hari ini. Tadi mak sekarang anak. Baguslah! Bagus!

"Kau jangan kurang ajar dengan aku, aku suami kau." Balas Mikael dengan nada tertahan-tahan.

"Ouh, ingat pula aku ni isteri kau. Selama ni ada kau ingat, aku ni isteri kau atau tak? Aku kena hina dengan mama kau tapi kau diam je. Macam tunggul kayu kau diam!" Balas Elviyra kasar. Dalam hati dia berdoa agar allah ampunkan dosa dia harini.

𝐄𝐥𝐯𝐢𝐲𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 [𝐂]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin