"Korang nak beli apa lagi?" Tanya Zafran kepada semua sepupunya. Almira dan Nasha mengajak Elviyra, Mikael dan Zafril untuk bershopping. Katanya, dah lama tak luangkan masa bersama.
"Erm, tak ada dah kut." Balas Almira. Barang yang di belinya di lihat. Banyak, sehingga tidak muat tangan nak bawa. Nasib baik ada abang kesayangan! Ceh, nak bodek baru cakap kesayangan.
"Hye you all!" Sampuk satu suara di belakang mereka dengan nada teruja.
Elviyra mengerutkan dahinya. Suara itu seakan di kenalinya. Macam...
Badan di pusingkan ke belakang dan melihat Lala yang sedang tersenyum manis di belakang.
"Kau buat apa dekat sini?" Soal Elviyra dingin. Aih, kenapalah ada manusia ni dekat sini? Serabutlah.
"Korang jangan salah faham, aku datang sini honeymoon dengan laki aku." Jawab Lala dengan senyuman lebar. Mikael yang sedang pegang bayi perempuan di pandang sekilas.
Move on.
Move on lebih baik. Sepanjang beberapa bulan Lala menghilangkan diri, gadis itu pergi memperbaiki diri menjadi yang lebih baik. Daripada free hair kepada bertudung. Pakaian juga lebih sopan.
"Alhamdulillah, kau dah berubah. Sejuk mata memandang." Kata Elviyra dengan senyuman. Bersyukur gadis itu sudah berubah. Lagipun perjalanan gadis itu masih lagi panjang. Muda lagi, tak usahlah menganggu rumah tangga orang.
"Kenalkan suami aku, Hilman Aziz." Ujar Lala dengan senyuman. Sebenarnya, Latifah ni boleh dikatakan cantik jugalah. Yang menjadikan Latifah tak cantik dulu di sebabkan makeup yang tebal, baju sendat tapi sekarang ni dah okay.
Sejuk mata memandang.
"Hilman Aziz? Ustaz muda yang terkenal tu?" Soal Zafran teruja. Bersinar matanya memandang ke arah Hilman Aziz.
"Mana ada terkenal. Biasa saja saudara." Tutur Hilman Aziz dengan rendah diri. Zafran tersenyum kekok atas keterlanjurannya tadi. Malu pula saya.
"Hebat juga taste kau Lala." Celah Almira selamba. Nasib baik budak tu dah berubah, kalau tak ada yang aku humban dalam perigi nanti.
"Itu nama aku yang dulu, sekarang ni panggil aku Ifah. Lala itu zaman aku jahat dulu." Jawab Latifah dengan senyuman pahit. Bila ingat balik, zaman jahiliah dia dulu. Rasa malu nak berhadapan dengan mereka semua tapi atas dorongan suaminya, di berjaya dan mampu atasinya.
"Kalau korang tak keberatan, boleh aku jumpa dengan Elviyra berdua?" Tanya Latifah ragu. Takut jika suami dan sepupu wanita itu tidak mengizinkan.
"Boleh, tapi sekejap jelah. Kami dah nak balik lepas ni." Jawab Mikael dengan nada biasa. Tidak dingin tidak datar.
YOU ARE READING
𝐄𝐥𝐯𝐢𝐲𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 [𝐂]
Romance𝐇𝐚𝐫𝐫𝐚𝐳 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 𝐟𝐭 𝐙𝐚𝐡𝐫𝐚 𝐄𝐥𝐯𝐢𝐲𝐫𝐚 Known as Anugerah Terindah Mereka berkahwin kerana keluarga. Selama satu tahun mereka berkahwin mereka memupuk rasa cinta dan mereka berjaya. Bahagia? Mikael dan Elviyra bahagia dengan perkahw...