𝓔𝓵𝓿𝓲𝔂𝓻𝓪 𝓜𝓲𝓴𝓪𝓮𝓵 - 𝓫𝓪𝓫 25

2.8K 105 10
                                    

                    Tengahari ini, wajah Elviyra berseri-seri kerana kedatangan Mikael

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengahari ini, wajah Elviyra berseri-seri kerana kedatangan Mikael. Dia berjalan ke dapur dan melihat Tengku Syaza yang sedang memasak.

Tubuh tua Tengku Syaza di peluk erat.

"Terima kasih umi." Gumam Elviyra. Dagu diletakkan ke bahu uminya. Walaupun perutnya yang bulat sedikit membataskan pelukkan dia.

Tengku Syaza mengukirkan senyuman mendengar ucapan terima kasih anak bongsunya. Mesti anaknya sudah berjumpa dengan suami kesayangan dia.

"Sama-sama. Kamu gembira tak?" Soal Tengku Syaza mengusik.

"Apa umi tanya macam tu, mestilah El happy." Jawab Elviyra dengan mulut memuncung seperti itik. Boleh pula umi tanya, mestilah dia happy!

"Umi ikut gembira kalau kamu gembira. Maafkan umi sebab pisahkan kamu dengan suami kamu."

"El okay jelah, umi bagi jumpa Mika pun El dah gembira." Balas Elviyra tersenyum manis. Pagi tadi dia melepaskan rindu sehingga tidak sempat sarapan pagi. Hish, nasib baik ada roti, boleh buat alas perut. Dia sejak mengandung ni tak boleh kalau tak makan.

"Sayang..." panggil Mikael yang baru masuk ke dapur.

"Amboi-amboi Mika, bersayang bagai. Ingat umi masih wujud dekat sini lagi." Sindir Tengku Syaza selamba.

"Hehehe, biarlah. Mika rindu anak umi ni." Balas Mikael sambil tersengih.

Tengku Syaza menggeleng perlahan. Ada-ada saja budak ni.

"Sayang, kau kata nak pergi shopping kan. Jomlah, aku free sekarang ni." Ujar Mikael kepada Elviyra. Dia sudah segak memakai baju yang sesuai untuk keluar meluangkan masa bersama isteri tercinta.

"Kejap, El pergi tukar baju." Balas Elviyra berura-ura untuk pergi menukar baju.

"Sayang, tak payah tukar baju. Baju tu dah cantik, pakai tudung sudahlah."

"Dah cantik ke macam ni?" Tanya Elviyra sambil menilik baju yang di pakainya. Dress ibu mengandung berwarna merah jambu dan mempunyai sedikit corak. Cantik ke?

"Kau pakai apapun sentiasa cantik." Balas Mikael tersenyum menggoda.

"Eleh, yelah. Saya pergi pakai tudung kejap tau." Pamit Elviyra untuk ke biliknya.

Tersenyum Mikael melihat Elviyra yang berjalan seperti penguin. Cute, macam manalah dia tak rindu. Telatah Elviyra itu yang buat dia selalu tersenyum.

Tengku Syaza memandang pasangan di hadapan dia. Alhamdulillah, anak dan menantu dia bahagia.

.
.
.
.
.

Elviyra dan Mikael berjalan mengelilingi kawasan AEON Mall.

"Nak beli apa?" Soal Mikael. Sisi tubuh Elviyra di peluk erat. Risau terjatuh, isterinya sudahla tengah sarat.

"Nak beli baju baby, sarung kaki, alah senang kata semua barang baby saya nak. Anak kita perempuan dan lelaki. Saya dah pergi check-up dengan Fril. Babygirl dan babyboy kita sihat." Dengan teruja Elviyra menceritakan tentang anak yang berada di dalam kandungnya.

"Kau dah ada nama untuk anak kita?" Tanya Mikael sambil mengelus lembut perut bulat isterinya.

"Ada, tapi satu jelah. Nama depan awak tolong fikir ya. Saya dah fikirkan untuk nama belakang." Jawab Elviyra dengan senyuman.

"Aku dah lama fikirkan, kau cubalah ubah sikit nama panggilan tu. Panggil abang ke, hubby ke. Cuba sweet sikit."

"Taknak," balas Elviyra sepatah.

"Taknak atau kau malu?" Soal Mikael mengusik Elviyra. Dia tersenyum nakal memandang isterinya.

"Dah tahu kenapa tanya lagi," kata Elviyra sambil mencebik. Menyampah betul dengan Mikael ni.

Begini la Elviyra dan Mikael bila berjumpa. Kalau duduk jauh-jauh masing-masing menangis rindu tapi bila dekat ni asyik gaduh je.

"Panggil je aku hubby. Tak payah malu. Aku husband kau selama empat tahun ni. Aku dah kenal kau luar dan dalam. Aku bukan baru kenal kau semalam tapi dah 26 tahun." Balas Mikael tanpa rasa bersalah. Sejak kecil mereka duduk sebumbung. Perangai masing-masing dia dah hadam.

"Okaylah, saya panggil 'hubby' kalau saya nak je. Kalau saya taknak sy panggil awak 'shuben' seperti biasa! Macam mana Nasha sekarang? Dia dah bersalin ke?" Soal Elviyra apabila teringat akan kakak sepupunya. Mereka masih lagi berjalan dan hanya mencuci mata saja kerana masih tidak menjumpai baju yang di sukainya.

"Alhamdulillah, Nasha dah bersalin empat bulan lepas. Baby girl juga."

Ya, Nasha sudah bersalin anak perempuan

"Wah, baby girl. Bolehlah berkawan dengan anak kita nanti. Tapi apa nama anak Nasha shuben?" Soal Elviyra ingin tahu.

"Tengku Najmina Qistina."

"Wah, cantik nama pun."

"Biasalah tu sayang. Nanti kita buat kejutan untuk diaorang. Diaorang tak tahu kan pregnant kan? Nanti kita buat kejutan." Balas Mikael tersenyum penuh makna.

"Shuben nak buat apa?" Tanya Elviyra turut mengukirkan senyuman.

"Nanti aku bagitahu, tapi bukan sekarang sebab aku tahu diaorang takkan tahu dalam masa terdekat ni. Maybe lepas kau habis pantang baru aku akan bagitahu semua family kita." Jelas Mikael panjang.

Elviyra menganggukkan kepalanya perlahan. Seketika dahinya berkerut apabila mendapat tendangan dari si anak.

"Kenapa sayang?" Mikael menyoal risau.

"Anak-anak awak ni lah, diaorang main bola pula dalam perut ni." Balas Elviyra dengan sengihan.

Mikael memandang ke arah perut Elviyra. Kepala di tundukkan supaya menyamai paras ketinggian perut Elviyra.

Perut Elviyra di elus lembut lalu berkata. "Anak-anak papa buat apa dekat dalam tu? Jangan buat mama sakit, kesian mama," ujar Mikael cuba bercakap dengan si anak yang berada di dalam kandungan isterinya.

Seperti si anak dapat merasai itu merupakan si ayah si anak menendang kembali perut si ibu.

"Shuben, diaorang tahulah papa diaorang tengah cakap dengan diaorang." Balas Elviyra tersenyum lebar. Selama ini anak-anaknya tidak pernah bertindak begitu, tapi lain pula hari ini.

"Mestilah, aku papa diaorang and kau mama diaorang. Diaorang ialah anugerah terindah buat kita." Jawab Mikael pula. Dia bangun berdiri dan senyuman di nipis di berikan kepada makcik dan pakcik yang sedang memerhatikan mereka. Dia tak mahu di gelar biadap.

"Jomlah, kita pergi kedai yang sana." Ajak Elviyra sambil menunjuk ke arah kedai pakaian bayi yang bernama 'Anakku'

Mikael hanya menurut. Sisi tubuh isterinya di pegang erat. Dia takut terjatuh dan sesuatu yang buruk akan terjadi kepada mereka, bukan satu nyawa tapi tiga nyawa.

 Dia takut terjatuh dan sesuatu yang buruk akan terjadi kepada mereka, bukan satu nyawa tapi tiga nyawa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




To be continue...

Anak El dan Mika babyboy and babygirl!

𝐄𝐥𝐯𝐢𝐲𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 [𝐂]Where stories live. Discover now