Epilog

2.7K 112 27
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


6 tahun kemudian...

"Mama, papa! Tengoklah Qael ni! Dia kacau kakak!" Rengek Maysara dengan wajah cemberut. Adik kembarnya selalu saja kacau lah!

"Eleh, kakak yang manja. Qael ambil ini je!" balas Miqael sambil menjelirkan lidah kepada kakaknya.

Maysara menghentak kakinya ke lantai. Mulutnya tercebik-cebik ingin menangis. Memang betul apa yang Miqael katakan, Maysara ini manja. Memang ikut mamanya sungguh.

"Hiks, mama.." jerit Maysara. Langkah di atur menuju ke dapur. Elviyra yang sedang mengemas dapur itu terkejut melihat anak sulongnya menangis sakan.

"Kenapa ni sayang? Hmm, kakak kenapa?" Soal Elviyra lembut. Rambut anaknya yang di toncang satu di usap lembut.

"Qael selalu ejek kakak, manja. Kakak tak suka!" Balas Maysara sambil menangis kecil. Tangan kecilnya naik menutup wajah.

"Mana ada Qael ejek kakak! Benda betul apa mama!" Sampuk Miqael yang selamba saja ke dapur bersama Mikael. Budak lelaki itu meminta papanya yang dukung. Nasib baik, Mikael tu kuat lagi.

"Qael ejek!" Jawab Maysara dengan suara yang baru saja lepas menangis.

"Qael, kakak, mama dan papa dah pesan jangan gaduh. Tak elok kamu berdua bergaduh. Ingat kamu tu kembar. Kembar tak boleh gaduh-gaduh sayang." Ujar Mikael tegas. Wajah anak kembarnya di tatap. Muka sengaja dibuat garang.

"Tapi, Qael selalu kacau kakak."

"Mana adalah!" nafi Miqael laju. Walaupun sebenarnya ya. Miqael, kalau Maysara tidak cakap pun mereka dah tahu. Kerana Miqael memang suka mengusik.

"Aip! Papa cakap apa tadi?" Soal Mikael serius.

"Jangan gaduh-gaduh," balas mereka serentak. Wajah mereka sengaja di tundukkan, takut nak lihat wajah garang Mikael.

"Good, sekarang Qael minfa maaf dengan kakak. Kakak minfa maaf dengan adik," arah Mikael.

Kedua kanak-kanak itu mengangguk.

"Kakak, Qael minta maaf sebab kacau kakak."

"Ya kakak maafkan, kakak minta maaf dengan Qael juga," balas Maysara.

Elviyra dan Mikael mengukirkan senyuman lebar memandang anak-anaknya.

"Bagus, macam nilah anak mama dan papa. Meh kiss papa dan mama." Ujar Elviyra. Pipi kirinya di suakan kepada Miqael manakala pipi kanan di suakan ke arah Maysara.

Cup!

Cup!

"Sayang mama!"

"Papa?"

Cup!

Cup!

"Sayang papa juga!" Blas Maysara dan Miqael serentak.

Mikael tergelak kecil melihat anak-anaknya. Mereka berdua membesard dengan baik. Syukur kepada Allah.

"Tadi korang cakap nak jumpa tok umi dan tokma. Kalau nak jumpa tok umi dan tokma pergi bersiap sekarang." Kata Mikael.

"Beres boss!" Serentak kembar membalas. Terkedek-kedek kembar itu berlari. Tidak sabar mahu berjumpa tok umi dan tokma.

"Abang tak pernah jawab lagi soalan El. Kenapa abang suka panggil El dengan panggilan flower." Tutur Elviyra tiba-tiba.

Mikael tersengih mendengar kata-kata isterinya. Ingat lagi?

"Wife abang ingat lagi? Abang ingat dah lupa."

"El tak lupa. Sekarang abang jawab, kenapa suka panggil El bunga?" Tanya Elviyra ingin tahu.

"Sebab, maksud nama sayang. Zahra bermaksud bunga. Sebab tulah abang suka panggil sayang bunga. Arwah tok ayah pernah bagitahu abang. Nama sayang di ambil kerana arwah nenek sangat menyukai bunga." Terang Mikael. Rasa seperti cepat saja waktu berlalu. Kini sudah 10 tahun, tok ayah pergi meninggalkan mereka semua.

"Abang tahu maksud nama sayang? Sayang sendiri tak tahu."

"Mestilah, sayangkan first love abang. Tak sia-sia tok ayah buat wasiat macam tu. Mungkin tok ayah dah dapat rasakan bahawa abang cintakan sayang sebelum kahwin lagi kan."

Dahi Elviyra berkerut mendengar jawapan suaminya. Sebelum kahwin?

"Maknanya, abang..."

"Yes, abang dah lama jatuh cinta dengan sepupu abang yang manja dan degil ni." Balas Mikael selamba. Dia memeluk isterinya.

"Dekat dalam ni bila nak ada isi lagi?" Tanya Mikael sambil mengelus perut kempis isterinya.

"Nanti ada rezeki insyaallah abang," balas Elviyra.

"Kalau macam tu okaylah. Ada Maysara dan Qael pun abang dah bersyukur. Jom sayang naik atas. Sayang taknak balik villa ke."

"Mestilah nak, sayang naik mandi kejap ya. Abang tolong tengokkan si kembar kejap." Pinta Elviyra. Kadang-kadang si kembar tu bukan boleh harap sangat. Habis satu bilik nanti diaorang sepahkan baju.

Mikael mengangguk dengan senyuman. Figura yang sedang berjalan itu di pandang sayang.

Aih lupa nak cakap, kedua abang iparnya sudah berkahwin ya.

Zafran dengan Bella kesayangannya. Setelah 4 tahun mengejar gadis kesayangan akhirnya Zafran berjaya.

Zafril pula dengan kekasih hatinya, berkahwin 3 tahun lepas.

Reza, Almira dan Zikri juga begitu. Masing-masing sudah punya keluarga sendiri.

Nasha, anak sudah bertambah tiga. Cepat betul seketul Nasha beranak lagi, hahaha.

Inilah kebahagiaan sebenarnya, awalnya kisah mereka bukan seperti yang di sangka. Mereka berkahwin kerana Tengku Salleh.

Berkahwin selama 4 tahun tetapi tidak mempunyai zuriat.

"Kebahagiaan tidak akan datang jika tidak dicari. Berkahwin dengan sepupu, ramai yang mengatakan tidak akan bahagia tapi mereka bahagia kerana dengan izin Allah berikan bahagia. Kahwin dengan sepupu sendiri juga akan tetap akan bahagia. Ini kisah aku Harraz Mikael dan isteri aku Zahra Elviyra."

Mikael memandang anak-anaknya yang sedang bergurau senda itu. Inilah kebahagiaan sebenar. Kebahagiaan yang semua manusia ingin rasakan.

 Kebahagiaan yang semua manusia ingin rasakan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



~End~

Yeay, End untuk epilog. Thank you kepada pembaca setia Anugerah Terindah. Tanpa korang, saya tak mampu nak siapkan book Anugerah terindah.

Ana cau dulu, hahaha.

Maaf jika tidak puas hati dan maaf jika terdapat kesalahan.

𝐄𝐥𝐯𝐢𝐲𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 [𝐂]Where stories live. Discover now