𝓔𝓵𝓿𝓲𝔂𝓻𝓪 𝓜𝓲𝓴𝓪𝓮𝓵 - 𝓫𝓪𝓫 6

2K 111 5
                                    

                 "Aku tengok kau dua, tiga hari ni macam agak dingin dengan Mika

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                 "Aku tengok kau dua, tiga hari ni macam agak dingin dengan Mika. Kau ada masalah ke? Kalau ada masalah ceritalah dekat aku." Ujar Nasha prihatin. Kedua sepupunya selalu saja bergaduh sejak Tengku Shuza buat hal. Bergaduh lepastu berdamai. Itulah rutin Elviyra dan Mikael sejak dua menjak ni.

"Tak adalah, aku okay je."

"Kau tipu aku. Aku tahu kau tipu, kita dah hidup bersama 26 tahun lah." Kata Nasha tidak percaya. Jangan ingat dia mudah-mudah saja mahu percayakan Elviyra begitu saja.

"Iya, aku okay."

"Tipu!"

"Okay."

"Tipu!"

"Okay!" Jerit Elviyra geram. Bila orang cakap okay maknanya okaylah!

"Aku tahu kau gaduh dengan Mika, sebab apa pula kali ni?" Soal Nasha tidak berputus asa.

Elviyra menghembuskan nafas berat.

"Sebab maklang, aku kutuk maklang." Jawab Elviyra tanpa rasa bersalah. Malah sengihan di berikan kepada Nasha.

Ternganga Nasha mendengar jawapan gila Elviyra.

"Kau kutuk maklang?" Tanya Nasha tidak percaya.

Selama ni pun, walaupun Tengku Shuza menghina Elviyra, Elviyra tidak pernah sekalipun membalas. Tapi, kalau gaduh dengan Mika hari tu siap dengan package kutuk lagi. Bravo El!

"Yalah, aku geram sangat. Tapi lepas je aku kutuk mak dia. Aku pula dapat hadiah." Jawab Elviyra sambil mengeluh.

"Hadiah apa?"

Elviyra menunjukkan pipi kirinya yang di tampar oleh Mikael tempoh hari. Masih berbekas kesan luka di celah bibirnya.

Nasha menutup mulutnya, terkejut sis! Mikael naik tangan dekat bini kesayangan!

"Berani dia tampar kau, tapi aku harap kau minta maaflah dengan laki kau tu. Aku tahu dia tak ada niat nak tampar kau. Aku kenal Mika macam mana."

"Taknak aku, siapa suruh dia tampar aku." Balas Elviyra sambil meletakkan tangannya di dada. Bukan dia, buat apa dua yang kena minta maaf!

"Kau ni pun satu, macam mana dia tak tampar kau. Kau kutuk mama kesayangan dia." Bebel Nasha.

"Mama dia hina aku boleh pula?"

Terkedu Nasha mendengar jawapan Elviyra.

"Aku bagitahu Mika benda betul Nasha. Tiap kali aku kena hina, mana dia? Dia tak pernah pun pertahankan aku. Yang dia tahu "tak ada rezeki lagi mama" lepas je dia cakap macam tu aku kena balik. Untuk lima bulan ni hati aku sakit menahan rasa. Mama selalu saja carikan perempuan lain untuk laki aku. Dia ingat aku ini tunggul ke apa? Aku ada dekat situ pun boleh dia bawa perempuan nak kenenkan dengan laki aku. Hati isteri mana tak sakit. Cuba kau bagitahu aku, kau pun isteri juga Nasha." Luah Elviyra panjang bersama mimik wajah kecewa.

Sampai bila lah, dia harus hadap semua ni? Sampai bila? Dia sudah muak, sudah muak untuk menghadap mulut puaka Tengku Shuza.

"Aku tahu tapi kau berbaiklah dengan Mika. Masa yang ada untuk korang jangan sia-siakan. Selagi ada masa, korang boleh bahagia walaupun sekejap. Minta maaf dengan laki kau. Aku tahu kau sayang dan cintakan Mika tapi disebabkan kata-kata maklang buatkan kau tak yakin. Minta maaf ya, jangan macam ni. Hubungan mana yang tak di landa badai? Ingat peribahasa ni 'pelangi akan muncul selepas hujan' begitu juga kebahagiaan untuk kau."

Elviyra mengeluh lemah lalu mengangguk. Kata-kata Nasha ada betulnya. Dia harus minta maaf, dia sayangkan suami dia. Dia taknak kehilangan suami dia.

"Aku akan berdamai dengan Mika bila balik nanti. Terima kasih Sha, nasihatkan aku. Sungguh aku keliru, aku tak ada niat nak tengking suami aku tapi aku geram. Mika cakap aku ego, tapi Mika tak sedar mama Mika sendiri yang ego, dah tua pun macam tu." jawab Elviyra sambil menggeleng perlahan.

Ada waktunya Elviyra juga akan mengalah tapi ada waktu Elviyra buat keras kepalanya.

"Bincang elok-elok ya." Nasihat Nasha. Senyuman di ukirkan buat Elviyra

Elviyra mengangguk, bebola matanya beralih pula memandang perut sepupunya yang membuncit itu.

Bilalah dia nak merasa semua tu.

Nasha yang perasan renungan mata Elviyra ke arah perutnya mula bersuara.

"Kau jangan sedih, nanti pun perut kau akan berisi macam ni juga. Tunggu masa je," usik Nasha sambil tertawa kecil.

Elviyra menayangkan sengihan hambar. "Mungkin lambat lagi."

"Kuasa Allah, kita tak tahu El."

"Yalah, aku harap sangat. Aku dapat rasa apa yang kau rasa walaupun sekali. Aku nak tahu macam mana rasanya sakit lahirkan anak. Aku nak tahu macam mana rasanya sebab aku nak rasa macam mana umi bertarung nyawa untuk lahirkan aku dan abang-abang aku." Jawab Elviyra tersenyum manis.

Alangkah indahnya jika dia juga seperti Nasha. Nasha baru saja kahwin lima bulan tapi dah mengandung, tak macam dia, kahwin empat tahun tapi tetap tak ada isi lagi.

"Alah kau jangan risau, nanti adalah tu. Sekarang jangan sedih-sedih." Pujuk Nasha. Elviyra amat manja dengannya kerana dia merupakan cucu sulung manakala Mikael cucu kedua, Zafril cucu yang ketiga dan di ikuti oleh Zafran, Elviyra, Zikri, Reza dan Almira yang merupakan cucu bongsu.

Nasha berumur 28 tahun, Mikael, Zafril, Zafran, Elviyra dan Zikri 26 tahun manakala Reza 25 tahun dan Almira si bongsu berumur 24 tahun.

"Mana ada aku sedihlah. Aku terharu je." Dalih Elviyra laju.

"Yalah tu." Balas Nasha tidak percaya. Bukan boleh percaya sangat dengan sekuntum bunga kesayangan Mikael ni.

"Iya Nasha ku sayang." Tutur Elviyra sambil memuncungkan bibirnya.

"Tak payah muncung sangat, dah serupa itik aku tengok." Sakat Nasha.

"Eei kau ni, sukalah sakat aku." Balas Elviyra merajuk.

"Mana adalah, aku taknak kau muncung je, hodoh aku tengok sebab tu aku cakap macam tu."

"Okaylah, aku tak buat muncung lagi. Kalau aku buat muncung macam tu, aku rasa aku macam gediklah." Rengek Elviyra kepada Nasha.

Ternaik kening Nasha. Gedik? Mana ada! Cute apa!

"Suka hati kau lah, dah jom balik. Aku takut laki aku risau lama-lama aku keluar." Ajak Nasha. Dia malas mahu bercakap lama-lama dengan si Elviyra. Kadang-kadang perangai Elviyra itu lain dari lain. Kalau dah datang manja dia tu susah.

"Jom," jawab Elviyra. Lengan kiri Nasha di peluk erat. Mereka berjalan kaki untuk pulang rumah masing-masing.

Sebenarnya waktu mereka borak tadi tu, mereka ada di taman berdekatan rumah mereka. Rumah Nasha dan Elviyra di kawasan taman yang sama. Jadi, mudah untuk mereka saling berjumpa. Bijak kan?

To be continue

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To be continue...

𝐄𝐥𝐯𝐢𝐲𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 [𝐂]Where stories live. Discover now