𝓔𝓵𝓿𝓲𝔂𝓻𝓪 𝓜𝓲𝓴𝓪𝓮𝓵 - 𝓫𝓪𝓫 11

1.8K 95 13
                                    


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


            "Mama.." Panggil Elviyra perlahan.

Tengku Shuza yang sedang membaca majalah di sofa itu mendengus bengang.

"Kau nak apa mandul?" Soal Tengku Shuza selamba.

"Mama taknak berdamai dengan El lagi ke?" Elviyra bersuara sayu.

Sungguh dia rindu akan Tengku Shuza tapi dia tak boleh berbuat apa-apa. Tengku Shuza sekarang ni sangat keras kepala.

"Buat apa aku nak berdamai dengan kau mandul? Tak ada faedahnya untuk aku."

Tengku Shuza tidak sedar bahawa Tengku Syaza sudah menyinga di belakang kakaknya. Suka hati je gelarkan anak orang macam tu!

"Kakak! Kenapa kau suka cakap anak aku macam tu? Kau ingat selama ini aku diam, aku tak berani nak lawan kau ke apa!" Tengking Tengku Syaza dengan wajah merah. Sesungguhnya amarahnya tidak dapat di bendung lagi.

Hatinya sangat terasa dengan kakaknya, sanggup kakaknya menghina anaknya sebegitu. Apa salah Elviyra? Hanya kerana tak dapat mengandung lagi, kakaknya sanggup merosakan rumah tangga anaknya sendiri.

Semua penghuni villa itu terkejut mendengar tengkingan kuat Tengku Syaza. Mereka yang sedang melakukan kerja masing-masing terkejut mendengar suara Tengku Syaza. Masing-masing berlari anak menuju ke arah mereka.

"Ya allah. Aza, kenapa sampai jerit-jerit ni!" Kata Tengku Adeeb terkejut.

"Along! Perempuan ni dah melampau, dia ingat selama ni Aza diam, Aza sokonglah dia buat anak Aza macam tu? Aza yang kandungkan El selama 9 bulan 10 hari, Aza yang lahirkan El tapi anak yang Aza kandungkan itu kena hina MANDUL! MANDUL! Along boleh tak bayangkan perasaan Aza? Hati Aza dah sakit tengok anak Aza kena hina! Inikan pula perasaan El!" Luah Tengku Syaza sambil menjerit sayu.

Semua yang ada disitu terkedu mendengar kata-kata Tengku Syaza. Tidak mereka sangka Tengku Syaza yang selama ini tenang akan menengking Tengku Shuza begitu. Walaupun selama ni, Tengku Syaza ada memarahi Tengku Shuza tapi tidak sekuat ini.

Tengku Syaza memandang kakaknya dengan pandangan benci.

"Kau! Aku benci kau! Kau bukan kakak aku lagi! Apa hak kau nak cakap anak aku macam tu? Apa salah anak aku dengan kau? Aku selalu tengok anak aku nangis kalau balik Villa. Anak aku sentiasa tanya aku apa salah dia dengan kau! Apa dia buat dekat kau sampai kau hina dia macam tu! Tapi, aku pun tak boleh jawab soalan dia, sebab... aku pun tak tahu!"

Hati Elviyra terasa sakit apabila mendengar luahan uminya. Ya, selama ni Tengku Syaza diam saja apabila Tengku Shuza menghinanya tapi hari ini dia dapat melihat betapa marah seorang bernama Tengku Syaza.

"Kau jangan biadap boleh tak Aza! Aku ni kakak kau! Hormat sikit!" Tutur Tengku Shuza marah.

Tengku Syaza tertawa sinis. "Kau nak suruh aku hormat kau? Kau pun tak hormat orang lain! Abang Zuki, cuba abang ajar bini kesayangan abang ni hormat orang lain juga! Kau jangan cakap aku biadap jika kau pun sama Shuza!! Kau lupa ke? Kau pun lambat juga nak dapatkan anak. 3 tahun kahwin pun still tak dapat anak dan kau pun ada seorang je anak!" Marah Tengku Syaza. Wajah tua Tengku Syaza sudah bertukar bengis.

𝐄𝐥𝐯𝐢𝐲𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 [𝐂]Where stories live. Discover now