113

326 25 20
                                    

Jimin meletakkan dulang makanannya dihadapan Taehyung yang ralit memandang telefonnya sementara menunggu Jimin mengambil makanan. Seketika kemudian, dia meletakkan telefonnya ditepi, bersedia untuk menjamu makanan tengahari mereka sebelum masuk ke kelas mereka yang terakhir.

Bunyi kecoh dari arah belakang buatkan Taehyung sesekali menoleh, rasa ingin tahu dan ternyata benda biasa berlaku.

Zaman belajar di sekolah menengah sangat jauh beza. Ya, meskipun semua orang matang waktu umur 15 tahun, tapi lelaki dan perempuan masih malu-malu. Tapi bila dia masuk ke universiti, apa yang bezanya adalah lelaki dan perempuan disini agak tak ada rasa malu. Mereka buat kecoh dan mengorat satu sama lain. Tak ada adab sebab ganggu ketentaraman orang lain. Iya, sekumpulan lelaki yang menganggu pelajar perempuan. Tapi apa nak dikisahkan? Perempuan sekarang suka diganggu.

Taehyung makan dengan tertib seperti kebiasaannya.

"Kita je satu-satunya senior yang virgin lagi," kata Jimin mencetuskan perbualan buatkan Taehyung tertawa ketika mulutnya penuh.

"Kau bayangkan berapa kali diorang tukar betina tapi masih ada perempuan nakkan diorang tapi kita?" Kata Jimin dengan nada tidak puas hati memandang Taehyung. Sesekali dia memandang sekumpulan lelaki itu yang sebaya dengannya, cuma tidak sama bidang.

Dia terus meletakkan sudunya ditepi. Nampaknya Jimin sangat cemburu. Dia bersandar dan menarik rambutnya kebelakang. Benar-benar tidak puas hati.

"Aku penat jadi single." Kata Jimin lagi, dia menghembus nafas berat. Dia disitu sudah genap 2 tahun, dia juga hampir tamatkan belajarnya tahun ini memandangkan mereka sudah disemester 5.

"Seronok apa single," kata Taehyung sambil tersengih. Seronok melihat gelagat Jimin.

"Kau seronoklah ramai crush dekat kau. Pergi sana sini macam retis tapi kau yang reject. Apa kata lepas ni kau bagi nombor aku dekat diorg?" Cadang Jimin buatkan Taehyung ketawa besar.

Ya, dia sangat famous. Dia sedar yang dia sentiasa diperhatikan memandangkan rupanya sekacak itu. Perempuan mana tidak tergugat? Terutamanya junior-junior yang baru masuk, bukan sekali dua dia dapat tawaran untuk bercouple. Dia cuma tidak bersedia.

Dan sedar atau tidak, dia masih tidak dapat lupakan dengan hubungannya yang lalu. 2 tahun setengah, semuanya sudah berlalu tapi dia sedar yang lupakan orang yang  tersayang bukan perlukan satu malam. Berilah 10 tahun pun, belum tentu hatinya terubat.

Dia tertanya, adakah dia akan bersedia untuk ada hubungan dengan orang baru? Dia pernah cuba tapi tak kekal. Seperti lagu Joji, mana-mana perempuan yang dia lihat, dia mengharapkan itu adalah Dalhee.

"Kau dengar tak apa aku cakap ni?" Jimin menepuk meja buatkan Taehyung tersedar dari lamunannya. Keningnya dijongketkan, sungguh dia tidak dengar.

"Aku baru tahu kau tak ada dalam group untuk batch kita?"

"Group mana satu?"

"Ala group yang semua lelaki tu, tahu tak?"

Taehyung memikir sejenak. "Oh aku dah left,"

"Wae?"

"Buat apa join diorang hantar bontot junior, kau duk support diorang pahal!" Kata Taehyung, suaranya sedikit meninggi.

"Kau seorang je tak ada."

"Aku malaslah nak tengok benda-benda leak ni, suka hati perempuan tulah nak jadi pelacur ke, sugar baby ke, life dia."

"Jangan emo sangat nyuk"

Taehyung mendengus. Ya, group tu ditubuh sejak mereka sudah jadi senior disitu. Masing-masing tunjuk belang dan suka sebarkan aib perempuan-perempuan di dalam universiti itu. Tentulah, ini group antara lelaki. Bahasa mudahnya, semua senior kenal semua perempuan disitu. Mereka selidik sehingga lubang cacing kalau-kalau perempuan itu sebenarnya elok atau tidak. Mungkin orang akan fikir, perempuan tak elok disebarkan supaya jangan berpasangan dengannya. Tapi sedar atau tidak, yang tidak elok tulah yang mereka mahu, untuk puaskan nafsu.

People cum n go.

Bukan setakat itu, segala bontot atau dada perempuan disitu dipos dalam group itu.

"Aku tak adalah tengok benda-benda macam tu. At least tahulah perkembangan perempuan mana suci dengan tak. Tak adalah salah pilih perempuan nanti," kata Jimin. Tapi malang sekali, dia sendiri lelaki dan agak layan dengan benda-benda lucah. Tak ada lelaki dapat lawan kehendak itu.

Taehyung mengangguk faham dan teruskan makannya.

"Tapi aku pelik kenapa sem ni ramai budak baru. Sem lepas pun ada, tapi seorang dua je. Mudah betul diorang minta tukar,"

"Tukar-tukar U ni memang nampak best tapi effect dia besar. Ingat macam tukar tadika ke?"

"Kau ada dengar pasal budak baru masuk 3 hari lepas?" Jimin mendekatkan sedikit dirinya pada Taehyung. Tidak mahu perbualan mereka didengar.

"Ada ke?"

"Ha tulah kau tak masuk group. Dia baru masuk 3 hari dah viral beb. Penuh gambar dia dalam group!"

"Sugar baby ke?"

Jimin mengeling. "Body dia,"

"Kau makanlah seorang-seorang min,"

TOYS 2 | TAEHYUNGWhere stories live. Discover now