114

161 24 10
                                    

"Aku dah kata jangan masukkan aku dalam group ni," kata Taehyung sewaktu membelek-belek isi dalam telefonnya. Notifikasi yang tidak henti-henti tadi buatkan dia jadi tak focus dengan assignmentnya.

"Bukan aku, Seungmin tuh."

Taehyung mendengus. Dia pernah masuk dulu dan lihatlah betapa banyaknya gambar perempuan dalam itu. Ya, ada pelajar baru yang dia sendiri tidak pernah lihat. Adakah ini dibenarkan? Tangkap gambar orang tanpa kebenaran dan leak?

Dia kemudian melihat gambar seorang perempuan dan lelaki bersebelahan. Mereka nampaknya berebut untuk bergambar dengan pelajar baru itu.

"Teruklah diorang ni. Nak buat dosa tak perlulah ajak satu uni ha. Diorang ingat semua orang suka ke?" Taehyung menunjukkan gambar itu kepada Jimin dan mengeluh. Mengapa mereka suka pada pelajar itu? Dia nampak sangat seksi dengan dada yang agak memuaskan hati lelaki.

"Lawa apa," kata Jimin, setuju dengan lelaki lain.

"Itu baru seorang. Ada lagi junior, batch kita pun ada. Ambillah satu, konfem puas." Jimin ketawa besar tapi apabila sedar yang mereka diruang belajar, dia menghabiskan sisa ketawanya.

Taehyung diam sahaja. Dia yang dulu memang akan puas. Perempuan mana tak akan beri body padanya? Tapi itu dulu. Perempuan yang sanggup buat apa sahaja untuk dia stay dalam sesuatu hubungan itu sampai sanggup beri mahkota mereka. Taehyung yang sekarang tak lagi buat benda begitu. Dia dah lama tinggalkan benda begitu sejak dia sedar yang dia mencintai Nahee. Dan bagaimana pula sekarang?

"Kau dengan Mia apa cerita? Tak ada status lagi ke?"

***

Taehyung membuka kodnya dan dicampakkan ke sofa sebelum dia merebahkan badannya pada sofa yang sangat empuk dan selesa itu. Dari jauh, kelihatan Mia sedang sibuk menyediakan makan malam untuk mereka berdua.

Mia, seorang perempuan berumur 25 tahun yang sangat matang dan penyayang orangnya. Dari belakang, tubuh badan langsing perempuan itu ditatap Taehyung lama.

Tiba-tiba dia teringat pada soalan Jimin siang tadi. Apa status dia dan Mia, perempuan yang 4 tahun jauh beza umurnya dengan dia.

Dia sendiri tidak tahu dan sudah cukup setahun dia dan Mia berhubung. Dia tahu Mia sayangkannya sepenuh hati dan lihatlah perempuan itu berdandan sepenuhnya untuk Taehyung, memasak dan kisahkan tentang lelaki itu meskipun sebenarnya mereka masih belum katakan apa-apa tentang hubungan mereka lebih daripada kawan.

Taehyung cuma tidak bersedia. Dia sangat takutkan perkara yang sama berulang akan berulang kalau dia jatuh cinta pada perempuan yang salah, dan semuanya hilang tanpa sempat memiliki. Bagaimana kalau Mia pun begitu?

Taehyung bangun berjalan ke dapur ketika Mia sedang meletakkan pinggan diatas meja. Ini bukan kali kedua atau ketiga, tapi hampir setiap hari Taehyung dijemput untuk makan dirumahnya. Sekadar makan, bukannya having sex atau apa.

Taehyung kemudian bersandar pada kabinet dapur dan Mia, mula membasuh pinggan.

"Wae?" Mia tersenyum sipu, malu bila ditatap Taehyung begitu buatkan dia tidak dapat focus dengan kerjanya.

"Saja tengok," kata Taehyung sambil tersenyum lagi buatkan Mia separuh cair. Dia tidak kisah tentang umur Taehyung lagi-lagi tentang dia lagi tua dari lelaki itu, umur bukan segalanya dan tak ada apa boleh halang.

Taehyung tersenyum nipis melihat Mia, sungguh dia kata dia sangat takutkan untuk luahkan perasaannya. Setiap kali dia melihat Mia, dia teringatkan Dalhee. Muka perempuan yang dia pernah cintai itu masih melekat dalam akal fikirannya dan tak akan lupa walaupun sesaat.

Mana-mana perempuan yang dia lihat, dia harapkan itu adalah Dalhee. Dan dia secara tak sedar selalu bandingkan perempuan lain dengan Chae Dalhee. Tak kisahlah betapa baran atau teruk mana pun yang ada pada Dalhee terutamanya kerana sanggup tinggalkan lelaki sepertinya, Dalhee tetap perempuan yang dia idamkan.

Ya, perempuan tu jahat bukan? Masih buatkan Taehyung terngiang-ngiang walaupun selepas lebih dari 2 tahun. Dan perempuan tu dah buatkan dia trauma dengan semua perempuan kalau-kalau semua orang akan lakukan benda yang sama macam Dalhee lakukan padanya.

Dia sedar yang dia teruk kerana merogol Dalhee dulu tapi adakah balasannya setimpal? Adakah sesuai balasan atas dosanya dengan ditinggalkan Dalhee walaupun dia sudah berubah dan sayangkan perempuan itu sepenuhnya?

Taehyung mengalihkan pandangannya dari Mia, kerana tersedar yang dia sedang fikirkan tentang Dalhee.

Dulu dia fikir semua perempuan mahukannya tapi sekarang dia tahu yang rupa dan harta bukan tiket untuk dia dapatkan perempuan kalau dia tak ada usaha. Dia sedar tak semua perempuan mahukan rupa dan harta.

Mulanya dia ingat Dalhee akan tetap stay dengan dia walau apapun jadi dengan rupanya yang begitu. Orang tak akan sanggup buang benda yang rare, bukan? Tapi sebenarnya dia silap.

Begitulah dengan Mia yang sekarang. Dia tahu perempuan itu sayangkannya sepenuhnya. Bagaimana? Dengan anak mata Mia sudah cukup buatkan Taehyung tahu yang Mia jatuh hati pada dirinya, bukan rupanya.

Tapi jika diberi peluang untuk berjumpa dengan Dalhee, adakah dia terima? Tentulah! Dia sangat rindukan Dalhee dan ya, wallpapernya tetap gambarnya dengan Dalhee yang mengandungkan Dahyung, tak akan pernah berubah.

Cumanya dia tahu, Dalhee tak akan muncul semula. Dunia ni terlalu besar dengan berbillion manusia. Mana mungkin dia akan berjumpa semula dengan Dalhee secara tiba-tiba, bukan? Itu benda mustahil. Dan dia sendiri tidak tahu kalau Dalhee sebenarnya masih ada atau tidak. Dia tidak tahu, dia sungguh tidak tahu.

Kenapa? Dalhee terlalu murung dengan kehilangan Dahyung. Dia juga tinggalkan Taehyung disebabkan Dahyung. Perempuan itu ghaib terus tanpa dikesan walaupun dia sudah cuba sedaya upaya.

"You okay?" Mia menegur Taehyung, sedar yang Taehyung termenung terlalu jauh.

Taehyung mengangguk, mengiyakan sahaja.

"Jomlah makan," kata Mia.

Baru sahaja dia mahu melangkah, tangannya ditarik Taehyung buatkan dia spontan menoleh. "You okay tak ni?"

Mata Mia ditatap Taehyung, lama.

"You betul-betul suka i?" Taehyung menyoal buatkan Mia tertawa malu.

"Apa you ni, dah tahukan." Kata Mia, berterus terang.

Taehyung tersenyum senget. Ya, dia tahu dan cuma mahukan kepastian sebab hati manusia berubah-ubah, bukan?

Lama dia memandang Mia. Dia rasa yang perempuan tu dah berikan banyak usaha untuk memenangi hatinya dan tetap mencuba sehingga sekarang walaupun dia pernah kata yang dia mungkin tak akan suka mana-mana perempuan lagi.

Mia sungguh sempurna. Apa kurangnya Mia untuk dia memiliki? Cantik, body cantik, kaya, sempurna dan terutamanya penyayang. Apa lagi yang kurang, Taehyung sendiri tidak dapat cari kekurangan itu.

Lama dia fikir tapi Taehyung entah secara sedar atau tidak dia menurunkan bibirnya hingga menyentuh bibir Mia.

TOYS 2 | TAEHYUNGWhere stories live. Discover now