133

51 13 1
                                    

Jungkook menutup bahan rujukan itu sebaik sahaja Dalhee datang membawa senaskah buku yang tebal mengenai fesyen yang mungkin akan memberi mereka serba sedikit maklumat yang berguna. Dia yang dari tadi berpura-pura menyibukkan diri memandang Dalhee yang sudah kusyuk meneliti satu persatu maklumat disitu.

"Asal?" Dalhee bersuara bila sedar yang dirinya sedang diperhatikan buatkan Jungkook serta merta mengalihkan pandangannya.

"Kalau i tanya ni u jangan marah boleh?"

Dalhee memandang Jungkook sekilas sebelum mengeluh berat seakan-akan sudah tahu soalan tu sememangnya akan datang kemarahannya.

"Bila you mengandung tu?" Soal Jungkook dalam separuh berbisik. Bukan apa, ada je pelajar lain yang tidak pandai jaga hati orang, topik Dalhee masih hangat sehingga ke petang.

"Lama dah," jawab Dalhee ringkas sambil mata masih ralik melihat pakaian yang direka oleh pereka-pereka antarabangsa.

Jungkook mengangguk faham. Dia tidak mahu tanya lebih banyak meskipun dirasakan ada 1001 soalan yang berada dalam benak fikirannya. Untuk zaman begini, sangat biasa perempuan mengandung sebelum berkahwin. Tapi itu yang dia pernah dengar dalam internet. Bukan kawannya sendiri.

"Waktu tahun akhir primary." Selepas lama mereka diam Dalhee menyambung.

Jungkook sekali lagi mengangguk faham tapi ada satu persoalan yang dia sangat-sangat nak tahu dimana anak Dalhee sekarang? Bagaimana Dalhee bijak menguruskan masa ada anak dan habiskan masa dengan belajar?

"Parent u jaga anak u ke?" Dia tidak dapat tahan lagi. Soalannya buatkan Dalhee terus menutup buku dan mengeluh memandang Jungkook. Bukan lelaki itu sahaja tertanya-tanya tapi semua orang yang tahu berita itu. Dimana anak Dalhee sekarang? Bagaimana keadaannya? Kenapa Dalhee nampak seperti perempuan remaja yang lain, dia nampak sangat cantik dan sempat bergaya meskipun ada anak.

"Dia meninggal. Right after a few hour dia dilahirkan," kata Dalhee dengan nada yang mendatar. Dia tidak lagi sedih sehingga tidak dapat terima kenyataan seperti dulu-dulu. Dia yang sekarang adalah seorang bekas ibu yang sangat tabah, cekal dan boleh terima takdir yang dah berlaku. Dia yang sekarang lebih matang dan tahu apa gunanya dia meratap kesedihan itu dan meraung sedangkan tuhan tak akan pulangkan anaknya semula. Dia percaya yang semua yang hidup pasti akan mati, hanya cepat dan lambat.

"Mian..."

Dalhee tersenyum nipis.

"But how?"

Dalhee memandang keluar tingkap disebelahnya yang terbuka separuh. Bunyi angin dan burung berkicauan sayup-sayup kedengaran. Why? Kenapa Dahyung pergi tinggalkan ibunya yang tunggunya 8 bulan dalam kandungan?

"I tak jaga diri. I stress dan penat." Kata Dalhee, mengimbau dua tiga tahun yang lepas. Dia yang bekerja untuk sara hidupnya. Sentiasa stress yang kadang-kala tak dapat terima hakikat dia mengandung anak luar nikah, dan pada yang sama takut untuk gugurkan. Tak jaga makan dan tak kurang juga dengan ayah Dahyung yang sentiasa merokok 24 jam. Banyak sebab kenapa Dahyung tak dapat survive.

"How about his father?"

Dalhee memandang Jungkook dan tertawa, terasa lucu dengan soalan tu tapi Jungkook rasa pelik. Adakah soalannya begitu kelakar?

Kelakar bukan. Dalhee rasa sangat kelakar disangkakan yang dia tidak akan lagi berjumpa dengan ayah Dahyung tapi dunia ni terlalu kecil. Sangat lucu kalau orang tahu yang dia dan Taehyung pernah ada zuriat bersama tapi sekarang berpura-pura seperti tidak kenal.

Dalhee mengawal tawanya daripada menganggu orang lain.

"Jantan tu tak nak bertanggungjawab ke?"

"Eh no lah!" Jawab Dalhee, menidakkan. Mungkin pada asalnya begitu tapi semuanya baik-baik sahaja.

"Habistu?"

"Kitaorang ambil jalan masing-masing lepas anak kami meninggal,"

Jalan masing-masing? Tipu, hanya Dalhee yang mahukan jalan hidupnya yang sendiri.































MAYBE AKAN BORING AF 4/5 CHAP OR SAMPAI HABIS JUST ENJOY

TOYS 2 | TAEHYUNGWhere stories live. Discover now