135

83 15 2
                                    

"You dah bayar trip tuh?" Kata Dalhee pada Jungkook sambil membuka satu fail yang dihantar oleh salah seorang penyelaras nama-nama pelajar yang masih belum membayar.

"Dah. U pon kan?" Tanya Jungkook sambil menghirup kopi panasnya yang baru saja dibelinya. Mereka masing-masing menuju ke kelas untuk membincangkan tentang final year project mereka. Mereka mungkin akan banyak ketinggalan memandangkan mereka akan ada trip.

"Ajik aniya," Dalhee mengambil tempat duduknya disebelah Jungkook. Nampaknya masih ramai pelajar lain yang masih belum datang meskipun mereka ada 5 minit lagi sebelum kelas bermula.

Dalhee skrol dan mencari-cari namanya sebelum memandang semula tajuk fail tersebut iaitu 'Senarai Nama Pelajar Belum selesaikan Pembayaran'. Ternyata namanya tak ada.

"You tak bayar lagi?" Jungkook tertanya-tanya. Sebenarnya dia sudah buka dulu fail itu dan dia tahu Dalhee sudah selesai pembayarannya.

"Ne, i belum bayar. Why nama i tak ada..." Kata Dalhee. Dia kemudian mengembangkan lagi skrin supaya dia boleh nampak dengam jelas satu persatu nama disitu. Dia sangat tidak percaya kenapa nama dia tiada disitu sedangkan dia belum bayar dan tidak berniat untuk pergi, dan dia langsung tidak ada duit untuk bayar sejujurnya.

"Sure ke?"

Dalhee mengangguk laju.

"Maybe you patut chat siapa yang forward tu. Maybe you student baru diorang terlepas pandang kot?"

Dalhee terus reply secara private dan memberitahu yang dia masih belum bayar wang trip itu. Dia sangat percaya yang dia belum. Tak ada sebeb untuk dia bayar puluhan won semata-mata untuk trip dua tiga hari tu. Dia sepatutnya dah buat part time. Kos sara hidup di Seoul sangat tinggi, dia tidak nafikan.

Laju bendahari majlis perwakilan pelajar itu menjawab yang dia sudah terima bayaran dengan resit bernama Dalhee.

Dalhee tidak sangka dan cuba untuk katakan tidak lagi. Tak akanlah dia ada mabuk dan transfer bodoh-bodoh pula, kan? Bendahari itu kemudiannya menunjukkan butiran pembayaran atas namanya, Chae Dalhee.

Dia sangat terkejut. Siapa yang bayarkan untuk trip tu????

Dia mungkin sangat tidak mampu untuk bayar dan bersuka ria sertai apa-apa trip kononnya untuk hilangkan stres, dia tidak semudah itu untuk laburkan duit pada trip ini. Tapi dia juga tak sanggup untuk ada orang lain bayarkan.

"U okay? Dia cakap apa?"

Dalhee termenung.

"U dah bayar ke belum? Dia lupa nama u ke?"

"I sure i tak bayar lagi tapi dia kata i dah bayar..." Kata Dalhee perlahan sambil termenung jauh. Adakah dia begitu famous sehingga ada orang yang sanggup bayar berpuluh won untuknya?

Adakah ini taktik untuk mengoratnya?

"Morning yall! So how? Any update for your fashion show?" Pensyarah Jihyo datang dan terus bersemangat, percayalah siapa je tak semangat cerita tentang fashion show kecuali Chae Dalhee.

Dia terus tersedar dari berangannya.

Irene, pelajar yang dilantik untuk menjadi bendahari oleh semua disitu bangun dan memasang butiran kewangan yang diperlukan untuk program ini melalui cahaya projectors.

Dia kemudian menerangkan satu persatu tentang fashion show itu.

Dalhee mungkin agak terlambat kerana mereka sudah bincangkan beberapa step memandangkan dia pelajar baru disitu. Tapi Dalhee serba sedikit masih dapat tangkap. Dia pernah sertai program fashion show di universitinya dulu. Dan positionnya bahagian stage. Dan skop kerjanya adalah back stage dan decoration stage.

Dia sangat serabut. Menjadi pelajar fashion dengan situasinya begitu adalah sangat susah.

Berada ditengah-tengah Seoul dan dia perlu fokus pada belajarnya pada masa yang sama dia perlu cari duit untuk teruskan hidup. Dan dia teringat suatu ketika dulu dia pernah sangat struggle mencari duit hanya untuk fashion show ala kadar.

Tapi kali ini bukan fashion show biasa-biasa nampaknya. Mereka bukan sekadar ingin buat yang terbaik untuk Final Year Project mereka, tapi untuk menjadikan Fashion Show ni another level.

Dia tidak pasti kenapa dia ambil fashion design 2 tahun lepas. Apa yang dah merasuknya sehingga dia perlu sengsara memikirkan isu duit?




























SUNGGUH2 AKU TAK BACA BALIK APA AKU TAIP

TOYS 2 | TAEHYUNGWhere stories live. Discover now