130

60 15 0
                                    

Harini punya makan buatkan Dalhee rasa tak senang dan seharian ini, dia langsung tak ada rasa lapar atau dahaga.

Sekarang, dia makan dengan kadar segera. Makan hanya sekadar sebagai rutin hariannya yang dia tidak dapat langkau. Hilang rasa lapar dan dahaga bila semua orang memerhatinya sentiasa melebihi pada kali pertama dia pindah kesitu. Dan paling teruk apabila ada sesekali geng lelaki yang kacaunya, cuba mengusiknya dengan cara bergurau. Atau yang gelak ketawa dengan sengaja apabila lalu disebelah mejanya. Tak kurang juga yang asyik tegur 'Hi' padanya seolah-olah sedang memerli.

Dalhee meneguk air mineral itu, dia cuba sedaya upaya untuk segerakan makan tengaharinya tapi nampaknya tekak dia tidak dapat bekerjasama. Tekaknya rasa kering menyukarkan dia mengunyah dan rasa loya, bukan disebabkan makanan tidak sedap atau apa. Tapi dengan keadaan sebegini, dia tidak rasa dia patut tanding mukanya lama-lama disini.

Sedulang diletakkan didepan Dalhee sebelum seseorang menarik kerusi dan duduk dihadapannya.

Kyujin, perempuan yang pernah kata dia sombong tempoh hari dengan rambut berwarna merah seolah-olah ini mak bapak dia punya Universiti.

"Teruk juga kau kena," kata Kyujin, dengan nada simpati. Jauh beza dengan haritu. Semua orang kenal Dalhee dan tahu apa yang telah terjadi. Dalhee benar-benar sudah kawal semua berita hangat dalam Universiti itu.

Ya, tentulah Kyujin nampak Dalhee dibuli dengan kebanyakkan lelaki. Tambahan lagi Kyujin yang sudah 2 tahun disitu sejak disemester 1, dia sangat kenal perangai semua lelaki disitu. Mereka sangat sukakan kontroversi perempuan. Kalau perempuan itu nampak terlalu mudah untuk mereka, diorang akan main sehingga puas. 4 semester disitu, bermacam-macam cerita dia dengar dan ramai juga pelajar perempuan yang berhenti kerana tidak tahan dibuli oleh lelaki disini. Tak kira lagi yang pernah dirogol dan dicabul. Benda itu tidak boleh dikawal.

Kyujin sangat simpati.

"Aku harap kau pandai jaga diri kau. Aku tak tahu uni kau sebelum ni elok atau tak tapi dekat sini..." Kyujin membuat isyarat dilehernya yang mungkin akan mati atau tidak dapat teruskan apa-apa. Dia cuba sampaikan sesuatu untuk pelajar baru itu.

"Janganlah sombong sangat. Dalam situasi kau macam ni, jangan biasa seorang-seorang. Aku bukan nak cakap pasal depression. Tapi... lelaki kat sini suka perempuan yang selalu seorang-seorang, yang tak ada kawan." Kata Kyujin.

"Sebab apa? Senang kalau hilang tak ada siapa tahu," bisik Kyujin, tangannya memegang sudu dan garfu mengaduk makananya kesemua sekali.

Dalhee hanya diam, meneruskan makannya. Bukan buat-buat tak dengar. Dia dengar cuma tidak pandai untuk beramah mesra dengan orang lagikan pada masa-masa begitu.

"Setahun yang lepas ada kes perempuan hilang. Tak ada siapa tahu mana dia pergi. Rupa-rupanya kena game dengan lelaki kat sini. Semua orang tahu." Cerita Kyujin lagi.

"Kes rogol cabul benda tu biasa dah sini."

"Aku tak tahulah kau tahu ke tak tapi budak lelaki sini ada group diorang. Semua benda-benda lucah ada kat situ. Bontot, tetek, semua diorang snap senyap-senyap post dekat situ. Sebab tu kenapa semua orang tahu pasal kau. Lelaki duk usik-usik kau lepas tahu benda tu," cerita Kyujin kali ni buatkan Dalhee berhenti makan dan terus angkat muka memandang Kyujin.

"Sebab tu aku ingatkan kau, cari kawan perempuan. Lelaki dekat sini jangan percaya walaupun muka nerd pun. Kadang muka nerd tu lah yang jual gambar-gambar kau time dating dengan dia." Kyujin bercakap seolah-olah seorang pensyarah yang penuh dengan ilmu mengajar anak murid benda baru.

Dalhee nampak seperti tidak dapat duduk diam. Sekarang dia tahu macam mana benda itu boleh tersebar dalam masa sehari. Dalam waktu yang sangat singkat.

"See, aku duduk sini ada lelaki kacau kau?" Kata Kyujin lagi dan lagi.

Dalhee terus memandang sekeliling. Betul, masih ada geng lelaki tapi sepanjang dia disitu tadi dia asyik diusik. Tapi tiada sesiapa berani usiknya bila dia berduaan. Dalam tak sedar, Dalhee sendiri mula rasa selamat bila ada seseorang yang menemaninya.

"Kau course apa?" Dalhee bersuara.

"Pangkalan data."

"Mana kawan kau?"

"Aku mana ada kawan. Aku pun ada story dulu dengan budak lelaki sini. Lepastu tak ada siapa nak kawan dengan aku." Kata Kyujin dengan sebelah kening dinaikkan, rasa annoying dengan pelajar-pelajar disitu. Mentality mereka sangat cetek, mudah sangat untuk menilai seseorang.

"Story apa?" Dalhee seakan-akan tertarik. Dia langsung tidak sensetif untuk cerita tentang hal sexual atau seangkatan dengannya. Dia sendiri lalui benda begitu dan ya, dia juga pernah ada kawan rapat yang kaki kelab. Setakat melacur sana sini, itu tidak membuatkan Dalhee pandang hina pada orang itu.

"Aku pun kena game dengan senior waktu aku sem 1. Junior baru masukkan. Video aku lacked. Enjoy jela, nak buat macam mana, benda dah jadi." Kata Kyujin dengan bersahaja dan menyuapkan makanannya ke dalam mulut.

"3-4 orang juga kena macam aku, tapi aku je dapat survive, yang lain berhenti. Awal-awal tu memang selalu kena kacau tapi lama-lama diorang tak nak perempuan murah," cerita Kyujin lagi, penuh dengan pengalaman yang perit untuknya disitu.

Kyujin bercerita lagi tentang kebanyakkan perempuan disitu. Boleh dikatakan bukan semua disitu masih 'dara'. Dari ceritanya, ramai perempuan tertipu dengan kata-kata manis lelaki disitu. Mana tidaknya, mereka terlalu muda dan baru melihat dunia. Fikiran dan hati masih buta.

Ralik Dalhee mendengar cerita Kyujin sebelum figura seseorang buatkan dia terus hilang dalam perbualan itu. Taehyung dan Jimin yang berjalan disebelahnya saling bertaut mata dengannya.

Hanya beberapa saat sebelum Taehyung hilang dari pandangannya. Dalhee mengeluh berat. Dia termenung melihat makanannya dan terdengar Kyujin masih bebelkan tentang hal di tempat belajar itu yang Dalhee sendiri sudah tidak faham.

Taehyung mesti dah dengar apa yang berlaku tapi Dalhee sebenarnya tidak tahu cerita ini disebarkan dengan cara bagaimana. Adakah ianya cuma disampaikan ‘Dalhee pernah ada anak’ atau ‘Dalhee ada gambar ultrasound bayi’. Atau cerita yang tersebar bersama fitnah dan tokok tambah cerita? Dalhee sendiri tidak tahu.

Sebenarnya sangat tidak adil kenapa Dalhee seorang yang dipandang dengan sangat teruk dan hina dari semua pelajar dan pensyarah disitu sedangkan Taehyung, yang juga pelajar disitu penyebab semua itu berlaku. Kenapa manusia sentiasa menghina perempuan yang rosak lebih daripada lelaki yang merosokkan perempuan? Sangat tidak adil bukan? Itulah yang berlaku disekolah menengah tahun akhirnya. Semua memandang Dalhee dengan sangat teruk walaupun sudah tahu anak yang dia kandung itu milik Taehyung.

Dalhee meneguk lagi air mineralnya, tekak dia terasa kering.

Tapi Dalhee sebenarnya lebih sanggup keadaan begini sebab dia tahu, manusia akan penat menilai kalau dia terus berdiam diri. Sebaliknya keadaan akan jadi keruh kalau orang tahu yang Taehyung dan dia ada apa-apa dulu. Lagi teruk kalau mereka tahu Dalhee dan Taehyung pernah jadi ibu bapa kepada bayi tersebut. Dia cuma tak nak sesiapa tahu. Cukuplah kisah silam itu untuk yang tahu sahaja. Dia datang disitu untuk belajar, bukan untuk kenangkan apa yang dah lepas. Dan biarlah dia dipandang buruk, dan Taehyung tidak.



TOYS 2 | TAEHYUNGWhere stories live. Discover now