138

45 6 0
                                    

Seperti yang disangkakan, banyak kelas yang telah dibatalkan oleh pensyarah. Dan seperti yang diduga juga, ramai pelajar tidak hadir harini kononnya untuk bersiap dengan lawatan hari esok.

Dalhee sedang ralik menaip di dalam laptopnya dengan sepasang earbuds mengemakan lagu bergenrekan lofi berusaha untuk menyiapkan apa yang mampu. Dan dia sangat yakin dia perlu bawa laptop itu sekurang-kurangnya ke lawatan. Ramai rakan sekelasnya berkatakan begitu. Pelajar fesyen seperti mereka sentiasa sibuk, tiada masa untuk berehat.

Tepukkan pada bahu Dalhee menyedarkannya dari focusnya dan terus dicabut sebelah earbudsnya. Matanya beralih ke Kyujin yang datang dan duduk berhadapan dengannya bersama sebuah novel. Mereka berbeza bidang, Kyujin nampak sangat relax sehingga sempat menghabiskan masa terluang dengan sebuah novel.

"Fuyoo, apa cerita?" Soal Kyujin sambil tersenyum senget.

Dalhee menjongketkan sebelah keningnya, tak faham apa yang dimaksudkan Kyujin.

"Kau suka Taehyung ke?"

Dalhee terus terkejut dengan kata-kata Kyujin itu. Dia yang tadi duduk dengan relax mula tidak senang duduk. Sebelah lagi earbudsnya dibuka, diletakkan ditepi dan laptopnya ditundukkan sedikit untuk melihat Kyujin.

"Taehyung offer kau naik motor dia, kan?" Kata Kyujin lagi buatkan Dalhee lagi sekali tak faham. Dia teringat kejadian semalam. Taehyung yang mempelawanya untuk hantar ke destinasinya disebabkan dia menjadi punca Dalhee tertinggal bas. Tapi macam mana Kyujin boleh tahu sedangkan tiada sesiapa selain mereka dibustop semalam?

"Kau tak tahu ke sini banyak mata-mata," kata Kyujin seolah-olah tahu apa yang difikirkan Dalhee sekarang.

Budaya disitu yang sentiasa menjaga tepi kain orang lain. Tambahan lagi apabila ia melibatkan Taehyung yang merupakan seorang influencer dan kegilaan semua perempuan seperti kebiasaannya.

"Dia ngorat kau ke?" Tambah Kyujin lagi. Terus mata Dalhee membulat menidakkan semua itu.

Isu Dalhee tidak pernah habis sejak minggu pertama dia disitu lagi. Dia seorang pelajar baru yang menjadi perhatian ramai lelaki, tambahan lagi dia dari bidang Fashion Design yang sentiasa ada pelbagai spekulasi. Bukan itu sahaja, isu yang dia pernah mempunyai anak masih hangat sehingga sekarang sehingga dia sebenarnya mendapat gangguan seksual dari lelaki-lelaki disitu. Kali ini apa? Taehyung yang cuba mengoratnya?

"Aku harap kau jangan terpengaruh dengan godaan dia. Dia tu dah ada yeojachin tau!" Kata Kyujin seolah-olah sedang mengingatkan Dalhee seperti yang dikatakan Karina semalam.

Taehyung ada girlfriend? Dia sangat tidak ambil kisah dengan apa lelaki tu nak buat.

Mungkin Kyujin cuba untuk menasihati Dalhee supaya tidak terpedaya dengan teguran Taehyung seperti mana perempuan lain. Taehyung bukan orang yang mudah bercakap dengan mana-mana perempuan disitu. Tapi kalau Taehyung buat begitu, perempuan mana tak cair bukan? Fikir Kyujin tapi semua tangkapannya salah. Dia fikirkan Dalhee akan jatuh cinta pandang pertama dengan pelawaan Taehyung. Tidak sama sekali.

"Tak pernah aku dengar cerita Taehyung buat macam tu sebelum ni. Girlfriend dia cantik kot," tambah Kyujin lagi.

Dalhee mengangguk faham, sangat tidak berminat topik bekas kekasihnya. Dia kemudian menaikkan semula skrin laptopnya.

"Kau kenal tak girlfriend dia?" Kyujin menundukkan semula skrin laptop Dalhee itu.

Dia kemudian mengeling buatkan Kyujin berteriak terkejut, pelajar sekelilingnya spontan menoleh.

"Aku dah agak!"

"Girlfriend dia model juga tau. Cantik. Kaya." Kata Kyujin lagi dan lagi.

Dalhee sekali lagi mengangguk faham. Dia sebenarnya langsung tidak berminat sama sekali. Walaupun Karina katakan hal ini juga semalam, dia langsung tidak cuba untuk mencari apa-apa berkaitan mengenai girlfriend baru Kim Taehyung seperti perempuan lain lakukan.

Jadi teman wanitanya seorang model juga? Kaya? Cantik? Jadi sesuailah dengan Kim Taehyung yang juga handsome. Mereka semestinya bagai pinang dibelah dua, sama padan. Tambahan lagi dengan kerjaya mereka yang sama. Tak hairan mengapa Karina juga kenal.

Baguslah. Dalhee hanya mendoakan benda baik-baik hanya sebagai orang yang telah bahagia.

"Jangan kata kau tak kenal girlfriend dia Mia tu..."

Dalhee mengeling laju. Mia? Siapa Mia? Dia orang Korea ke? Dia asal mana? Kenapa nama dia sesingkat itu?

"Dalhee kau sangat duduk bawah tempurung!"

Ya, betul. Dalhee tiada masa untuk mengikuti isu semasa. Jadi Mia tidak begitu famous mana kalau dia tidak kenal. Dalhee yang sentiasa sibuk. Siang dia perlu habiskan masa di universiti dan tugasan-tugasannya. Sebaliknya waktu malam dia sibuk bekerja untuk sara hidupnya sendiri. Dan masa terluangnya kebiasannya dihabiskan dengan tidur.

"Bukan penting pun," kata Dalhee lalu menyambung menyiapkan tugasannya. Kyujin benar-benar dah membuang masanya mengenai bekas kekasihnya.

"Jungkook, Dalhee tak kenal siapa Mia!" Adu Kyujin, kelihatan Jungkook menghampiri mereka bersama secawan kopi dan sebelah tangannya ada tablet.

Dia kemudian menarik kerusi sebelah Dalhee dan melabuhkan punggungnya.

"Seriously? Park Mia modelling tu?" Jungkook juga terkejut. Mia bukan model yang baru terkenal di Korea. Sebaliknya dia antara model yang sudah lama terkenal, yang telah bergiat lama di bidang modelling sejak dia kecil lagi.

"Cakap pasal Mia, betul ke Taehyung cuba ngorat u?"

Dalhee sekali lagi tercenggang tidak percaya.

"Mana korang tahu semua benda ni tapi tak sampai dekat telinga i pun!" Marah Dalhee, sangat tidak puas hati. Tapi logiknya tak akanlah gosip itu sampai ke tuan punya badan dulu, bukan?

Taehyung mengoratnya? Tolonglah. Mereka sebenarnya pernah ada lebih dari itu!

"I dengar je. Ramai cakap nampak Taehyung pelawa you naik motor sekali? Wae? Dia bukan ada girlfriend ke? Tak pernah dia mengatal? Taehyung tu kenapa? Sewel? Mentang-mentang you–" Jungkook terus menutup mulutnya daripada melanjutkan kata-katanya. Apa yang difikirkan Jungkook dan kebanyakkan lelaki disitu kerana Dalhee nampak terlalu 'mudah'. Semua lelaki berlumba-lumba mahu mengorat Dalhee kalau-kalau mereka boleh ajak perempuan itu 'tidur' sekali.

Siapa tahu yang Taehyunglah orang yang sebenarnya.

"Tulah risau juga kalau girlfriend dia tahu–" kata Kyujin tapi laju Dalhee membidas. "I tak berminat langsung,"

Jungkook dan Kyujin saling berpandangan pula. Tidak berminat? Dengan Kim Taehyung? Serius?

Bunyi notifikasi serentak kedengaran dari telefon mereka bertiga. Mesej daripada kumpulan batch mereka berdering memberi beberapa maklumat tentang hari esok mengenai lawatan mereka dan sebagai peringatan.

"Banyak kerja I tak siap lagi..." Bisik Jungkook pada Dalhee. 3 hari dua malam, trip itu akan jadi sangat panjang dan menyusahkan untuk mereka berdua dan rakan sekelas mereka.

Meskipun Dalhee berniat untuk tidak ikut trip itu, tapi dia masih buntu siapa yang sanggup keluarkan wang untuk dia membayar trip itu? Siapa yang tahu dalam universiti ini yang dia seorang gadis yang miskin? Adakah ini cuma trick untuk lelaki ajak dia tidur semalam?

Tidak dinafikan Dalhee tidak boleh menerima wang dengan hati yang terbuka. Dia patut bersyukur, sebenarnya.

TOYS 2 | TAEHYUNGWhere stories live. Discover now