117

133 21 18
                                    

"Wei, jom malam ni makan dekat kedai baru buka dkt rumah aku tuh. Penuh beb aku tengok minggu ni. Sedap maybe," kata Jimin sambil menutup buku belajarnya. Dia nampaknya tidak mahu lagi siapkan tugasannya. Jimin memang begitu, dia nampak agak pemalas dan tak kurang juga sejenis yang suka meniru member, Taehyung.

"Andwae, aku ada plan dengan Mia malam ni..." Kata Taehyung sambil membetulkan cermin matanya. Mata dia tidak lepas dari terus menatap buku rujukan yang ada diperpustakaan tu.

"Dah seminggu kau asyik date dengan dia. Kesian aku yang single nih," kata Jimin dengan nada agak tidak puas hati.

"Kau setlah tarikh lain. Malam ni aku nak jumpa parent dia." Kata Taehyung, mengangkat muka dan mencabutkan cermin matanya.

"Sebabkan Mia tu lagi tua dari aku, diorang macam nak aku cepat-cepat kahwin terus." Kata Taehyung kalini buatkan Jimin terkejut besar.

"WAH! Astu macam mana?"

"Just go on. Malas nak fikir, aku terima je apa yang ada. Sampai bila lagi aku nak memilih lagi?" Taehyung menghembus nafas berat.

"Baru couple seminggu dah fikir pasal kahwin eh!"

Taehyung tersenyum senget. Tidak begitu berbangga pun untuk benda begitu berlaku dalam hidupnya. Bukan sekali dia diajak kahwin. Yalah, diakan handsome, kerja sebagai model dan ada kewangan yang lebih dari cukup meskipun dia yang baru berumur 21 tahun dan masih belajar lagi. Siapa je yang tak kenal Taehyung di Universiti itu? Dan mengapa pilih berkawan dengan Jimin sedangkan ada ramai lagi instafamous yang lain. Tapi itulah, Taehyung yang dulu sudah tiada.

Yang ada hanyalah Taehyung yang tersakiti.

"Aku pun nak couple jugalah kalau senang macam tu. Ko kahwin nanti mesti aku lonely kan," kata Jimin lalu mengeluarkan telefonnya dari dalam poket, bersedia untuk buka Litmatch, aplikasi mencari pasangan yang baru-baru ini kerap muncul diiklan.

Taehyung tertawa lagi, lucu melihat Jimin yang hari-hari teringin untuk berpasangan. Sejak Taehyung sudah berpunya, Jimin rasa tak senang duduk. Lagi-lagi apabila Taehyung yang kerap busy, siapa lagi untuk teman dia pergi makan? Bayangkan kalau Mia juga seorang pelajar, dan mereka berkepit kemana-mana.

"Main limatch ke?" Taehyung menjenguk sedikit telefon Jimin dan duduk semula. Nampaknya betul kawannya itu terdesak sangat untuk ada girlfriend.

"Tengok group batch wei,"

"Wae?" Taehyung yang tadi tertawa rasa pelik.

"Maksud aku, group lelaki je."

"Wae?" Taehyung masih lagi tenang, dia cuma tidak berminat dengan apa yang terjadi dalam group itu. Tangannya kirinya menongkat pipinya sambil menconteng buku notanya.

"Tengok," Jimin menunjukkan telefonnya.

Telefon itu kemudiannya bertukar tangan dan Taehyung mengamati gambar itu.

"Then?" Soal Taehyung. Rasa macam teka teki barang yang tersorok, dia tak tahu apa yang silapnya dalam gambar ni. Kenapa dalam group itu terlalu kecoh dengan gambar perempuan yang duduk makan bersama seorang lelaki.

Telefon Jimin tidak henti berdering.

"Cuba kau baca!"

Taehyung keluar dari gambar itu dan membaca satu persatu perbualan lelaki-lelaki disitu yang cakapkan benda yang dia sendiri tidak faham memandangkan Taehyung sebenarnya tidak tahu apa yang sedang dikontroversikan. Dia sudah tertinggal bas. Dia sudah terlepas banyak cerita sejak minggu lepas lagi. Kenapa dia nak kisahkan tentang perempuan kalau dia sudah ada Mia? Dia sememangnya tiada masa untuk lihat group itu. Tak ada benda untuk dia kisahkan.

TOYS 2 | TAEHYUNGWhere stories live. Discover now