124

72 20 0
                                    

Kad kredit Taehyung diletakkan diatas meja bersama secup kopi panas. Sejak dompetnya hilang semalam, segala barang yang dia beli melalui kad kredit Taehyung. Lelaki itu sangat pemurah kerana berikan kad itu tanpa rasa ragu-ragu dan iya, kenapa tidak kalau dialah punca dompet Jimin berada ditangan orang yang salah.

Jimin kemudian melabuhkan punggung dikerusi cafe itu, menikmati kopi yang sangat sedap itu dicuaca yang dingin pada hari ini. Memang sedaplah jawabnya kalau benda percuma, bukan?

Jimin kemudiannya melepaskan keluhan segar. Dia kemudian meletakkan semula cup itu dan menarik laptopnya lebih dekat - bersedia untuk sambung kerjanya sebagai seorang pelajar.

"Park Jimin, kan?" Suara seorang perempuan spontan membuatkan Jimin mendongak. Tatkala itu dia terpana dan perlahan-lahan mengorokkan senyuman yang tidak dapat disorokkan apabila yang menegurnya Chae Dalhee, pelajar baru dari Fashion and Design, perempuan yang digila-gilakan lelaki dalam diam termasuklah dia sendiri!

Jimin terus bangun dan menyapa. Dia nampak sangat seronok. Automatik dia berubah kepada lelaki yang lebih macho. Perwatakkannya berubah serta merta dan cuba kawal personalitinya. Gila tak seronok kalau semua orang tahu yang Chae Dalhee buka orang biasa-biasa inikan pula untuk tegur lelaki, lelaki macam dia pula tu, siapalah dia untuk dapat sapaan dari Dalhee. Tapi kali ini berbeza.

"Nah, thanks untuk semalam." Kata Dalhee tidak bercakap banyak, mahu urusannya terus selesai. Dia bernasib baik kerana dapat bertanya pada classmatenya sendiri dimana keberadaan Jimin. Beg yang terisi kot dan beg dompet Jimin dihulurnya.

Jimin terpinga-pinga.

"Semalam?" Jimin menyambut huluran Dalhee. Dia sangkakan yang dia akan dapat hadiah tapi apa yang berlaku semalam sehingga dia dapat barang begitu?

"Kenapa dengan semalam?" Soal Jimin.

"Semalam, tak ingat ke?" Dalhee tersenyum sedikit.

Pada pandangannya Jimin memang kacak. Comel dan manis orangnya. Tengoklah body dia, dan gaya rambut begitu. Risau pula kalau jadi kontroversi lama-lama berbual dengan Jimin ni, mana tahu dia dah berpunya? Fikir Dalhee. Tapi untuk lelaki sehandsome Jimin, itu perkara biasa di universiti itu memandangkan kebanyakan daripada mereka sememangnya anak orang kaya.

Jimin menjongketkan sedikit keningnya. Dia membuka beg kertas itu menjenguk ke dalam. "Eh? Purse aku kat sini?"

Jimin mengeluarkan beg dompet yang ada dalam itu dan membelet. Dan ya, itu dia punya selepas dia memastikan isi dalam dompet itu. Dia makin keliru, kenapa Dalhee ada dompet dia? Jangan-jangan Dalhee sebenarnya skodeng aku!

"Macam mana dompet i ada dekat you?" Soal Jimin, keliru.

"Semalamlah, you-"

"Ni untuk i ke?" Jimin mengeluarkan baju kot mewah itu dari dalam beg kertas itu. Tapi kenapa pula sapaan pertama begitu Dalhee mahu berikan pakaian semahal itu? Dia bukannya siapa-siapa. Bukan lelaki pujaan perempuan itu berasa istimewa begitu.

"Mana ada, tu baju you semalam. You tolong i. Lupa ke?" Soal Dalhee lagi. Kenapa Jimin nampak begitu bodoh? Macam orang tua yang nyanyok terlupa itu dan ini.

"I tolong you? Mana ada," jawab Jimin. Dia mengeling.

"Semalam ada lelaki tolong i dia bagi kot ni, tapi dalam tu ada dompet you."

Jimin memandang Dalhee. Dia kemudian mengeleng sebelum memeriksa kot mewah yang berjenama itu. Dia punya? Memang taklah untuk ada jenama begitu.

"I memang hilang dompet i. Maybe lelaki tu jumpa dompet i, at same time tolong you juga."

"Laa," Dalhee mengeluh berat. Rupanya dia tersilap orang. Difikirkan yang Jimin dah menolongnya sehingga Jungkook sempat mengatakan yang Jimin ni gatal orangnya tapi bukan. Jimin cumalah mangsa juga.

"Takkan you x tahu siapa? Muka dia macam mana?"

Dalhee mengeling. "Tak sempat tengok muka dia. Dia terus bla lepas bagi kot dia, seluar i kotor semalam." Jelas Dalhee.

Jimin mengangkat muka semula sebelum muncul Taehyung dan menarik kerusi ditempatnya dengan sepinggan spagethi bolognese.

Jimin dan Taehyung berpandangan sebelum Taehyung terkejut melihat baju yang dipegang Jimin.

"Kau punya ke?" Soal Jimin sambil menunjukkan brand baju itu. Brand mahal begitu, hanya 5 hingga 6 orang je budak dalam universiti itu yang mampu ada. Itu pun bukan semua yang mampu pakai hari-hari tak seperti Taehyung, sentiasa peragakan baju-baju mahal.

Spontan Taehyung menoleh pada perempuan yang berdiri disebelahnya. Dan tatkala itu matanya dan Dalhee bertembung untuk kali pertamanya.

Bagaimana dia boleh tak perasan tadi?!

"Haahlah. Ni kau punyakan?" Jimin melihat baju itu semula dan mengiyakan. "Semalam kau pakai kot ni lah. Baru aku sedar kau balik bogel semacam je semalam," kata Jimin lagi. Teringat yang Taehyung kembali dengan baju berlengan pendek yang nipis. Sekarang bukan musim panas untuk pakai begitu.

Suara Jimin bergema ditelinga Taehyung dan Dalhee tapi mereka masing-masing terkejut. Dalhee seakan-akan tidak percaya yang dia berjumpa dengan exnya. Bukan ex, tapi cuma lelaki yang dia pernah bersetubuh.

"Kau tolong Dalhee semalam?" Dalhee dan Taehyung serentak memandang Jimin.

"Mwo?" Dalhee seperti tidak percaya. Dia sangat-sangat keliru dan seperti mimpi.

TOYS 2 | TAEHYUNGWhere stories live. Discover now