137

37 4 0
                                    

"dah," kata Dalhee selepas siap menguncikan mangga pada shutter kafenya. Dia selepas itu bangun dari cangkungannya dan mengeluh penat kerana dia tidak dapat berehat sejak awal pagi tadi.

Karina yang membantunya menutup shutter turut mengeluh. Ini kali pertamanya menutup benda berat dan berkarat seperti itu. Dia tidak sangka begini hidup menjadi seorang pekerja F&B, perlu menyuci setiap sudut kafe tersebut dan memastikan kafe itu ditinggalkan dalam keadaan yang bersih dan selamat. Dia yang sejak dulu lagi tidak pernah buat kerja berat begitu.

"Aku dah cakap tak payah tolong, aku boleh buat sendiri!" Kata Dalhee sambil membetulkan rambutnya. Mereka kemudian sama-sama berjalan ke kereta Karina yang telah parking elok dihadapan kafe.

"Macam mana kau boleh buat semua tu seorang-seorang? Penat gila!" Kata Karina sebaik mereka berdua sudah masuk ke dalam kereta.

Ya, inilah Karina. Perempuan ini tidak ubah seperti dua tahun lepas. Cantik. Baik dan masih tetap seksi seperti dulu.

Mereka sudah lama tidak berjumpa, dan ini kali pertama selepas kali terakhir mereka berjumpa dua tahun yang lepas. Mereka berdua tetap saling menghubungi selepas sahaja kejadian itu. Apa yang membezakan adalah dulu Dalhee tinggal jauh dan diluar Seoul yang membuatkan mereka tidak boleh berjumpa.

Daripada apa yang dibualkan Karina dikafe tadi, hidupnya masih sama. Seorang model, influencer dan masih menghiburkan dirinya dikelab malam.

Berbeza dengan Dalhee. Hidupnya berubah sedikit. Dia perlu cari duit untuk menyara dirinya. Dan dia juga dapat biasiswa untuk menyambung pelajarannya ke universiti sebagai seorang pelajar Fashion Design. Selebihnya dia tetap sama, miskin.

"Aku baru nak ajak kau lepak dekat club malam ni tapi tengoklah baju kau ayu betul, lepastu nak balik awal bagai..." keluh Karina, tangannya kekal di stereng membawa Dalhee menaiki kereta mewahnya yang dibelinya baru-baru ini. Dia seorang perempuan yang bekerja dan dikenali sekarang.

Dia tahu tentang hubungan Dalhee dan Taehyung tidak lagi seperti dulu. Kalau lelaki itu dulu sentiasa menghalang hubungan akrab mereka, sekarang tidak lagi. Dalhee yang sekarang adalah perempuan yang bebas dan tiada apa-apa ikatan lagi. Bebas bergerak, dan bebas melakukan apa sahaja yang diingininya.

Dalhee kemudian melihat isi kereta mewah Karini ini. Ini kali pertama buatnya menaiki kereta semahal itu. Sangat selesa dan tidak sejuk sama sekali! Tidak pelik kenapa Karina selesa berpakaian seksi, dia dapat menghangatkan badannya dalam kereta ini.

"Selesanya kereta kau," kata Dalhee sambil memandang di kerusi belakang. Fabrik pada kerusinya yang sangat selesa dan mahal. Ada pelbagai kemudahan punat disitu dan setiap rekaan kereta ini sangat mewah, setanding dengan harganya.

Karina tersenyum, gembira membawa Dalhee rakan akrabnya menaiki kereta itu.

"Bukan ke universiti kau tukar tu Taehyung pun study situ?" Soal Karina tiba-tiba sambil memandang Dalhee silih berganti.

"Betul," Dalhee mengangguk sambil-sambil masih melihat kereta itu. Dia nampak sangat berminat. Dia tiada lesen memandu lelagi tapi siapa je dalam dunia ni tak idamkan kereta mewah sebegini?

"Kau tak tahu ke? Kau beria kata dah taknak jumpa dia dulu..." Kata Karina, teringat akan kata-kata Dalhee dulu sewaktu mereka hanya berbual dalam talian.

"Aku mana tahu apa-apa pasal dia... Nak buat cam mana? Habiskan jelah, satu sem lagi..." Dalhee redha. Niatnya hanya untuk habiskan pelajarannya dan graduate di Seoul. Dia tiada niat untuk ada apa-apa hubungan dengan Taehyung lagi.

"Dia tak terkejut tengok kau?"

"Entah, makin menyibuk adalah..." Kata Dalhee perlahan. Teringat apa yang terjadi siang tadi. Selepas dah menyusahkan orang dan pelawa untuk naik sama motor dengannya? Memang tidaklah! Dia sendiri lagi sanggup tempah teksi dan keluarkan wang daripada naik bersama-sama 'bekas' boyfriend.

"Cuma culture uni tu tak okaylah. Asyik kena sexual harassment je. Lagi-lagi semua orang dah tahu aku pernah ada anak,"

"Ha?!" Karina terkejut. "How...?"

"Kecuaian aku. Ada yang barua nampak ultrasound aku..."

"Bullshit... kalau orang tahu anak tu Taehyung punya lagila! Taehyung tu famous tau,"

Dalhee mengangguk setuju. Taehyung masih menjadi kegilaan semua perempuan disitu. Kemana dia pergi, dia sentiasa menjadi perhatian pelajar perempuan disitu.

Bagi Dalhee cukuplah dia sahaja menanggung malu kerana pernah ada anak yang tidak saf taraf begitu. Dia tidak mahu orang tahu siapa bapa kepada budak itu atau mereka akan sama-sama menanggung malu. Apa orang akan fikirkan nanti? Oh Taehyung dan Dalhee pernah ada hubungan seks sewaktu muda dulu dan bergaduh dan membuat haluan masing-masing selepas apa yang terjadi? Ya, memang tidak dinafikan itulah yang terjadi. Dalhee tidak suka jadi buah mulut orang.

"Taehyung sekarang dah level-level influencer juga tau. Dia pun giat juga modelling. Tak tengok ig dia?"

Dalhee mengeling. Dia sebenarnya memang betul-betul tak ambil tahu langsung pasal Taehyung. Kenapa dia nak ambil tahu kalau dia yang buat keputusan untuk berpisah, bukan?

"Dia sekarang dah ada girlfriend tau. Aku kenal girlfriend dia, aku dengar cerita diorang plan nak kahwin dah..." Kata Karina tapi entah mengapa suasana kedengaran sangat-sangat sunyi dan hingin dalam kereta itu.

Dalhee dan Karina saling berpandangan seketika sebelum mendengar keluhan Dalhee.

Kenapa dia nak mengeluh? Dalhee sepatutnya gembira dengan berita itu. Taehyung tak akan ganggu dan menyibuk lagi. Dia dan Taehyung akan hidup seperti tiada apa-apa berlaku kalau lelaki itu benar-benar sudah ada kekasih hati.

Dalhee sudah aman dan giliran Dalhee juga untuk berkenalan dengan lelaki lain. Dia sudah single lebih dua tahun. Bukan. Dia yang sebenarnya sudah single seumur hidup. Dia dizaman sekolah sentiasa delulu dengan lelaki disekolahnya seperti pelajar perempuan yang lain lakukan, ada crush. Dia dan Taehyung hanya bersama kerana kesilapan itu sahaja.

"Baguslah..." Kata Dalhee, sambil tersenyum.

Karina disebelahnya memegang tangan kawannya. Untuk lihat orang yang sudah musnahkan hidupnya dan kini sudah ada segalanya. Taehyung menang dalam segala-galanya dengan rupa paras sebegitu. Kemana sahaja dia pergi, lelaki itu sentiasa menarik perhatian ramai orang.

Dia teringat waktu di zaman sekolah dulu. Mereka sebenarnya bermula dari zaman sekolah dimana Taehyung merupakan pelajar baru yang digilai majoriti perempuan disekolah mereka. Siapa tahu Dalhee yang bernasib untuk bersama dengannya. Dan selepas itu kelibat dua orang itu bagai biskut, sekejap ada sekejap tak ada disekolah dulu.

Tapi bernasib baik sekali, bukan? Mereka berdua sama-sama dapat melanjutkan pelajaran ke universiti.

TOYS 2 | TAEHYUNGTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang