125

77 19 1
                                    

"Mwo?" Dalhee seperti tidak percaya. Dia sangat-sangat keliru dan seperti mimpi macam mana Kim Taehyung berada benar-benar berada dihadapannya sekarang?

Dia tak pernah terlupa pada wajah lelaki yang dia pernah bersetubuh. Taehyung nampak sama. Apa yang membezakan cumalah stail rambutnya. Tapi dari segi penampilannya dan rupanya yang nampak lebih matang memandangkan mereka sudah 2 tahun tidak berjunpa.

Jantung Dalhee laju berdegup seperti hendak pecah. Dia bukan gemuruh kerana malu. Tapi gemuruh kerana berjumpa semula lelaki yang selama ini dia doakan untuk tak berjumpa lagi. Tak sangka sejauh mana pun dia pergi, selama mana pun dia menghilang, dia akhirnya berjumpa semula. Entah kebetulan atau takdir, Dalhee benar-benar terkejut. Ada beratus universiti di Korea ini tapi mengapa mereka tetap berada disatu tempat belajar yang sama?

Taehyung dan Dalhee saling berpandangan semula. Mereka masing-masing hilang kata-kata.

"Aku–" Taehyung cuba untuk bersuara tapi dia tak mampu. Dia sangat gemuruh untuk berdepan dengan Dalhee lagi-lagi pada waktu yang sangat mengejutkan ini. Dia sangat tidak bersedia. Bibirnya menjadi kering, dan tekaknya kehausan. Sungguh dia berdebar-debar berjumpa perempuan yang dia tunggu-tunggu selama ini dengan debaran dihati.

"Jangan cakap kaulah yang peluk–" Jimin menutup mulutnya dan hampir ketawa besar.

Tapi apa yang Taehyung rasa sekarang ni, dia seakan-akan pengecut kerana jadi bisu didepan perempuan yang dia suka.

"Peluk?" Dalhee bertanya lagi. Kenapa Jimin pun tahu?

"Nah ambik balik baju kau," baju berjenama itu dibaling pada Taehyung. Dia sekali lagi memandang Dalhee.

Ya, mahal macam mana pun baju itu, kenapa dia nak kisah kalau orang yang akan miliki itu adalah perempuan yang dia sendiri suka. Bukan dia bagi pada perempuan sebarangan. Kekasihnya sendiri. Kekasihnya sejak dibangku sekolah.

"Sorry pasal semalam," Taehyung bangun, menghadap Dalhee tapi perempuan itu tak nampak gembira untuk perjumpaan mereka yang tidak disangka ini untuk kali pertama selepas 2 tahun.

Semakin laju jantung Taehyung. Dia sampaikan tidak boleh memandang anak mata Dalhee yang melihatnya tidak lepas.

"Apapun thanks," kata Dalhee setelah lama berdiam diri. Sekarang dia dah tahu yang dia sama tempat belajar dengan musuhnya sendiri. Dan dia juga tahu yang Taehyung semestunya dah tahu yang dia berpindah ke situ dan stalknya sehingga semalam.

Tak hairan kenapa lelaki itu nampak tergesa semalam sehingga tidak sanggup menonjolkan diri, dia memang sepatutnya rasa begitu. Fikir Dalhee.

Dalhee menunduk sedikit tanda hormat sekadar seseorang yang menolongnya semalam, sebelum berjalan keluar dari kafe itu. Hormat pada seseorang yang telah membantunya dari merosakkan repotasinya diuniversiti itu. Dia kemudiannya pergi, masih tidak sangka yang dia belajar ditempat yang salah. Macam mana dia nak habiskan 1 semester disitu kalau dia mungkin akan sentiasa terserempak dengan Exnya. Bukan sekadar Ex. Kenapa dia nak rasa tak selesa untuk berada dekat dengan Ex? Tapi dia rasa sangat tak selesa untuk bernafas dekat dengan Taehyung. Lelaki yang tak reti hargai perempuan.

"Hihihi," Jimin dari belakang tertawa geli hati. Dan sesekali dia menumbuk lengan Taehyung.

"Oooh diam-diam eh kau stalk Dalhee tuh?" Jimin ketawa lagi. Sekarang dia fikirkan yang Taehyung juga berminat dengan Chae Dalhee.

Taehyung duduk dan mengeluh. Bukan diam-diam suka. Tapi dia adalah lelaki pertama yang berdiri di belakang Dalhee sejak 2 tahun lepas. Dia peminat yang pertama sejak dulu, bukan diam-diam stalk macam lelaki lain.

"Siap peluk bhai. Cuba spill the tea," kata Jimin dan duduk semula. Seronok melihat adegen tadi. Sekarang sudah terjawab apa yang ada di dalam group semalam. Rupanya kawan dia sendiri yang bersungguh!

"Diamlah kau," Taehyung memicit-micit bahu dan lehernya. Terasa sangat terkejut dengan tadi. Bukan terkejut melihat Dalhee, cuma dia tidak bersedia untuk sedarkan Dalhee yang mereka sebenarnya di Universiti yang sama.

"Fuh sombong dho Dalhee tu. Dengan kau bukan main kerek lagi. Jual mahal depan lelaki handsome,"

Taehyung memandang Jimin. Betulkan? Kerek. Dalhee nampak seperti tidak suka pada kewujudannya. Tapi bukan begini yang dia mahukan, dia tak mahu untuk berjumpa dalam keadaan tidak bersedia begini.

"Tapi tulah, lawa siak dia depan-depan. Untung kau,"

TOYS 2 | TAEHYUNGWhere stories live. Discover now