141

30 4 0
                                    

Jam menunjukkan pukul 8:30 malam, hari sudah gelap gelita. Sesekali dia membuka skrinnya hanya untuk melihat kalau-kalau akan ada line. Atau mungkin ada kawannya akan telefon.

Dalhee memeluk tubuhnya, kesejukkan. Dia seolah-olah seperti seorang pengemis. Dia tiada apa-apa, langsung.

"Kamsahabnida..." Kata Dalhee kepada seorang perempuan yang sudah berumur itu apabila dihulurkan segelas tea panas. Katanya anak bongsunya sudah berkahwin. Kebarangkalian mesti dia sudah bergelar nenek. Orang tua yang rajin, buka kedai makan yang hanya ada dia, suaminya dan seorang lelaki yang mungkin seorang pelajar.

Dalhee ceritakan semua benda padanya. Tapi Dalhee bernasib baik yang kedai mereka buka sehingga 10 malam. Katanya mereka tiada apa-apa kerja untuk dibuat, jadi sekadar tutup pukul 10 malam langsung tidak menganggu mereka. Sementara kedai lain sudah gelap gelita, hanya lampu luar disetiap kedai sahaja menerangi.

Suasana sepi. Hanya bunyi radio yang dipasang oleh suaminya serba sedikit dapat menceriakan suasana.

Dalhee pula menunggu harapan akan ada bas yang datang menjemputnya memandangkan semua pensyarah juga menaiki bas yang sama.

Dia memandang ke jalan besar, sesekali ada kereta yang lalu.

"Pelik sungguh diorang tak datang lagi..." kata nenek itu.

Dalhee tersenyum nipis. Dia tidak lagi berdebar-debar seperti tadi, dia kini ditemani. "Saya budak baru, sebab tu diorang tak ingat saya tu..." kata Dalhee seolah-olah sedang menyedapkan hati sendiri.

"Tapi patutnya mereka kena periksa dulu." Kata nenek itu.

Tapi Dalhee tahu mereka sebenarnya tidak check langsung. Dia teringat sewaktu perhentian pertama distesyen minyak, mereka sebenarnya hanya memastikan pasangan dikerusi sebelah mereka ada tanpa perlu kira satu persatu. Sementara Dalhee pula tiada pasangan. Kyujin pula ditingkat bawah. Bagaimana pula dengan Jungkook? Atau classmatenya yang lain? Dalhee sebenarnya tidak penting sama sekali.

Dalhee menghirup teh itu dan memegang cup itu untuk menghangatkan telapak tangannya yang kebas.

Dalhee sekali lagi membuka telefonnya tapi telefonnya mati dengan sendiri selepas hampir 2 jam bertahan dengan membekalkan 3% sahaja.

"Berat ujian saya harini, halmoni. Saya hilang dompet saya. Saya tertinggal bas. Sekarang line tak ada, battery pun habis." Kata Dalhee dan sedikit mengeluh.

"Nasib baik kamu jumpa halmoni," kata nenek itu kemudian tersengih. Dalhee mengangguk setuju. Kalau tidak apalah akan jadi padanya dimalam yang sunyi ini? Dia nak pergi ke kedai dibelakang sana? Dia sungguh-sungguh takut untuk lalu di kedai yang telah tutup itu. Terlalu takut kalau dia terpandang ke dalam kedai dan sebaliknya.

"Halmoni pun belum tentu orang,"

Dalhee terus memandang nenek itu dengan pandangan terkejut sebelum nenek itu ketawa lagi kuat, suka menyakat anak muda.

"Mana adalah, halmoni manusia..." Katanya.

"Apa halmoni gurau macam tu sunyi-sunyi macam ni..." Marah Dalhee. Dia sebenarnya sangat-sangat takut. Macam manalah mereka bertiga boleh tutup kedai sehingga 10 malam walaupun tiada pelanggan.

"Atas tu ada rumah orang, halmoni tinggal situ ke?" Tanya Dalhee. Dia teringat ada beberapa biji rumah yang dilihatnya siang tadi di atas bukit sana, tidak begitu jauh dari situ.

"Ya. Majoriti dekat situ semua rumah owner kedai dekat sini. Kami saling mengenali. Sebab tu halmoni berani buka kedai sampai 10 malam. Diorang pula taknak buka sampai 10 malam sebab jarang ada pelanggan." Terang halmoni itu panjang lebar.

TOYS 2 | TAEHYUNGWhere stories live. Discover now