139

32 6 3
                                    

Dua bas berdua tingkat penuh dengan pelajar senior di universiti itu. Dalhee menyandarkan kepalanya pada tingkap, mengeluh kenapa mereka langsung tidak mengasingkan pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

Mereka bebas untuk duduk dengan sesiapa sahaja, dan keadaan di dalam bas itu sangat riuh sehingga Dalhee tidak dapat melelapkan mata langsung. Dia fikirkan dia dapat tidur sepanjang perjalanan tapi itu semua mimpi.

Pelajar yang duduk di belakang semuanya bersuka ria, bernyanyi dan bergelak ketawa seperti yang ada dalam filem. Tapi malang sekali Dalhee bukan orang yang begitu, dia tidak ramah dengan sesiapa buat masa sekarang. Dan dia tergolong dalam pelajar yang senyap sepanjang perjalanan itu. Ya, hanya dua barisan hadapan adalah pelajar yang senyap, termasuklah Dalhee sendiri.

Ada sebahagian rakan sekelasnya di belakang, bersama sekumpulan lelaki yang Dalhee sendiri tidak kenal. Jungkook juga bersuka ria disitu. Kyujin? Dia berada di tingkat bawah bersama rakannya yang lain. Seperti yang disangkakan Dalhee, dia akan jadi sangat kesunyian disebabkan masih belum rasi dengan suasana dan budaya pelajar disitu.

Dia ada kawan tapi dia masih belum masuk dalam mana-mana kumpulan di dalam kelasnya, inikan pula dengan pelajar lain.

Dengan kontroversinya sebelum ini, dia tak rasa dia sesuai masuk dalam mana-mana puak. Dan masih ada beberapa perempuan yang tidak menerimanya kerana dia digelar pelacur dan isu Taehyung yang bermesra dengannya tempoh hari.

Semua itu sangat teruk. Macam mana perempuan saling membenci sesama perempuan hanya disebabkan kontroversi dari mulut ke mulut? Dalhee tidak lakukan apa-apa, itu cuma buah mulut orang.

Dalhee melihat keluar tingkap. Dia sebenarnya tidak berpeluang untuk pergi ke tempat sebegini sejak dia kecil.

Keluarganya tidak pernah walaupun sekali membawa dia keluar dari rumahnya. Dan setiap kali ada trip disekolah dulu, dia juga tidak berpeluang untuk pergi kerana tidak mampu untuk bayar yuran trip tersebut, macam dirinya yang sekarang.

Seketika kemudian mereka berhenti untuk makan tengahari dan berehat seketika terutamanya untuk pemandu bas yang telah memandu lebih dari 3 jam tanpa henti.

Kyujin terus naik ke atas dan mengajak Dalhee untuk turun bersamanya.

Kyujin sangat ramah. Kalau tadi dia duduk dengan orang lain, dia akan berjalan dengan orang lain pula dan kali ini dia mempelawa Dalhee untuk makan bersamanya.

Mereka sama-sama turun dari bas dan bebas makan disebuah kawasan yang penuh dengan pelbagai restaurant dan kedai runcit. Suasana kawasan itu nampak sangat natural dan aman. Udara sangat segar jauh beza dengan Seoul yang penuh dengan debu dan udara yang menyesakkan.

Ada yang memilih restaurant seafood. Dan ada juga memilih restaurant yang menjual makanan korea, dan tidak kurang juga dengan kedai serbaneka pilihan remaja zaman sekarang. Kafe dan bakeri juga.

"Korang nak makan apa?" Kata Kyujin pada Dalhee dan seorang lagi kawannya yang Dalhee tidak pernah bermesra dengannya. Tapi tidak mengapa, dia okay sahaja dengan sesiapa.

Dalhee menjongketkan bahunya tanda tidak tahu dan dia juga sebenarnya tidak kisah. Atau mungkin dia perlu berjimat cermat juga.

"Jomlah kita pergi bakeri tu nak? Nampak sedap? Okay?" Jawab Kyujin sambil memandang kawannya yang tampak teruja dengan pilihannya tapi tidak untuk Dalhee.

Bakeri? Makanan yang tidak mengenyangkan dan mahal? Huh!

Dalhee kemudiannya mengiyakan sahaja. Mengapa tidak? Dia datang kesini untuk bersuka ria, bukan untuk menyeksa dirinya menghadkan benda yang dia sendiri nak. Duit boleh dicari, tapi masa seperti ini jarang sekali ada.

Mereka sama-sama berjalan ke bakeri situ yang nampak sangat aesthetic seperti di dalam tv. Suasana di dalam kafe itu tidak ubah seperti kafe di Seoul, sangat cantik.

Kyujin dan rakannya, Jiho nampak sangat teruja dan membeli tanpa perlu berfikir. Mereka juga nampak seperti biasa makan pastry dan bakery seperti itu. Sementara Dalhee pula terpingga-pingga. Dia bukan tidak pernah makan, cumanya jarang buatnya.

Dalhee menjengguk-jengguk memilih apa yang dia mahukan sementara rakannya sudah berada dikaunter untuk membayar. Dia kemudian mengecilkan matanya membaca bahan yang ada pada pastry itu yang sebenarnya tidak penting langsung, dia tiada sebarang elergik!

"Saya nak yang tu," kata Dalhee sambil menunjukkan pada garlic bun cheese itu, benda yang paling biasa. Pekerja itu kemudiannya ambil dan menunggu Dalhee untuk memilih.

Bau yang sangat dikenali menusuk ke hidung Dalhee dan sepontan dia menoleh. Kim Taehyung disebelahnya, seorang. Ini bau yang dipilih Dalhee 2 tahun yang lepas tapi baunya lagi wangi dan mengoda. Dia yakin Taehyung pakai yang original dari sebelum ini yang fake.

Dalhee kembalikan pandangannya pada pastry disitu.

Laju Taehyung menunjuk itu dan ini kepada pekerja itu dan selesai. Dia berjalan melepasi Dalhee yang masih termenung tidak tahu apa yang sedap.

Dalhee kemudiannya melihat pula senarai menu minuman yang ada dimeja itu. Dia kemudian mengeluh, dia nampak seperti perempuan kampung. Dia bukan tak tahu menu-menu disitu memandangkan dia juga bekerja dikafe, dia sebenarnya sedang mengira duitnya. Dia mahukan sesuatu yang sedap dan berbaloi untuk dibeli.

"Kau okay Dalhee?" Tegur Kyujin yang menunggunya di salah satu meja disitu. Dalhee kemudiannya menoleh dan mengangguk.

"Takpelah itu sahaja," kata Dalhee dengan segan. Dia telah buatkan pekerja disitu tertunggu-tunggu pesanannnya sedangkan dia hanya pesan 1 sahaja.

Taehyung melepasinya dan terus keluar membawa sebungkus bag yang ada pastry dan secawan kopi ais ditangannya. Kyujin dan Jiho juga saling berpandangan. Kontroversi tentang Dalhee dan Taehyung terlintas dalam fikiran mereka. Mereka sangkakan yang Taehyung cuba untuk mengorat Dalhee tapi mereka berselisih tanpa bertegur? Itu yang difikirkan mereka berdua.

Dalhee mengeluarkan dompetnya dan membayar satu garlic bun setelah lama memikir.

Bungkusannya kemudian di letakkan di dalam paper bag dan sebuah kopi dihulurkan bersama kepadanya.

"Aik?" Dalhee terpingga-pingga.

"Lelaki tadi dia order 2. Dia suruh bagi dekat pelanggan selepas dia." Kata pekerja itu, menyampaikan apa yang dipinta pelanggannya. 'Pelanggan selepas dia' yang hanya ada Dalhee sahaja disitu.

"Ohhh," kata Dalhee. Faham. Dan sangat faham.

Dalhee kemudian mengambil paper bag itu dan kopi yang sama pesanannya seperti yang dibawa Taehyung tadi. Dia kemudian berjalan ke arah Jiho dan Kyujin berharap agar mereka berdua tidak dengar apa yang pekerja kafe itu katakan tadi.

Dia sangat tidak mahu orang buka mulut tentang dia dan Taehyung.

"Kau dengan Taehyung ada apa-apa ke?" Tegur Jiho buatkan Dalhee terus gelabah. "Mwo?"

"Takdelah. Orang kata Taehyung nak ngorat kau. Dia tak tegur kau pun tadi," kata Kyujin pula, beritahu apa yang ada dalam fikirannya.

Laju Dalhee menghembus nafas lega. Dia sangkakan mereka berdua tahu Taehyung belikan semua itu untuknya.

"Dia ada ke tadi?" Kata Dalhee, pura-pura tidak ambil kisah. Dia sebenarnya memang tidak kisah tapi Taehyung sekali lagi cuba untuk jaga tepi kainnya.

Dalhee mengeluh dan mencucuk straw ke dalam kopi itu dan dikacau sehingga sebati sebelum disedut. Dia bukan seperti di dalam drama yang tolak menolak pemberian Ex. Apa? Dia nak buang makanan ini hanya sebab Ex yang beli? Ini bukan drama. Sangat cringe!

TOYS 2 | TAEHYUNGWhere stories live. Discover now