120

115 17 7
                                    

"wait wait wait– kau pahal hanat?" Jimin menarik tangan Taehyung. Kawannya itu nampak lain macam dan entah mengapa Taehyung menuju ke arah yang salah, ke arah fakulti Art dan Design yang sepatutnya mereka ke fakulti mereka.

"Jangan cakap kau dah berubah hati," Jimin meneka sambil ketawa besar buatkan Taehyung berdesis. Dia bukan sekadar berubah hati, dia pernah sebumbung dengan perempuan itu dan tunggu hampir 3 tahun!

Kalaulah Jimin tahu tentang kisah silamnya, lelaki pendek dan comel itu akan terkejut. Bukan sekadar sebumbung, tapi mereka pernah ada anak bersama. Taehyung mengabaikan sahaja. Itu perkara lama, perkara yang tidak perlu dibangga dan biarlah menjadi rahsia antara dia dan Dalhee.

"Comon, Taehyung. Dia bukan kaleng-kaleng punya perempuan," Jimin memaut bahu Taehyung dengan senyuman sangat nakal. Dia fikir yang Taehyung cuba ngorat pelajar baru tu tapi sebenarnya kawannya cuma nak lepaskan kerinduan yang lama terpendam.

"Kalau kau nak ngorat dia, make sure kau tak nampak bodoh atau tergilakan dia. Perempuan cantik tak sukakan lelaki terhegeh-hegeh ni." Kata Jimin, separuh berbisik.

"Make plan. Ngorat dia waktu tak rushing. Ni pagi-pagi buta dah buat stres. Dia mesti tengah ready untuk kelas tu," bahu Taehyung ditepuk beberapa kali seolah-olah memberi semangat. Jimin tidak ubah seperti lelaki yang penuh pengalaman tapi dia tidak berpunya sekarang.

"Semalam dia lunch pukul 12 kan? Kita pergi cafe pukul 12 juga. Mesti terserempak!"

***

Taehyung tak senang duduk. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Makanannya seolah-olah tidak diusik sedangkan Jimin sudah habis makan. Sesekali dia bermain dengan makanannya sebab rasakan yang Dalhee tak akan muncul.

Dia sekali lagi menoleh. Perempuan-perempuan disitu berubah-ubah, menandakan betapa lamanya mereka menunggu.

Jimin menenguk airnya sebelum memandang rakannya yang nampak tidak senang duduk. "Kau memang cari perempuan tu ke? Ke kau cari orang lain?"

Taehyung cuma diam.

"Habistu Mia macam mana? Sekali pandang dah nak jumpa, risaulah aku tengok kau ni!" Kata Jimin dengan muka berkerut-kerut.

Taehyung mengangkat mukanya. Mia? Dia bukannya minta untuk bercouple dengan Dalhee, cukup sekadar jumpa dan pastikan itu memang benar-benar orang yang dia tunggu.  Tapi Mia, dia tidak dapat berhenti berfikir tentang Dalhee. Sungguh tidak sangka meskipun selepas hampir 3 tahun dia masih tergila-gilakan perempuan yang pernah meninggalkannya.

"Esoklah kita tunggu dia lagi. Lagi 10 minit nak mula kelas ni," kata Jimin. "Aku tak siap lagi porposal tu,"

"Takpelah kau naiklah dulu. Aku habis makan nanti aku naik," kata Taehyung dengan suara sedikit lemah. Dia menyuapkan sesudu nasi ke dalam mulutnya, sedaya upaya untuk makan walaupun lidahnya sekarang terasa tawar, tawar sangat kerana tidak dapat berjumpa dengan orang yang ditunggu-tunggunya. Adakah semua tu sekadar mimpi?

"Siyes ni, naik tau, jangan lambat lak!" Kata Jimin.

Taehyung tersenyum nipis, mengangguk faham meskipun dia sebenarnya mahu tunggu selagi dia tidak jumpa Dalhee depan matanya. Cukuplah sekadar dia buktikan mata kepalanya yang Dalhee benar-benar berpindah ke situ.

Jimin berlalu pergi dan orang disitu bertukar-tukar setiap 10 minit.

Taehyung sudah habis makan selepas hampir 30 minit dia menunggu dan ya, dia sanggup ponteng kelas untuk menunggu kekasih hatinya.

Dia memandang sekeliling lagi dan lagi sehinggalah dia terpaku pada seorang perempuan yang benar-benar dia tunggu lebih daripada sejam, sia-siakan masanya yang sepatutnya dia siapkan tugasannya yang berlambak.

Sepontan Taehyung bangun apabila terlihat Dalhee masuk ke dalam kafe.

Dia terpaku dan jantungnya seperti tidak berdegup lagi dan dia hilang kata-kata yang itu benar-benar Dalhee.

Perempuan itu mengenakan baju berwarna biru muda, berlengan pendek dan seperti biasa, baju yang singkat dan dipadankan dengan seluar berwarna putih. Apa yang Taehyung lihat adalah Dalhee sangat cantik, lebih fashionable dan bergaya. Lihatlah auranya berjalan dan pandangannya.

Dalhee berjalan dengan telefonnya ditangan, sesekali memandang ke hadapan dan ke telefonnya bersilih ganti. Sewaktu Dalhee benar-benar berjalan bersebelahan Taehyung, cepat-cepat dia menoleh. Tapi percaya atau tidak, walaupun dia tidak menoleh, Dalhee memang tidak akan sedar itu sebenarnya Taehyung. Mana mungkin dia sedar. Mereka kedua-duanya fikirkan yang dunia ni terlalu besar untuk berjumpa semula. Terlalu mustahil.

Taehyung menoleh, memandang Dalhee pergi untuk membeli makanan tengahari. Tapi apa yang dia sedar, bukan dia seorang yang berminat dengan Dalhee dan sebenarnya bukan dia seorang yang ‘stalk’ Dalhee.

Dalhee kemudiannya mengambil tempat dimeja paling hujung, hanya seorang diri bersama dulang makanan yang penuh dengan makanan. Dia budak baru dan dikenali ramai tapi kenapa dia tak ada kawan?

Entah mengapa kaki Taehyung terpaku disitu. Dia memegang tangannya, terasa sangat-sangat sejuk. Dia menarik begnya ke bahu dan memegang dulang makanannya, nak letak dulang itu dan datang temani Dalhee. Menatap perempuan yang sudah lama hadir di dalam fikirannya. Dia sangkakan yang dia dan Dalhee tak akan berjumpa lagi.

Setapak dia melangkah, kelihatan Jungkook lagi laju menghampiri Dalhee sebelum lelaki itu menarik kerusi dan melabuhkan punggung benar-benar dihadapan Dalhee. Dia sudah kumpul segala semangatnya tapi tidak berkesempatan.

Taehyung duduk semula dengan ekornya memerhati gelagat Jungkook. Jungkooklah lelaki yang viral dalam group whatsapp haritu yang menjadi orang pertama berani menegur Dalhee, yang dikatakan juga pertama yang mengorat Dalhee yang kini menjadi perhatian semua lelaki.

Jungkook tidak habis tersenyum. Taehyung meneguk airnya sehingga habis dengan mata tidak lepas memandang Jungkook. Dia tidak tahu kalau Dalhee sukakan Jungkook atau apa kerana perempuan itu membelakanginya tapi apa dia tahu, Dalhee bukan orang yang ramah.

Jungkook bangun dari duduknya untuk membeli makanan seketika sebelum kembali lagi dengan mulut terkumat-kamit berborak benda yang Taehyung sendiri tidak tahu.

Jungkook handsome orangnya. Selain Taehyung sendiri, Jungkook juga yang digilai perempuan dengan rupa paras begitu. Tengoklah pakaian lelaki itu, dadanan rambutnya, dan segalanya jelas menunjukkan dia seorang pelajar fesyen. Sudahlah handsome, bergaya, body shape yang menarik, bagaimana kalau Dalhee minat Jungkook pula?

Ah sudahlah, mereka berdua classmate, mengapa tidak untuk rehat bersama bukan? Biasalah tu kalau diorang borak-borak dan berjalan sama-sama heee, Taehyung cuba untuk menyakinkan dirinya.

Melihat Jungkook sekarang semakin rancak berbual dengan Dalhee buatkan dia risau. Taehyung kemudian menoleh ke belakang. Dia tahu bukan dia sahaja yang cuba dekatkan diri dengan Dalhee. Tapi percayalah, hanya dia yang Dalhee benar-benar selesa, fikir Taehyung.

TOYS 2 | TAEHYUNGWhere stories live. Discover now