115

146 24 13
                                    

Jimin terus bangun dari bangkunya dengan senyuman penuh berbangga. Tangannya mula membuat tepukkan gemuruh apabila kelihatan Taehyung dari jauh hingga buatkan beberapa yang disitu menoleh.

Taehyung menghampiri dengan senyuman tersipu malu tapi tak juga menghalang tindakan satu-satunya kawan baiknya itu.

"Aku berbangga kau tak single lagi," kata Jimin menghabiskan sisa tepukkannya dan senyumannya ibaratkan seorang bapa yang berbangga dengan pencapaian anaknya. Dia juga turut merasakan keseronokkan Taehyung apabila kawannya itu menghantar gambar tangannya dan tangan seorang perempuan di instagran storynya menandakan yang dia sudah berpunya setelah sekian lamanya.

"Mia kan?" Jimin meneka. Lagi buatkan Taehyung malu-malu.

"Aku baru tanya semalam kau terus confess!" Kata Jimin dan dia mula bersorak lagi buatkan orang-orang disitu menoleh.

Mereka berkawan lebih dari 2 tahun, sejak mulanya semester dan Taehyung tidak berpunya sepanjang itu walaupun perempuan berlumba-lumba cuba untuk dapatkannya. Lelaki sekacak itu single lebih 2 tahun, entah apalah yang Taehyung fikirkan dia pun tak tahu.

"Tak nak kenalkan aku dekat dia?"

Taehyung tersenyum lebar dan terus meletakkan tangannya diatas bahu Jimin yang sedikit rendah darinya itu. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh buat keputusan begitu sedangkan dia masih belum lupakan perempuan yang dia pernah sayang dulu, Chae Dalhee. 

***

Makan malam antara Taehyung dan keluarga Mia, semuanya berjalan lancar seperti yang mereka berdua jangkakan.

Siapa Mia ni?

Taehyung jumpa di tempat kerjanya. Bahasa mudahnya, mereka kedua-duanya model di dalam agensi yang sama dan entah kebetulan atau takdir, mereka bertemu di dalam set sewaktu mempromosikan sesebuah pakaian.

Dan dari situlah mereka berkenalan dan menjadi rapat.

Mia langsung tidak kisah siapa pun Taehyung meskipun dengan isu tentang identiti keluarganya yang tidak dapat dijejak lagi. Tentang Taehyung cuma hidup bersendirian dan kisah silam lelaki itu, apapun terjadi dia terima seadanya.

Mia datang dari keluarga yang senang dan mewah, tak mustahil kenapa dia secantik itu dan jadi model dengan sangat mudah. Lihatlah dari penampilan Mia tu, kalau Taehyung bukan seorang model seperti dulu, agaknya mereka ibarat langit dan bumi. Taehyung cuma berduit kerana dia seorang model dengan pengalaman hampir 3 tahun. Model dengan gaji yang sangat-sangat lumayan.

Rumah mewah keluarga Mia tadi buatkan Taehyung sedikit tidak selesa. Dia bukan dibesarkan dalam keluarga yang senang. Tidak, dia sebenarnya dilahirkan dalam keluarga yang sangat-sangat teruk. Tinggal dirumah yang sangat buruk dan teruk sepanjang hidupnya. Tak ada kasih sayang dan berdikari, itulah hidup Taehyung yang sebenar.

Taehyung baring diatas sofa sambil meletakkan sebelah tangannya didahinya. Matanya memandang syiling rumahnya dengan kipas yang sangat-sangat cantik itu.

Hanya bunyi kipas yang kedengaran menunjukkan betapa sunyinya rumahnya itu.

Jam menunjukkan pukul 12 malam dan esok seperti kebiasaannya dia ada kelas dan begitulah hidupnya. Sungguh membosankan dan kejarkan sesuatu yang tak ada arah tuju lagi. Dia buntu. Dan adakah keputusannya dalam hubungan dengan Mia adalah benda yang betul?

Ramai lagi yang cintakannya tapi kenapa Mia? Perempuan itu nampak bersungguh tapi adakah dia mampu untuk bersama dengan Mia? Dia cuma terlalu trauma dengan apa yang pernah terjadi.

Taehyung menghembus nafas berat. Dia memandang lagi segenap ruang tamu. Baginya, rumah ini sudah cukup mewah. Tengoklah kabinet yang ada dirumahnya. Sedar atau tidak rumah itu adalah hadiahnya untuk Dalhee. Untuk dia, Dalhee dan Dahyung tinggal. Tapi dia tak sangka yang kedua-dua yang dia sayang tidak lagi bersamanya.

Taehyung bersenyum nipis. Dia tidur di dalam bilik yang disangkakan untuk dia dan Dalhee. Dan sebenarnya pelik untuk pelajar macamnya tinggal dirumah sebesar itu dengan design rumah yang nampak mewah. Ya, rumah ini adalah untuk keluarga, bukan untuk tinggal bersendirian. Dia tak pernah teringinkan rumah mewah begini tapi semua ni untuk Dalhee. Mereka berpisah tanpa sempat Dalhee jejakkan kaki ke situ.

Ya, silap dia sangat-sangat. Beli rumah, kereta dan motor semuanya dengan duit dia sebagai gigolo. Tapi adakah dia perlu bakar semua duit itu kalau dia nak berubah?

Dia sangkakan yang dia akan dengar bunyi bayi dalam rumah itu sebelum ni. Dia malah sediakan semua perabot rumah dengan sangat-sangat sempurna untuk perempuan yang bukan miliknya.

Macam mana dia tidak trauma sedangkan dia sudah sediakan segalanya untuk hidup bersama perempuan yang dia sayang dan anak dari darah dagingnya?

Sekali lagi dia menghembus nafas berat. Semuanya sudah berlalu. 2 tahun berlalu dalam penuh kesedaran dan dia, masih dirumah itu mengharapkan suara Dalhee dan Dahyung dapat menemaninya. Tapi sekarang dia cuba sedaya upaya yang kedua-duanya tak akan kembali, dia perlu move on. Berhenti mengharapkan benda yang mustahil.

Adakah dia akan bawa Mia ke rumah ini sedangkan pemilik nama rumah ini masih dibawah namanya dan Dalhee? Macam mana kalau Mia tahu yang dia sebenarnya pernah ada anak dengan kekasihnya yang lama? Dan pernah hidup sebumbung dengan kekasih lamanya?





***

Aku x tahulah mana korg dpt notifikasi ada season 2 ni sebab aku x update kat mana2 pun ada s2 but korg mmg terbaik😭👍

TOYS 2 | TAEHYUNGTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang