132

59 13 0
                                    

Semua pelajar bergegas keluar dari kuliah sebaik sahaja mendapat maklumat yang pensyarah mereka membatalkan kelas mereka pada hari itu. Dalhee yang sudah bersedia untuk kelasnya yang pertama pagi itu juga bersiap memasukkan buku notanya dan mengemas mejanya.

Seseorang mengetuk mejanya, spontan Dalhee mendongak dan ia Jeon Jungkook.

"U okay?" Soal Jungkook, sangat prihatin. Sejak kejadian yang menimpanya, Jungkook sahaja yang kerap bertanya begitu, tentang keadaannya.

Dalhee tersenyum. Dia tidak mengiyakan dan juga tidak menidakkan apa-apa. Tipu untuk katakan dia okay dan dia bukan perempuan lemah untuk katakan tidak memandangkan dia sudah hadap benda ni 3 tahun. Setakat orang pandang rendah pada dia apalah sangat.

Selepas siap, Dalhee terus turun dan keluar dari kuliah bersama Jungkook. Sekeping risalah dihulurkan pada Dalhee sebelum risalah itu berubah tangan. Risalah itu diedarkan kepada pelajar lain juga.

"Apa ni? trip?" Soal Dalhee.

"You tak baca group?"

Dalhee mengeling dan membaca setiap maklumat di dalam risalah itu. Dia ada perasan ramai yang memegang risalah itu tapi dia sendiri tidak tahu kerana risalah itu tidak sampai ke tangannya.

Lawatan ke Odosan Mountain dalam 2 minggu lagi dari sekarang selama 3 hari 2 malam untuk semua pelajar tahun akhir yang dianjurkan oleh majlis perwakilan pelajar.

"Dekat sini memang selalu ada, setiap tahun ada untuk pelajar tahun akhir." Kata Jungkook sambil kaki mereka serentak menuju ke cafe.

"Tak ganggu ke nanti?" Soal Dalhee pula. Benda begitu dianjurkan tanpa sebab? Hanya kerana mereka tahun akhir dan sekadar untuk berseronok dan hilangkan stress? Tak mungkin benda begitu wujud ketika mereka semua sedang sibuk dengan Final Year masing-masing.

"Kan time cuti mid sem tu."

"Kita cuti mid sem? Berapa lama?"

"3 minggu, maybe."

Dalhee terus mengangguk faham. Dia nampaknya terus tidak berminat lagi dengan risalah itu. Lawatan? 3 hari? Duit lagi dia nak keluarkan? Tentulah tidak. Dia sangat-sangat tunggukan cuti yang panjang. Dia sudah mula terbayangkan bulan ini akan menjadi bulan yang sangat menyeronokkan apabila dia tidak perlu struggle untuk memikirkan hal duit sewa, perbelanjaan dan kos belajarnya bila dia dapat buat OT nanti.

"Wajib ke?"

"Wajib kot hahaha, asal tanya macam tu?" Jungkook berbalas soalan. Dia kemudian membuka pintu kafe untuk Dalhee.

Dalhee tersenyum nipis. Kenapa? Dia tiada masa untuk berseronok. Benda-benda begitu hanya akan buat dia stress dikemudian hari. Dia akan habiskan banyak duit, dia perlu ambil cuti dengan kerjanya, dan simpanannya akan habis.

Tambahan lagi dengan keadaan yang sekarang, agaknya patut ke dia ke sana?

Jungkook dan Dalhee mengambil dulang makanan sebelum menghulurkan untuk pembantu cafe itu meletakkan makanan yang disediakan.

***

"Gyujin ada cerita dekat I, memang ramai ke perempuan kena game kat sini?" Soal Dalhee tiba-tiba sebaik sahaja mereka makan sesuap dua.

Jungkook tanpa teragak-agak mengangguk laju. Normallah tu untuk berada di universiti. Kena pandai jaga diri. Benda yang kita rasa tak logik tulah yang ada. Kadang kita fikir wujud ke orang macam tu, macam ni tapi hakikatnya benar. Tak ada yang mustahil di dunia ini.

"Gyujin tu..." Jungkook termenung jauh buatkan Dalhee tertunggu-tunggu apa sambungannya.

"Gyujin tu nampak macam tak berpuak je." Kata Dalhee.

"Molla. Apa I boleh cakap, you baru lagi jangan mudah percaya dekat orang sini."

"How about You?" Dalhee berterus terang buatkan Jungkook terus ketawa besar. Soalan yang agak drastik baginya dan bila difikirkan balik tak akanlah orang jahat nak mengaku dia jahat, bukan? Dalhee cuma bertanya secara terang-terangan.

"I hmm... Tak ramai lelaki nak kawan dengan I sebab diorang ingat i gay," kata Jungkook. Benar. Orang selalu kata lelaki sangat mudah untuk bergaul. Sangat mudah masuk dalam mana-mana komuniti. Tapi untuk lelaki yang berada dalam bidang Fashion sentiasa dianggap 'lembut' atau 'gay' sedangkan Jungkook terang-terangan berfashion seperti seorang gentleman! Tapi tidak bermaksud lelaki lain boleh menganggapnya Gay atau lembut. Dia langsung tidak menunjukkan sifat yang songsang.

"Tapi I pun tak rapat dengan perempuan sebab I tahu perempuan kat sini macam mana. So yeah. I'm your classmate. If i buat apa-apa dekat you, you ada a lot of detail about I kot." Jawab Jungkook.

Dalhee mengangguk faham. Betul juga. Tak akanlah rakan sekelas sendiri nak apa-apakan dia bukan? Tapi tak bermakna benda itu tak possible, bukan?

"Gyujin–"

"Oh Gyujin!" Jungkook memotong bicara Dalhee. "I tak tahu lebih-lebih pasal dia sebab baru sem ni kita sama kelas. Just she so weirdo! Dulu pun video dia pernah leaked." Jungkook terdiam semula. Cukup sukar untuk beritahu cerita sebenar sedangkan dia sendiri tidak ambil tahu isu semasa. Gyujin bukan rakan sekelasnya, kenapa dia mahu kisah?

Jungkook menasihati sahaja Dalhee untuk tidak percaya sesiapa disitu termasuklah Gyujin. Tak semuanya benda cantik itu sentiasa indah. Keadaan disini berbeza dengan Universitinya yang dahulu.

Tatkala itu figura lelaki yang sangat dikenali muncul dipintu kafe sebelum lalu disebelah mejanya. Kim Taehyung memandangnya tidak lepas terutamanya rasa tidak gembira apabila Dalhee terlalu kerap berduaan dan rehat bersama Jungkook. Bila difikirkan, perempuan lebih ramai di dalam kelas Dalhee tapi kenapa mesti rehat bersama lelaki?

Tetapi adakah Taehyung ada hak untuk persoalkan begitu? Tentulah tidak. Dalhee berhak untuk buat apa-apa sahaja. Dan sebenarnya sebelum ini pun begitu. Mereka bukan sudah kahwin, mereka cuma ada zuriat bersama tapi tak bermaksud Taehyung boleh kawal segala gerak geri Dalhee.



























SETAHUN PERAM SUMPAH SELEPAS SEVEN JK PUBLISH BERKOBAR-KOBAR AKU MENAIP 😭 IF U CAN RELATE BAGUSLA

TOYS 2 | TAEHYUNGWhere stories live. Discover now