140

31 6 2
                                    

"Dalhee, aku tunggu luar tau..." Kata Kyujin pada Dalhee sebaik sahaja dia selesai urusannya di tandas. Tandas itu penuh sehingga mereka perlu beratur.

"Takpe, kau pergi jelah naik bas. Nanti lambat pula..." Kata Dalhee dan terus masuk ke dalam tandas.

10 minit sebelum bas bergerak, semua pelajar diminta untuk bersiap sedia di dalam bas tapi hampir kesemuanya pergi ke tandas sebelum naik ke bas untuk sejam lagi perjalanan. Ia sangat memenatkan!

Selepas 5 minit Dalhee keluar dari tandas dan membetulkan rambutnya dihadapan cermin. Dia melihat paparannya dan kelihatan masih ada pelajar lain di dalam tandas itu. Dia menacap lipstick pada bibirnya dan menyikat rambutnya mengunakan jari jemarinya.

Dia sudah pesan pada Kyujin untuk pergi dahulu, jadi dia boleh mengambil masanya.

Dia kemudian memasukkan semula lipsticknya ke dalam poketnya dan meraba-raba poket belakangnya.

Dia berkerut. Dari poket belakang dirabanya, dia meraba pula poket hadapannya apabila menyedari yang dia sebenarnya telah hilang dompetnya!

Dalhee menyelup poket seluarnya untuk memastikannya meskipun seluarnya agak sendat dibahagian punggung, cukup mustahil untuk dompetnya yang nipis itu tersorok.

"Eih! Mana pula ni..." Bisik Dalhee dan terus bergegas keluar. Dia kemudian pergi ke arah paper bag pastry yang ditinggalnya di bangku luar tandas tadi kalau-kalau dia terletak di dalam itu tapi nampaknya tiada.

"Ish... Tadi ada," gerutu Dalhee sambil mengeluarkan satu persatu makanan di dalam itu. Dompetnya terlalu nipis hanya beberapa helai duit cash, kad credit dan kad pengenalannya. Niatnya untuk ada dompet yang nipis agar mudah dibawa nampaknya sudah membebankannya. Hasratnya untuk keluar tanpa handbag dan free nampaknya bukan seperti yang dijangkannya.

Dalhee kemudian membuka telefonnya untuk mesej Kyujin. Dia bertanya kalau-kalau Kyujin ada nampak dompetnya. Atau sebaliknya dia pergi mencari dompetnya dahulu. Dia tidak boleh kehilangan dompetnya. Dia mungkin tidak ada duit, tapi untuk hilang kad pengenalannya adalah bukan benda yang remeh.

Dalhee berlari anak ke arah tempat lepaknya tadi yang agak jauh dari situ. Matanya melilau ke sana ke mari, dia mungkin akan lambat atau tidak jumpa dompetnya, atau kedua-duanya sekali.

Dia kemudian sampai disitu dan dijengahnya dengan penuh teliti. Tiada.

Dalhee pusing berkali-kali diarea itu. Selepas satu-satu yang terjadi. Dia mula rasa serabut. Tak akanlah ada yang cuba mencuri dompetnya memandangkan dia letak dipoket belakang seluarnya? Tapi itu sangat mustahil. Seluarnya agak sendat, mustahil untuk dia tidak rasa apa-apa.

Dia memusing sekali lagi di area dia lepak tadi lagi dan lagi. Tiba-tiba dia teringat dia ada meneman salah seorang rakan sekelasnya ke 7E. Dia mungkin tidak mengeluarkan dompetnya tapi mana tahu kalau dompetnya tercicir disitu?

Dalhee terus berlari ke arah 7E. Dia sudah kelewatan. Dia mungkin akan dimarahi kalau dia lambat dan menyusahkan orang lain.

Sampai sahaja di 7E, Dalhee memusing satu kedai serbaneka itu dengan termengah-mengah. Dia kemudian terus ke kaunter.

"Ada nampak dompet warna hitam?" Soal Dalhee pada pekerja disitu. Dia mengeling mengatakan tidak.

Dalhee mengeluh. Dia keluar sambil mengeluh kerana dia tiada idea dimana dompetnya terjatuh.

Dia melihat langit. Kedengaran bunyi burung berkicauan dan terbang berkumpulan untuk pulang ke sarang masing-masing menunjukkan hari sudah lewat petang. Sudah senja.

"Ish menyusahkan lah," gerutu Dalhee sendiri. Kenapa perkara begini perlu berlaku diwaktu-waktu sulit macam ni?

Dalhee kembali ke tempat lepaknya dan memastikan dirinya yang dompetnya benar-benar tidak tercicir disitu. Dia kemudian berjalan ke arah jalan pulangnya ke tandas. Dan dia bertekad, dia akan ke cafe tadi hanya sekadar untuk memuaskan hatinya meskipun mustahil dompetnya tercicir disitu. Kalau tiada dia akan memilih untuk pulang ke bas sahaja dan berdoa dompetnya akan jumpa dalam keadaan selamat.

Dalhee bertanya pada pekerja di cafe itu dan mereka juga mengatakan yang tiada dompet yang tercicir seperti yang dijangkakan.

Dia menyeka peluh di dahinya. Berjalan kembali ke tempat dimana bas itu berhenti tadi. Suasana sangat sunyi dan kelihatan kedai-kedai makan disitu akan tutup.

"Eh?" Dalhee terkejut. Dia terus berlari ke arah tempat yang sepatutnya ada 2 buah bas disitu tapi nampaknya kawasan itu nampak sangat lapang dan luas tanpa apa-apa!

"Tak mungkin!" Dalhee berlari keluar ke jalan besar tapi dia tidak bermimpi, tiada langsung kenderaan yang lalu dijalan besar meskipun kelibat bas universitinya!

"Aku kena tinggal ke?" Dalhee memegang rambutnya dan termenung sebentar seperti tidak percaya apa yang telah terjadi.

Dia? Tertinggal bas? Mustahil!

"Aku kena tinggal..." Kata Dalhee lagi, sedar yang dia seorang sahaja pelajar yang tiada di dalam bas.

Dia rasakan yang dia tidak mengambil banyak masa pun untuk mencari dompetnya tapi kenapa dia boleh tertinggal sebegini rupa? Mana tanggungjawab orang-orang yang menjaga keselamatan pelajar disitu? Adakah tiada sesiapa yang kisah atau ingat tentangnya?

Tambahan lagi kerana dia duduk dikerusi tanpa pasangan, siapa kisah kalau dia ada atau tidak.

Dalhee terus keluarkan telefonnya dan berjalan ke dalam semula, ke tempat yang lebih selamat dengan dada yang berdegup kencang. Dia bukan sahaja kehilangan dompetnya, dia juga sudah tertinggal bas. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Dalhee sangat malang!

Dia membuka whatsappnya tapi baru dia sedar yang mesejnya dengan Kyujin langsung tidak terhantar sejak tadi lagi. Tiada line langsung disitu. Rupanya Kyujin sendiri tidak tahu tentangnya.

Dalhee duduk disebuah bangku yang ada disitu dan cuba untuk menenangkan dirinya. Dia kemudian restart telefonnya. Kebiasaannya cara ini mungkin akan mengembalikan semula line yang hilang itu tapi nampaknya cara ini tidak berkesan. Dalhee cuba lagi dengan membuka mod pesawat dan tutup semula. Itu walau bagaimanapun langsung tidak membantu.

Dia tahu dia sebenarnya tidak perlu risau. Mesti akan ada yang sedar tentang kehilangannya. Mesti mereka akan berpatah semula. Dalhee bukan tahu alamat sebenar kemana mereka akan pergi dan sangat mustahil untuk dia naik teksi, dia sudah kehilangan duitnya!

Dia mengeluh. Lepas satu dan satu yang terjadi. Atau mungkin dia patut maklumkan pada sesiapa disitu agak mereka dapat berpatah semula sebelum mereka sampai, bukan?

Dalhee terus bangun dan berjalan ke kafe tadi, yang paling dekat dengannya.

"Kat sini ada wifi boleh saya pinjam?" Soal Dalhee pada mereka, kelihatan mereka sudah mengemas dan meletakkan kerusi diatas meja.

"Sorry miss, kami dah turn-off wifi. Kedai dah tutup." Kata salah seorang daripada mereka.

"Boleh i pinjam hotspot? Or i nak call kawan i," kata Dalhee dengan nada yang berharap.

"Dekat sini time senja ke malam memang line on-off. Kami pun takde line. Kena keluar ke bandar baru ada," jawab beliau lagi.

Dalhee menjebik sedikit dan mengangguk faham, terus keluar dari kafe itu dengan perasaan yang hampa.

Telefonnya bernyala dengan sendiri tapi entah apalah malang sangat hidupnya sehingga baterinya tinggal 3%, menandakan telefonnya akan mati bila-bila masa sahaja. Dia bukan setakat hilang dompet, tapi tertinggal bas, dia tiada talian internet untuk berhubung dengan mereka dan kali ini baterinya akan habis ketika semua orang disitu sibuk mengemas?

TOYS 2 | TAEHYUNGWhere stories live. Discover now