128

64 14 0
                                    

"Kau ada dengar pasal Dalhee?" Soal Jimin sambil matanya masih menatap telefonnya sejak tadi. Soalan Jimin membuatkan Taehyung serta-merta menoleh dan berhenti membuat tugasannya di dalam laptop.

"Wae?" Taehyung kemudian terus mencapai telefonnya dan segera buka whatsapp.

"Kesian dia sampai satu universiti tahu..." Kata Jimin, bersimpati dengan nasib yang menimpa Dalhee. Bukan sekadar lelaki batchnya sahaja tahu memandangkan benda itu tersebar dalam group mereka, malah satu universiti tahu.

Taehyung dengan muka berkerut seribu membuka group itu yang sudah ada lebih seribu mesej.

Dan apa yang dia baca buatkan dia serta-merta terkesima dan kelu.

Apa yang dia baca ialah mereka bualkan tentang Dalhee pernah ada seorang anak dan katanya mereka terjumpa ultrasound. Yang menjadi kukuh isu itu apabila ada nama pemilik gambar iaitu Chae Dalhee, perempuan yang cuai kerana tercicir benda yang sepenting itu.

Apa yang dirasai Dalhee tadi mula tempias kepada Taehyung memandangkan ultrasound itu bukan sahaja milik Dalhee, tapi dialah punca kenapa Dalhee ada gambar hitam putih tu. Bibirnya kering dan tangannya terketar-ketar serta-merta.

Tapi mengapa dia juga rasa resah tentang itu sedangkan tiada siapa tahu dialah ayah kepada budak tu?

Dia ada perasaan. Dia manusia dan Dalhee adalah bekas kekasihnya. Dalhee malu, dia juga malu. Kalau Dalhee terima akibatnya, dia patut rasakan benda yang sama.

Semakin panjang dia baca sehinggalah satu gambar yang menjadi bukti yang Dalhee benar-benar punyai anak dihantar dalam group itu dengan terang-terangan. Gambar zuriat dia dan Dalhee tersebar luas. Lelaki-lelaki disitu seolah-olah tak ada perasaan. Membuka aib perempuan lain dan menjadi bahan ketawa mereka dan terutamanya bahan lucah.

Mereka bualkan yang menganggapkan Dalhee pelacur. Tangkapan mereka yang perempuan itu Fuck Around memandangkan Dalhee ada bentuk badan yang cantik dan seksi, penampilan dan gaya yang menonjol. Tambahan lagi dia berada dalam bidang Fashion buatkan mereka percaya semua itu kerana pelajar-pelajar fashion sebelum ni yang kerap buat hal.

Dan benda itu telah buatkan Taehyung mula rasa panas. Kalau boleh dia mahu bersuara terus tapi adakah itu adalah jalan penyelesaiannya atau sekadar jalan masuk dalam mulut buaya? Adakah benda itu akan buatkan Dalhee rasa adil atau rasa walaupun sedikit puas hati?

Mereka terkejut dengan isu itu dan pada masa yang sama mula permainkan Dalhee. Mereka yang dulu respect walaupun sedikit kini mula menjadikan perempuan itu imaginasi mereka. Dan persoalkan tentang Dalhee sudah longgar kerana pernah melahirkan anak. Taehyung yang baca rasa nak mengamuk tapi dia cuba mengawal dirinya dan terutamanya eksprasi dimukanya.

Apa yang berlaku pada Dalhee sekarang?

Dia tahu Dalhee tidak dapat lupakan satu-satunya anak dia sehingga bawa gambar itu ke sana ke mari.

"Aku dah agak dia macam tu," kata Jimin buatkan Taehyung terus menoleh dan memandang kawannya tajam.

"Kau tak tahu punca dia boleh mengandung,"

"Dia nampak macam tu, patut seksi semacam je pergi kelas pun." Kata Jimin dengan bersahaja tapi cukup buatkan Taehyung makin berapi.

"Dont judge book by its cover. Mungkin boyfriend dia buat macam tu," perkataan 'boyfriend' itu ditekankan kerana dia tahu cerita itu dari A sampai Z kerana dialah boyfriend itu. Berpura jadi boyfriend dengan perempuan seinnocent Dalhee.

"Kalau dia elok tak adanya dia nak bagi body dekat lelaki walaupun boyfriend sendiri." Sambung Jimin lagi.

Taehyung menarik nafas geram. Dia menutup laptopnya dengan kuat dan dimasukkan terus ke dalam begnya. Dia sedar yang dia tidak boleh dengar apa yang orang komen tentang Dalhee sebab dia rasa tak adil. Kenapa dialah punca segalanya tapi yang terima kesan hanyalah Dalhee seorang?

Kenapa mentality manusia salahkan perempuan bila mengandung tapi bagaimana wujudnya bayi tanpa sperm?

***

Dalhee jalan menunduk dengan langkah yang sangat-sangat pantas apabila sedar yang cerita tentangnya tersebar dengan sangat luas, seperti lajunya Wi-Fi yang baru dibayar. Dia tahu yang semua orang memandangnya dengan pandangan jijik dan berbisik tentangnya. Itu bukan satu perasaan tapi ianya berlaku dengan nyata.

Tambahan lagi dia pelajar baru yang dijunjung oleh semua lelaki dan dia tahu tentang itu. Dia tahu dia jadi perhatian lelaki sejak pertama kali dia disitu tapi dia buat-buat tak tahu kerana dia datang situ bukan untuk mengatal. Dia sentiasa 'dingorat' kemana saja dia pergi. Tapi sekarang dia jadi lebih daripada perhatian lelaki. Malah semua perempuan disitu juga tertarik dengan topik Dalhee.

Dia keluar dari perkarangan universitinya dan terus melangkah untuk pulang. Dia seperti biasa akan ambil bas kerana itu satu-satunya pengangkutan yang dia mampu.

Dia ada kelas lagi petang ni tapi dia tidak sanggup stay disitu lama-lama dengan pandangan orang yang jijik pada dia sedangkan dia hanyalah mangsa keadaan. Tapi adakah dia perlu cakap yang dia mangsa keadaan kepada semua orang untuk dapatkan simpati dan untuk buang pandangan jijik tu?

Percayalah, siapa percaya untuk perempuan jadi mangsa keadaan? Dia cuma akan dapat malu waktu cuba dapatkan keadilan, dia tahu tu kerana inilah mentality rakyat Korea. Apa, bagitahu semua orang yang dia bertemu semula dengan lelaki yang telah buatkan dia mengandung? Adakah itu berbaloi? Tak, itu cumalah cara bodoh dan tak professional dan Dalhee tahu dia perempuan. Perempuan tak akan hidup dengan keadilan meskipun wanita disanjung dunia.

Dia cuma perlu hadap. Selain salah Taehyung, salah dia juga sebab percayakan kata-kata manis lelaki dan menipu maknya sendiri. Kadang dia terfikir kalaulah dia dengar kata maknya untuk tidak keluar malam. Dia patut sedar kenapa eomma larang dia untuk keluar malam dengan lelaki. Sebesar-besar salah Taehyung, dialah punca hidupnya jadi begitu.

Lengan Dalhee tertarik sedikit buatkan dia spontan berhentikan langkahnya dan menoleh dengan mata berkaca, dalam tak sedar dia sendiri dalam ketakutan.

Jeon Jungkook melihat anak mata Dalhee yang berkaca dan dia tahu apa yang Dalhee rasakan meskipun perasaan itu tidak dapat dirasainya.

Dia menghulurkan sekeping gambar berwarna hitam putih. Gambar yang sudah tersebar meluas dalam universiti itu tapi Jungkook tahu betapa pentingnya gambar itu sebenarnya bagi Dalhee. Asalnya yang nampak cantik dan bersinar tapi sekarang sudah renyuk dan rosak apabila gambar itu sebenarnya sudah beralih-alih pada banyak tangan. Ianya tidak sama lagi seperti kali terakhir Dalhee pegang.

Air mata Dalhee jatuh apabila dia menyambut gambar itu. Dia tidak lagi dapat melihat anaknya dengan sempurna tapi jauh disudut hatinya dia masih gembira dan lega dia dapat semula gambar itu meskipun aibnya sudah tersebar. Gambar yang sebenarnya original. Tipulah kalau dia tiada copy tapi ini adalah lebih berharga.

Dalhee meletakkan gambar itu didadanya, seakan-akan memeluk bayinya sendiri di dalam imaginasinya.

TOYS 2 | TAEHYUNGWhere stories live. Discover now