122

98 19 2
                                    

Bunyi notifikasi dari group lelaki-lelaki batchnya itu sekarang dipinkan dalam whatsapp tidak berhenti-henti bunyi dan setiap kali itulah dia baca setiapnya.

Sesekali info Dalhee keluar dan sesekali ada seorang pelajar baru yang juga jadi perhatian. Tapi tidak dinafikan yang Dalhee menjadi pilihan semua lelaki sekarang. Semua lelaki yang nampak Dalhee mereka akan tangkap gambar senyap-senyap, ibaratkan Dalhee itu adalah artis. Mana perempuan itu pergi, apa dia buat menjadi tatapan laki-laki.

Tapi apa yang tidak puas hati bila mereka melihat setiap lengkuk pada badan Dalhee. Perempuan itu cantik, lagikan langsing, pondan pum boleh tergugat.

Lagilah bila sesetengah lelaki sebut tentang perkara-perkara tak senonoh dan ya, hampir kesemua lelaki begitu tapi tak semua yang sejujur mereka. Taehyung sendiri tidak dapat nafikan betapa seronoknya lihat perempuan seksi tapi dia cuba sedaya upaya untuk tidak jadikan kebiasaan.

Lecturer keluar selepas memberi peringatan untuk mereka siapkan tugasan yang diberi. Jimin pula sibuk borak-borak dengan perempuan duduk disebelahnya. Jimin memang begitu, ramah dan friendly disemua tempat, jauh beza dengan Taehyung yang cuma tegur dengan orang yang dia kenal.

Mereka semuanya bergegas keluar, pelajar-pelajar disitu lagi tak sabar untuk tamat kelas, mereka kemas lagi awal dari masa akhir kelas. Taehyung menjenguk-jenguk keluar kelas. Dia sekarang lebih tekun dan teliti kalau-kalau dia akan nampak Dalhee, siapa tahu? Dia sebenarnya tidak kisah dengan mana-mana perempuan di universitinya meskipun budak Fashion and Design sana ramai yang cantik, tapi kali ini lain, Dalhee lebih dari itu.

Jimin dihadapannya berjalan dengan classmate perempuannya, masih ramah dengan sesiapa. Masih mencuba kalau-kalau dia boleh mengorat. Tak adalah dia kesunyian lagi kalau Taehyung bersama dengan orang lain.

Jimin menyelup poketnya untuk mengeluarkan sesuatu tapi dompet lelaki itu terjatuh ke tanah tanpa Jimin sendiri perasan. Nasibnya baik kerana Taehyung benar-benar berjalan disebelahnya ; menunduk mengutip dompet kulit rakannya itu. Taehyung tahu, Jimin bukan dari keluarga yang senang tapi lihatlah betapa tak pekanya Jimin itu hingga mampu jatuh dompet berjenama itu.

Niat Taehyung mahu berikan pada Jimin mati, Jimin terlalu rancak berbual. Dompet itu kemudiannya dimasukkan ke dalam poketnya sahaja.

Taehyung kemudian mengeluarkan telefonnya. Sekarang dia tidak kisah tentang kerja. Ya, telefonnya penuh dengan notifikasi kerja tapi apa yang dipinnya sekarang adalah group whatsapp lelaki batchnya. Sesekali dia melihat semula gambar Dalhee. Kadang-kadang rasa berdebar-debar memikirkan yang dia sangat dekat dengan Dalhee. Rasanya seperti bila-bila je dia boleh terserempak, kan?

"Aku pergi cafe jap,"

"Oh okay," Taehyung mengangguk dan laju menutup telefonnya, risau kalau orang tahu dia berminat dengan Dalhee. Sebenarnya tak jadi satu masalah pun, semua lelaki disitu sukakan perempuan selawa Dalhee. Barang baru, semua orang suka. Tapi bagi Taehyung, dia tak nak sama dengan lelaki lain. Dia memang sukakan Dalhee sejak dulu, bukan baru ni.

"Aku tunggu sini," kata Taehyung lalu duduk dibangku situ, melihat tubuh Jimin hilang bersama dengan classmatenya.

Sesekali dia memandang sekeliling. Dan kemudian ke langit berwarna kebiruan dengan gumpulan awan seperti gula-gula kapas. Cuaca sangat cantik harini.

Dia menarik nafas panjang, 24/7 wajah Dalhee melekat dalam fikirannya dan tak pernah dia terlupa. Berbeza seperti sebelum ini. Dalhee bukan topik utama dalam fikirannya kerana dia sangka dia tidak akan jumpa perempuan yang hilang tanpa khabar itu di dunia yang sangat luas ini.

Rupanya betul apa orang kata, bumi ni kecil je.

Taehyung memandang sekeliling, ada yang study, ada yang melepak dan ada yang berjalan seorang diri.

Dia kemudian berdiri dan berjalan sambil menunggu Jimin. Fakultinya besar, dia sendiri tidak pernah bosan berada disitu dan dia mula terfikir, macam mana Dalhee boleh sambung belajar?

Dia bukan pandang rendah. Cuma memikirkan yang Dalhee tak ada sesiapa, pelik bukan bagaimana dia boleh survive? Tambahan lagi kos hidup sekarang yang melampau-lampau dan kos untuk sambung belajar disitu bukan biasa-biasa.

Oh mungkin dia buat pinjaman, fikir Taehyung. Lainlah dia, boleh tanggung sendiri meskipun dia tak ada sesiapa. Sekadar kerja sebagai model dua tiga hari seminggu pun lebih dari cukup.

Taehyung berhenti melangkah.

Jantungnya tiba-tiba laju dan semakin laju apabila ternampak seorang perempuan dengan bag A3 disebelah di bangku tidak jauh dari tempat dia berdiri. Itu sebenarnya Chae Dalhee! Dalhee yang ralit melepak dengan telefonnya.

Taehyung agak terkedu dan seperti dipanah petir, laju dia memandang sekeliling kalau-kalau sebenarnya bukan dia yang sedar Dalhee disitu. Dalhee ibaratkan seperti artist.

Dia meraup wajahnya dan menghembus nafas berat. Dia tiba-tiba nervous dan mula berpeluh.

Diamati lagi itu sememangnya Dalhee. Entah kebetulan atau takdir, Taehyung perlu buat sesuatu.

Inilah masanya, inilah masanya! Hati Taehyung meronta-ronta untuk melepaskan rindunya pada perempuan yang terpaling dia sayang. Kalaulah dia boleh kata yang dia tidak pernah sayang mana-mana perempuan lebih dari Dalhee meskipun ibunya sendiri. Tapi tubuhnya tidak dapat beri kerjasama. Dia kebas kerana terlalu gemuruh dan resah.

Kau boleh Taehyung, go go go! Bisik hati Taehyung. Dia tak boleh terlepas waktu ni. Dia tak akan lepaskan peluang kedua ni. Ya bumi ni kecil. Tapi masa belum tentu mengizinkan.

Dia membetulkan rambutnya. Pakaiannya dan jiwa dan raganya.

Tapi macam mana kalau Dalhee tak nak jumpa aku? Macam mana kalau dia tampar aku dekat tengah-tengah fakulti ni? Macam mana kalau satu uni tahu kitaorang pernah ada hubungan? Bisikkan jahat kalini buatkan langkah Taehyung mati. Dia terpana dengan bisikkan jahat itu buatkan dia memikir-mikir.

Macam mana?

Dalhee bangun dari bangku itu dan menarik totebag dan bag A3 nya ke bahu buatkan Taehyung spontan cuba memanggil Dalhee tapi suaranya tidak keluar. Dia resah.

Dalhee terus berjalan pergi dari situ.

Nampaknya peluang kedua Taehyung musnah.

Dia mengeluh memandang Dalhee pergi tapi mungkin tidak. Bukan sengaja atau apa tapi kotoran pada seluar jeans Dalhee buatkan Taehyung tertumpu.

"Dia period?"

Bila diamati, itu memang betul!

Entah kemana resah dan gemuruhnya pergi, dia tanpa fikirkan apa-apa spontan mengejar Dalhee. Tak boleh jadi. Tak akanlah dia nak lihat Dalhee jadi topic utama dalam group lagi dan lagi? Tak akanlah dia nak biarkan orang tersayangnya jadi bahan mulut orang dan jadi perhatian, bukan? Tak akanlah dia nak tengok je benda memalukan itu?

Dia mencabutkan kotnya dan laju dia merangkul pinggang Dalhee buatkan perempuan itu terhenti. Dia hampir dipukul tapi laju Taehyung bersuara dari belakang.

"Kau period," bisik Taehyung dan mengikat kotnya dipinggang Dalhee. 

Perempuan itu nampak sangat terkejut dan terus memegang belakangnya dan terasa kot yang terikat menutup punggungnya yang katanya dia period.

Dalhee merengek sedikit kerana geram yang dia period dipublic. Perempuan mana tak geram kalau mereka ada outfit yang cantik, cuaca yang menarik dan period merosakkan segalanya?

Dalhee menoleh tapi laju Taehyung pergi melarikan diri tanpa sempat mereka bersua muka. Taehyung terlalu malu tapi cukuplah dia selamatkan hari Dalhee, bukan?

Tapi Dalhee sebagai perempuan dia terlalu cemas hingga tiada masa untuk melihat lelaki yang telah menolongnya. Dia hanya fikir berapa juta orang yang dah tahu dia kebocoran?!

TOYS 2 | TAEHYUNGWhere stories live. Discover now