118

112 21 18
                                    

Taehyung mengalihkan pandangannya. Dia memegang kedua-dua tangannya dan entah mengapa dia terasa seperti hujung jari-jemari dan kakinya sejuk semacam. Kakinya juga mula mengeletar tidak tentu arah entah mengapa.

Jantungnya jangan cakaplah. Dia seolah-olah nampak perempuan yang menyerupai Dalhee. Atau itu sememangnya Dalhee?

Dari penampilan dalam gambar itu jauh beza dengan Dalhee yang dia kenal. Pakaian yang sedikit menonjol, bentuk badan yang lagi langsing dan lihatlah rambutnya, perempuan itu nampak berganda-ganda lagi menawan dari kali terakhir dia jumpa! Tidak, adakah itu cuma sekadar perempuan yang mirip dengan Dalhee?

Dia yakin itu Dalhee, Chae Dalhee. Tak kisahlah betapa banyaknya perbezaan dari yang dia kenal, dia tahu dan rupa Dalhee tak pernah lupa, masih lekat dalam mata kepalanya.

Taehyung kemudian mengeluarkan telefonnya dengan jari jemari sedikit pucat dan mengeletar. Dia rasa seperti mimpi! Atau itu sebenarnya perempuan yang hampir mirip dengan Dalhee?

Dia kemudian mengeluarkan telefonnya. Dia membuka group itu dan mencari gambar Dalhee.

Ya, gambar itu benar-benar wujud dan ditatapnya lama. Sangat lama kerana dia tidak percaya itu adalah Dalhee. Bukan tidak percaya, dia sendiri tidak pasti tapi hatinya kuat mengatakan itu orang yang dia tunggu selama ini.

Dari hujung rambut sehingga hujung kaki perempuan itu ditatap Taehyung sendiri. Perubahannya cumalah dari penampilan dan bentuk badan sahaja, tapi selebihnya sangat-sangat mirip. Tak akanlah Dalhee berpakaian begitu? Yang dia tahu, Dalhee sangat jaga pemakaiannya tapi itulah, manusia boleh berubah dalam 1 malam, inikan pula 2 tahun.

Banyak persoalan yang muncul dalam benak fikiran
Taehyung. Lagi dipandang, lagi pening!

Kenapa dia tak perasan? Kenapa dia tak tengok group itu?

Kalau dia kisah tentang perempuan mesti semua ni tak akan jadi, bukan? Dia dan Mia juga mesti tak akan ada apa-apa!

Taehyung slaid lagi dan lagi dan sebenarnya terlalu banyak gambar Dalhee dari apa yang dia fikirkan. Dia tak sangka yang selama ini Dalhee adalah topik perbualan semua lelaki dan dia sendiri lagi tak sangka yang dia dan Dalhee berada tersangat-sangat dekat!

2 minggu Dalhee berada diUniversiti yang sama tapi kenapa dia tak pernah perasan?

Semakin banyak gambar yang dia lihat, semakin dia yakin itu adalah Dalhee. Dia seakan-akan mahu pengsan sebabkan perempuan yang dia tunggu selama ini ada didepan matanya. Yang tinggal cumalah action.

"Kau okay tak? Asal kau nampak pucat?" Tegur Jimin tapi langsung tidak diendah Taehyung. Dia cuma mahu kepastian yang dia tidak silap orang.

Sumpah kalau itu benar-benar Dalhee, dia mungkin tidak teragak-agak untuk cari Dalhee harini juga dalam Universiti itu.

Kenapa dia pucat? Bayangkan dia sangat-sangat rindukan orang yang dia sayang, bayangkan dia tunggu Dalhee selama 2 tahun dan tak pernah pandang mana-mana perempuan lain, bayangkan yang Dalhee tinggalkannya tanpa sempat dia tunjukkan yang dia sudah berubah, bayangkan Dalhee tinggalkannya tanpa berita, tanpa diberi peluang dan hilang lenyap seperti tak pernah wujud! Adakah dia patut melompat gembira dengan berita begini?

Taehyung kemudian menekan butang 'Search' pada group dan menaip nama Dalhee dan alangkah gembiranya yang ia benar-benar Chae Dalhee apabila nama itu disebut-sebut beratus kali.

Taehyung terus bangun dan mengemas barang-barangnya dengan tergopoh-gapah membuatkan Jimin terkejut.

"Neo waegeurae!" Marah Jimin buatkan beberapa orang disitu menoleh. Terlalu kabut. Taehyung kemudiannya terus pergi.

"Kyaaa! Taehyung! Eodiga?!"

Terlalu banyak yang ada dalam kepalanya. Dia tidak sangka inilah perasaannya apabila Dalhee benar-benar dekat dengannya.

Adakah dia gembira? Tentulah! 2 tahun dia menunggu saat ini dan doakan untuk Dalhee kembali. Meskipun Dalhee tidak kembali, sekurangnya dia dapat jumpa perempuan itu dan tahu keadaan orang yang dia inginkan sudah cukup memandai. Cukuplah untuk rindunya terubat.

Tapi dia tidak sangka yang dia agak marah apabila tahu yang Dalhee ada dekat dengannya. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Dia rasa nak marah sebab pernah ditinggalkan. Dia marah sebab tidak diberi peluang kedua. Dia marah kenapa Dalhee buat keputusan tanpa sempat berbincang dengan dia!

Dia ingat kali terakhir dia dan Dalhee. Malam terakhir dimana Dalhee sebenarnya mabuk dan katakan benda tak masuk akal. Dia tahu yang Dalhee sememangnya sudah tawar hati dengannya pada waktu itu. Tapi dia tidak sangka yang perempuan itu benar-benar maksudkan apa yang dikatakannya. Dia ingatkan Dalhee mabuk. Tapi sebenarnya waras!

"Aku nak ada hidup yang baru. Itu yang aku fikirkan lepas Dahyung dah tak ada,"

Ini perkataan yang dia sangat tidak sangka. Benda berlaku secara tiba-tiba. Mereka pulang ke rumah bersama dalam keadaan Dalhee mabuk sepenuhnya. Dan ya, mereka tidur bersama, diatas katil yang sama dengan hati yang tidak lagi bersama.

Apa yang sangat sakit adalah ketika Taehyung bangun tidur keesokkanya dan sedar yang dia dah kehilangan Dalhee selamanya. Segalanya tentang Dalhee lesap dalam rumah itu. Yang ada hanyalah dia seorang.

Ya, Dalhee lenyap ketika Taehyung sedang lena tidur dan sehingga sekarang Taehyung benar-benar sakit kerana hilang tanpa berita, tak dapat dikesan dan langsung tak tinggalkan apa-apa kesan, langsung! Taehyung ketika itu ibaratkan seperti bercinta dengan halimunan. Kehilangan Dalhee seolah-olah tidak pernah wujud. Segala pakaian dan keperluan Dalhee meskipun seutas rambut tak dijumpai. Dia hampir gila sebenarnya.

Marah? Sangat marah. Tapi memikirkan dengan apa yang dia pernah buat pada Dalhee dulu, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan apa yang Dalhee lakukan padanya.

Taehyung berjalan terus ke area Fashion & Art. Dia tidak berfikir panjang. Apa yang dia perlu buat? Bersiap? Fikir apa nak kata? Buat temujanji? Sudahlah. Dia sudah lama bersiap dan tak perlu fikirkan apa nak dikatakan. Dia cuma nak lihat Dalhee didepan matanya.

Dia berjalan dengan sangat laju. Dia tidak pernah kesitu memandangkan dia adalah dalam bidang Sains Computer.

Kebetulan dia terserempak dengan dua orang perempuan terus disapanya.

"Kenal Chae Dalhee?" Laju Taehyung bertanya. Dia tak kisah apa yang orang fikirkan, dia tak ada masa untuk berdalih lagi.

"Kenal lah. Wae?" Soal salah seorang dari mereka.

"Mana dia?"

"Ouh class diorang dah habis, maybe dah balik."

TOYS 2 | TAEHYUNGWhere stories live. Discover now